21 November 2008

Papa cinta Kaer

SEDANG Papa duduk bersantai di rumah sambil membaca novel beberapa hari lalu, telinga Papa ini terus jatuh cinta dengan sebuah lagu yang cukup menarik dan begitu mendayu yang ketika itu sedang berkumandang di Hot FM.
Bila diamati suara penyanyinya, memang cukup Papa kenal kerana dia mempunyai nada suara yang lain daripada yang lain.
Penyanyi yang Papa maksudkan tidak lain dan tidak bukan adalah Kaer Azami atau Kaer yang kini sedang menuntut di Jakarta, Indonesia.
Bila mendengarkan lagu terbaru Kaer yang diberi judul Bukan Kasihku yang dicipta oleh Azlan Abu Hassan itu, Papa percaya ia mampu memikat hati pendengar dan pencinta muzik tempatan sebagaimana impak yang terhasil menerusi kolaborasi mereka berdua untuk lagu Izinku Pergi.
Memang lagu Bukan Kasihku tidak sama seperti Izinku Pergi tetapi feel dan mood seperti mana lagu Izinku Pergi memang ada. Cukup mendayu dan menyentuh jiwa.
Jadi, Papa terus kirim SMS kepada Kaer memberitahunya mengenai kualiti lagu terbarunya itu.Dalam jawapan balasnya, Kaer berkata, lagu Bukan Kasihku akan dimuatkan dalam album pembungkusan semula, Menjelma yang akan berada di pasaran bulan depan
Bukan itu sahaja, tambah Kaer lagi, album barunya pula akan menjengah pasaran pada Februari tahun depan.
Papa dengar juga, album baru Kaer tu nanti ada banyak lagu-lagu sedap dan salah satunya adalah lagu ciptaan Yovie Widianto yang merupakan salah seorang anggota kumpulan Yovie & Nuno.

petikan akhbar dari utusan malaysia online

hikss..kalau jodoh papa dengan kaer xkan kemana..
pertanyaan nya sekarang siapakah Papa??@fikir
jeng..jeng..jeng..hahaha jadi gossip blog aku nnti!!!@takbole

mood::mKenyang:
Munirah Abd's Facebook profile