30 September 2010

Amaran dari pihak Nuffnang

Salam;


Salam sejahtera Nuffnanger,

Seperti yang anda mungkin sedia maklum, terdapat 2 jenis kempen iklan yang diberikan oleh Nuffnang iaitu Metered (mCPM) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah pengunjung yang melihat iklan dan Cost-Per-Click (CPC) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah klik terkumpul dari iklan yang disiarkan.

Kami menyedari bahawa terdapat sebilangan ahli yang terlibat dengan aktiviti click fraud, iaitu perbuatan klik pada iklan CPC dengan sengaja demi menjana pendapatan pemilik unit iklan tersebut. 
Aktiviti click fraud melanggari terma & syarat kami di bawah seksyen 6.

Suatu unit iklan itu sepatutnya diklik oleh pengunjung yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen iklan yang dipapar, dan bukan semata-mata bertujuan untuk menjanakan pendapatan. Sekiranya situasi ini bertambah buruk, kadar penyiaran kempen iklan akan turut berkurangan oleh kerana pihak kami hanya dapat menjual ruangan iklan di dalam blog yang tidak mempunyai rekod aktiviti click fraud.

Sistem kami mampu untuk menjejak serta merekodkan aktiviti click fraud dan sekiranya perlu, rekod-rekod yang terkumpul boleh digunakan sebagai bahan bukti bagi tujuan kehakiman. Sebelum ini, pihak Nuffnang telah pun menggantung dan menyenarai hitam pelbagai individu dan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti click fraud. Namun, disebabkan bilangan ahli di dalam komuniti yang melakukan click fraud semakin bertambah ke suatu tahap yang membimbangkan, kami dipaksa untuk lebih berwaspada dan tegas dalam mengambil tindakan. Ini bagi memastikan ahli komuniti yang lain tidak berasa tertindas dalam jangka masa panjang. 

Di antara perbuatan click fraud yang umum ialah:
- klik pada unit iklan milik blogger lain dan meninggalkan komen di blognya bagi meminta blogger tersebut untuk klik pada unit iklan milik sendiri.
- mendaftar sejumlah besar blog dan klik pada iklan dalam setiap satu.
- menukar alamat IP komputer dan klik pada unit iklan secara berulang-ulang .

Tindakan akan diambil sekiranya perbuatan di atas dapat dikesan oleh pihak kami.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana rakan anda atau pihak lain yang terlibat dengan aktiviti ini, kami amat menghargai usaha anda menasihati mereka untuk tidak berbuat demikian. Mana-mana ahli yang dikesan melakukan aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas oleh pihak kami, sama ada melalui penggantungan atau penutupan akaun miliknya.

Terima kasih atas perhatian anda.

Sekian,
Robb Chew
Jabatan Perhubungan Blogger
Nuffnang Sdn Bhd


Ha! pada sesiapa yang dok rajin tinggal komen "jalan jalan nuff la","saya dah klik iklan awak,sila klik iklan saya".. ha watch out ye korang. ada yang kena kang ngan org nuffnang. igt tujuan asal korang berblog adalah apa?? kalau aku, aku nak simpan memori2x indah aku dalam blog ni. untuk anak cucu aku baca pada hari kemudian kelak. aku letak nuffnang sampingan je. kalau ada rezeki ada lah. kalau xde nak wat camna. plus aku dah ada pendapatan sendiri. ada gaji tetap.so kalau ada lebih rezeki kat nuffnang ni. Alhamdulillah..hiks
ok apa-apa hal pun tgk niat asal korang berblog dulu ok!!! 

ok sekian

Bulan Bintang

27 September 2010

Hari Keluarga Besar Kami

Salam;

Date : 3 SYAWAL 1431
Venue: Rumah Wan ,Kg Simat, Johol Negeri Sembilan
Event: Hari Keluarga Hj Md Noh B. Hj Abu

Maaf cerita agak lama terperam. Kesuntukkan waktu. T_T.Apa-apa pun acara hari keluarga ini adalah best walaupun xdpt makan. ok sedey. xpe lepas tu kami makan besar KFC. Raya KFC di waktu malam. Actually ini adalah hari keluarga yang pertama bagi keluarga Hj Md Noh Bin Hj Abu. Yakni allahyarham onyang saya.Saya xpasti saya pernah jumpa onyang saya ke x. rasanya pernah. tapi masa kecil kecil kut. lupa T_T Onyang saya ini adalah bapa kepada wan saya iaitu ibu kepada ayah saya. ok paham di situ. ok bagus. jadinya mari kita..(xmahu describe byk sbb takut salah fakta. ini kan sejarah.)

ok mari lihat gambar sambil membaca caption

Photobucket
ketibaan vip TOK LONG merangkap abang kepada wan. dan juga anak sulung arwah onyang


Photobucket
mak mak dara. dari kiri maklang yang lama udah tidak ketemu,ummi ku sayang yang kelihatan sungguh anggun di dalam ini gambar,makcik nor yakni seorang doktor psikitrik di Hospital Bosar Somban.dan makcik yati seorang guru matematik yang saya yakin garang. hehhehe


Photobucket
oh lagi mak mak dara, dari kiri ummi(knapa ummi buat faces camtu. hurmm),makcik nor, dan mak ngah yang bakal menimang menantu sulung thn hadapan. :D


Photobucket
ketibaan sedara mara bermula

Photobucket
my maksu dgn baby. maksu amik berkat.

Photobucket
pak ngah saya la


Photobucket
ini pula makcik halimah saya. dia housewife. ada anak comel lote. :p

Photobucket
tetamu vip

Photobucket
adik kecil. maaf xingat nama la dik. beliau 2pupu dgn saya ni

Photobucket
xkenal budak ni ker? kasi hentuk kepala ko. hahahha

Photobucket
alang dan sepupu saya.

Photobucket
dara pingitan kononnya

Photobucket
majlis di mulai. bacaan ayat suci Al-Quran oleh sepupu sepupu tahfiz saya. mereka hebat. saya kagum. alhamdulillah. hajat arwah atuk haji saya nak tgk ada waris jadi tahfiz hampir jadi kenyataan.

Photobucket
ayah kenalkan ahli keluarga. "ini isteri saya. anak sulung saya part time photographer.anak kedua saya part time makeup artis!!" wahhh terbaik la ayah ku ini promote anak ok!! sayang ayah. dan terima kasih kerana supportive dengan kerjaya sampingan kami. we love you ayah ummi!!! mmmuahhhh

Photobucket
oh keluarga ini. hurmm.. makcik juriah punya family.if i'm not mistaken.

Photobucket
cucu bongsu Hj Md Noh Bin Hj Abu. eh saya bukan cucu. saya cicit. so ini di katakan maksu saya la. mudakan maksu saya.hehehhehe

Photobucket
amboi daniel melompong koooo

Photobucket

body guard family. hahhaha

Photobucket

makan timeeeeee.. tapi sayang saya xdpt makan pun. T_T

Photobucket

besarkan keluarga. sampai xmuat la lense aku.nak kebelakang lagi takut makin kocik gambo eh. ok next year pakcik pakcik ku.minta taja wide lense yeee. hehehhe.. sila spot mana saya.

Photobucket
cucu-cucu Hj Md Noh Bin Hj Abu

Photobucket
cicit-cicit Hj Md Noh Bin Hj Abu

Photobucket
keluarga kecil kami.


TAMMAT,SEKIAN

penceritaan panjang lebar olih;
Bulan Bintang

23 September 2010

Respon Lelaki Kahwin Lambat

Salam;

Ini bukan respon orang lelaki sendiri yang kahwin lambat. Ini respon atau pandangan kosong dari aku sendiri. Respon ini di buat berdasarkan entri ini :>> rujuk sini="" <<

Ok,mmg tak di nafikan tanggungjawab kahwin ni lebih berat kepada lelaki. Sampai kena ikat perut makan maggie berbulan bulan. Gila kesian. Tapi nak kahwin punya pasal sanggup ek.. Ok aku mmg pandai cakap sbb aku perempuan. Dah la tu masih bujang pulak tu. 

Haih,so bagi sesiapa yang nak sangat kahwin. atau dalam erti kata lain yang kasar adalah "gatal burit" (bahasa pasar yang kasar,yang orang2x tua selalu guna kalau anak2x dara dah gatal men'qhela) Apa kata kan kalau duit duit hantaran tu korang share share je. Jangan la beban terletak pada lelaki. Kesian kan kat laki tu. (konon)Kata nak hidup mati bersama share share la sikit.(lagi konon)

Parent xbagi nak share share . ok fine. mmg la akan ada parent xbagi nak share2x ni. Korang diam diam sudah. Pastu even korang dah share share kan,yang lelaki ko igt pompuan dah kesian n dah bagi share sikit ingat lepas gitu dah. No nehi nehi ok.Share tetap share. Lepas kahwin bayar balik wooooo. Xbayar sedebuk bayar sikit2x ok la kan. Xpun ikut perempuan tu la kan. Kalau dia xnak duit tiap2x bulan. Apa agi time ni la lenjan mintak handbag memahal ke. Kasut memahal ke? G honeymoon memahal ke? Cincin godang besar macam gajah ke? hahahha ok kan kan kan..

So nak timbul isu kahwin lambat bagi lelaki maybe dah xde kut kalau ada sharing is caring. MELAINKAN KALAU LAKI KO TU XBEKERJA LAGI!! SO CAMNA NAK SHARING!! DEDIAM LA SAMPAI LAKI KO BEKERJA YE!! EH EH ASAL CAPITAL LETTER NI.BOLD LAK TU HAHAHA 

ok itu saja pandangan kosong yang tak berilmiah dari aku.

bye



Bulan Bintang

22 September 2010

FAKTA KENAPA LELAKI KAHWIN LAMBAT

Salam;


Malaysians are getting married at older age. Why? Especially man

Say you are a fresh graduate at that age of 23, a male, starting a carrier with a salary, say RM2000 per month.

Monthly, extracting your expenditures on foods, transportation (public or motorcycle), electricity, water, phone, house rent and other expenses, say you can save about RM800 the most.

Then, because you are a good son, you send some money to your parents or relatives about RM300 per month. This will give you a balance of RM500 of saving. For the first year, maybe you are very discipline with your budget, so you save about RM5000.

The next year at the age of 24, you meet a girl of your dream. Both of you plan to get married after one year or two. Ok, that's fine, it gives you time to save some more money and some more time to prepare the basic
necessities for a 'happy' family? a car and a roof to&nb sp;live under. That year because you are a hard worker, you get a raise of 10%.

Since you are also a gentleman, you make sure some money is put aside to spend on dates and gifts for your girl, so 10% goes for her. Like the previous year, after much sweat and Meggie-eating months, you save another RM5000. You are paid 2 months bonus. So, another RM4000 is added to your saving. So, your total saving now is RM14,000.

You decide to spend about RM8000 on a brand-new RM40,000 car down payment. So, you net saving that year is RM6000.

The next year at the age of 25, you are doing fine at work. But because now you have to pay for car every month, your total monthly saving is cut down to about RM400. You save roughly about RM5000 that year. No bonus that year because your company is doing poor. So, your total saving in the bank is RM11,000.

Then, you decide to get engaged with your girlfriend. She said OK. So, need to buy an engagement ring.
RM1500 is spent on ring plus 'hantaran pertunangan'. So, your net saving that year is RM9,500.

The next year at the age of 26, you get promoted. Your salary now is 1.5 of your starting salary at the company. Good news! You think. "Ok, this year I will get married". You also are 'gersang' already. :)

So, you ask your fiancée "how much is the dowry (hantaran)? " She say, "berapa-berapa yang u sanggup".
You ask,"RM5000 ok?". She replies, "I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!".

Your eyes 'terjegil', air liur 'meleleh' and you faint on the spot. "Where else in the world can I get extra money?", you say to yourself. But, because you are very determined to get married with your dream girl and in the name of love, you work really really hard that year until you are awarded "The Best Employee of The Year". You get 3 months of bonus. You also do some side business to supply ayam pencen. So, roughly your nbsp;net saving at the end of that year is RM20,000.

Ok, now you are 27 years old with enough saving in the bank to pay for the dowry. But then, come your mom saying,"Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita cater aje la ya? RM10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sket. Kita jemput dalam 1000 orang datang ok? "

You did a quick in-the-head-calculation,
"1000xRM10=RM10,000, penyanyi lagi, khemah lagi, buta-buta je RM15,000!!! 
Tu tak masuk cincin kahwin lagi!!" 
You say,"Mak, nak buat apa membazir-bazir duit ni?" 
Your mom replies,"Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. `Biarlah buat betul-betul." You insist,"Tapi mak?"
Your mom says, "Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap dato, datin, tan sri puan sri lagi datang. Mana la mak nak letak muka kalau buat kenduri kecik kecik?".

Anyway, you finally get married. But, a beautiful happy life after marriage that you dream of with your wife does not last long. You have debts around your waist, interest gets higher every month, cannot afford to pay them, you wife gets tired of you asking money from her,she accuses you of being irresponsible husband for not being a good provider, blah blah blah? At the end, you two go into separate ways? You get divorced.

Problem breeds problem? Sometimes we wonder why marriage institution is failing in our country.The above example may not represent the whole phenomena in our culture,but perhaps it gives us some ideas of the problems young couple these days are facing in getting married from my perspective.


The Root Cause of The Problem...

There is something wrong in our culture. I really think there are some practices in our culture in Malaysia (Malay culture specifically)&n bsp;that do not make sense and especially they are contrary to the teaching of Islam. These practices are well-rooted in our culture that unfortunately because of them, many people are 'afraid' to get married,or simply feel like they cannot afford when they are actually can afford. These are some of my observation and summary analysis:


  • Marriage should be done in the most modest way but in Malaysia, it is ought to be done in the most lavish way. Competition on whose wedding is the most grandeur is almost unavoidable. Fame is usually the reason why people spend unreasonable and wasteful amount of money for a wedding.

  • The "price" of a woman is measured according to her perhaps educational status not according to her knowledge and understanding of Deen and piety as suggested by the religion. The saddest thing is that "price" is put on women, who are supposed to be, if God-loving, kind-hearted and pious ones, "priceless"! 'Dowry' system is adopted by the Malays from perhaps the Indians who came to Malaysia long time ago. When the 'dowry' is put too high and men can't afford to pay, marriage is usually delayed or cancelled. An effort to build another small brick unit of this Deen is delayed or perhaps destroyed only for this reason.

  • Marriage should be a quick and easy process for the couple not hard, which eventually becomes a burden. These days, we make marriage so complicated that people are afraid of getting married. When I was in the Sydney, I saw Muslim brothers and sisters getting married at the mosque, with just some sweets as the main course for the guests. The guests who were invited to witness the ceremony were usually whoever prayed jemaah at the mosque or some close relatives and friends. There is no nbsp;point of being extravagance. We should focus on the life after wedding not the wedding itself. Wedding is only a door to the marriage house. Why should we spent a lot of money to decorate the door so beautifully, when the inside of the house is then left empty, dark and unattractive?

...and the pressure is on men...


di copy cat dari email yang di kirim oleh teman. Putri Nor Ashiqin. Terima kasih teman atas kiriman email ini.sekadar berkongsi buat anda semua

next will be my opinion on this issues!!xde lah opinion sangat. sekadar pandangan kosong je :p

olih;
Bulan Bintang

20 September 2010

The Junior

Salam;

Photobucket
ini udin. sepupu saya. umur 7 tahun. budak yang sangattttt ligat!! Dia ni xleh tgk kamera. antara 2 je kalau dia dengan kamera.


  1. Posing
  2. Sibok nak amik gambar gak


Photobucket
kata dahhh.. tgk tgk dah start pegang kamera kecik. nak lawan kakak la tu :p

Photobucket
ececece reti kerrr?? hiks

Photobucket
tu diaaaaa aksi dia.. Udin snap kakak. Kakak snap udin.. hahaha bijok bijok :D haaaa yg hok bawah tu .. tu orang tgh business make up2x hehehe


di karang olih;
Bulan Bintang

18 September 2010

Rumah Opah Tersergam Indah

Salam;


Photobucket

Sesungguhnya kami semua(anak2x cucu2x especially cucu cucu opah) sgttttttt rindukan keriuhan di rumah opah ini.. Lebih2x lagi kalau dah ramai2x kan.. kalau berlari semua gegar xingat.. Pastu kena bebel ngan opah "roboh la rumah opah eeeeiiiii" hahahahha hurmm tu semua kenangan.. skang opah terlantar sakit. Anak2x opah semua keja2x. Opah pun mcm xmo balik sbb kena duduk dalam keta lama2x. So tinggal lah rumah ni. Hanya sebulan atau 2 bulan sekali Paksu Salleh atau ngan maksu akan balik jenguk rumah. Sbb mereka ada buat projek kat blakang atas bukit rumah opah ni. Rumah opah dah mmg atas bukit. pastu ada bukit lagi kat atas. Haih rindu weiiii..

Photobucket


Photobucket

ni kawasan tengah rumah opah. tempat kami semua lepak lepak baring2x sambil tgk tv. kalau time raya ni mmg port baik punya utk tido. bagus tetamu datang duk depan kalau jengah bahagian tengah ni mmg cuci mata tgk semua org terlentang baik punya. terlentang takde yang memolek. ikut dan kalau boleh selit selagi tu selittttttttttt.. hahahhaha

Photobucket

ni lak bahagian belakang. hah ni pun port utk landing.. agak2x kat tengah tu dah tak muat blakang ni pun jadi arr.. hahaha.. tu nampak buaian tergantung.. tu la tempat cucu-cucu opah masa kecik kecik kena buai. kalau xcukup masing2x harus stand by bawak buaian besi masing2x. hahahha kenangan sungguh..!!

Photobucket

Photobucket
ada radio antik lagi. ni ruangan solat. tapi kalau time tido sini pun penuh ni. ater anak2x opah ada 12 orang. bayangkan kesemua anak balik. tak ke haru rumah opah ni. di tambah lak ngan cucu2x dia yang memang banyak!! hahahha.. so sekarang rumah ni walaupun kena tinggal tapi sentiasa di jaga rapi. Anak2x opah ada upah orang untuk potong rumput. Cuma utk bersihkan rumah xde.. Cuma sesekali pulang kampung bersihkan dalam. itu pun bukan dapat tido balik hari atau tido umah wan kat kilir.ahhh rindu dulu dulu T _T

Singgah rumah opah amik tilam bantal utk tido rumah wan. Rumah wan pun dah ramai anak cucu yang balik. Hiks
yang rindu;
Bulan Bintang

17 September 2010

Beraya Bersama Opah di Ampang

Salam;

Ini adalah tahun kedua kami semua tidak beraya di kampung opah(hakikatnya mmg balik kampung negeri sembilan tapi balik rumah wan. rumah wan dan opah xjauh. dekat je..) Di sebabkan keuzuran opah, adik beradik ummi sepakat tahun ini beraya di rumah pak uda di Ampang. Opah saya uzur. Dia xleh nak duduk lama2x dekat atas kerusi. Harus terbaring sahaja. Tidak mengapa as long as kami masih bersyukur opah masih bersama kami untuk sambut Syawal pada tahun ini. :D

Photobucket
Aunties,ummi,cousins with our beloved opah

we all orang negeri sembilan. why panggil opah? selalu orang tanya soalan tu. Jawapannya sebab masa dulu famous cerita opah. So lahir cucu sulung which is me! Opah and my aunties adalah excited n meminta opah di panggil opah bukannya wan seperti mana panggilan untuk kebiasaan nenek di negeri sembilan ini.)


Photobucket
kurus kan my opah. rindu opah masa sihat2x. opah sangat aktif xreti duduk diam. rindu rendang hitam opah.T_T rindu semua semua berkaitan opah. tak lupa rindu pada arwah atok dom juga AL-FATIHAH

Photobucket
opah bersama udin. :D


Photobucket
our beloved aunty

Photobucket
cucu-cucu opah yang gorgeous dan hensem. hahahhaa mereka gedik bukan. :p

di tulis olih;
Bulan Bintang

14 September 2010

Pagi Syawal

Salam;

Oh lambat sungguh mahu update cerita pagi syawal. ater nak buat macam mana. Pagi raya terus rushing g ampang pastu balik pula ke nogori. hehehe. anyway pagi syawal sempat gak merakam detik2x kegedikkans adik beradik ku di pagi syawal. ala takde la gedik mana pun. ater semua tgh bersiap nak cepat2x. mari lihat dan kenal sorang2x. yang dah kenal bagus la. xkenal meh aku kenalkan meh.

Photobucket
oh ini si bulan bintang aka Munirah Abd. maknanya si tuan tanah ini punya blog :p status belum berkahwin tapi not available. hahahaha oh merangkap juga anak sulung keluarga

Photobucket
Mahirah Abd aka angah aka mak andam keluarga. Kuat melaram dia lah orangnya. make up mmg berejam. hehehhe

Photobucket
ini pula si alang domok atau Mardhiah Abd. dulu kekecik dia chubby. skang kurus. blaja agi. ada bran mau tackle dia. dia adalah singa keluarga kalah kakak sulung :p

Photobucket
si adik bongsu Masturah Abd. Konon2x dia ala-ala wanita melayu terakhir. pfffttt.. oh sudah berpunya. kuat gayut di dahan handphone. xlekang sungguh dgn si handphone :p

maaf gambar adik bongsu yang sensorang tidak ada. dia cameraman hari itu.

Photobucket

Photobucket
gambar keluarga. ya itu ayah dan umi saya. ha ada adik lelaki bongsu yang benar benar bongsu. Muhammad Zaim Abd. Ayah bernama Abdullah L.Abas. Umi pula Badariah Mohd Dom. Keluarga happy family :D Longkai sungguh adik lelaki yang benar benar bongsu tu kan. longkai si longkai. haihhh kakak kakak kementot terutama si kuat melaram.. hahaha jgn tertipu konon dia tinggi itu. dia memakai sandal bertumit tinggi untuk menampakkan beliau tinggi juga. hhaha bijok. :D

Photobucket
kegedikkan di pagi syawal kononnya. :p


oleh;
Bulan Bintang

04 September 2010

Salam Aidilfitri

Salam;
Bulan Ramadhan hampir penghujung,
Bakal menjelma Syawal yang mulia;
Marilah kita kunjung-mengunjung,
Bermaaf-maafan sesama manusia.

Sanak saudara tegur menegur,
Rakan dan taulan kunjung-kunjungan;
Jari tersusun tangan ku hulur,
Salah dan silap harap dimaafkan.


      Selamat Hari Raya Aidilfitri
      Maaf Zahir dan Batin

Daripada: Motokar Kelisa & Bulan Bintang

p.s: sama-sama kita hayati antara iklan raya terbaik yang pernah disiarkan..

03 September 2010

Pembaharuan

Salam;

Mungkin ada yang sudah tahu yang aku rasa kurang secure berblogging di muniiera[dot]com . Bukan sebab di spy oleh strangers. Tidak tidak sama sekali.(Aku xkesah pun strangers spy blog aku!) Tetapi di spy oleh student sendiri. Kalau baca saja diam diam tidak mengapa. Ini sampai nak bercerita balik apa yang aku cerita dalam blog semasa dalam kelas! Itu adalah melampau!! Kalau aku teruskan menulis di situ ntah apa2x cerita la yang diorang akan buat. Bukan boleh caya budak budak ni. Kalau "menganjing" no 1!! So macam akan ada kurang respect di situ. Ye la aku kalau menulis merepek sesaja.Mana reti nak formal2x ni. Nak kutuk2x pun dah xdpt da. Hahahhaha Haihs

Makanya aku ambil langkah dengan berblogging personal life di sini. dan di sana hanya blog bergambar aku. Woo sewa hosting aku lom expired agi. So mcm sayang,lagipun aku suka domain tu. Nak privatekan pun cam sayang. Pendek citer semua sayang la. 

Oleh itu,aku wujudkan blog ini. Actually ini blog lama muniiera.blogspot.com tetapi aku tukar url ke utaradanselatan.blogspot.com . Kenapa utaradanselatan? Aku skang kan menetap di Perak yang boleh di anggap utara plus kekasih hati kan org utara. Selatan pula aku org Selangor. Mana boleh lupakan Selangor!! Jadi Selangor aku anggap dah ke arah Selatan. Maka itu wujudnya utaradanselatan.blogspot.com . 

Nama pena juga berubah dari Munirah Abd ke Bulan Bintang. Munirah Abd aku kekalkan di muniiera.com Cuma di sini aku bagi nafas baru dengan nama Bulan Bintang. Sebab apa? Nama aku Munirah. Orang ramai panggil Mun. Bahasa Inggeris MOON. dan aku suka bintang. jadi tambahkan moon star (kalau perasan aku ada blog url dmoonstar.blogspot.com) Makanya aku bahasa melayukan jadi Bulan Bintang.


Oh entri lama di muniiera.blogspot.com semua aku simpan buat draft. Kan nak bagi nafas baru dekat utaradanselatan ni :p Hanya entri yang baru dari muniiera.com dan entri yg ada ilmu sikit je aku still remain dalam sini.

Di harap aku dapat berblogging dengan aman di sini. Dan dapat bercerita segala kerepekkan di sini. :D

ini adalah sticky mode.scroll ke bawah untuk postingan terbaru

ikhlas
Bulan Bintang