03 September 2010

Pembaharuan

Salam;

Mungkin ada yang sudah tahu yang aku rasa kurang secure berblogging di muniiera[dot]com . Bukan sebab di spy oleh strangers. Tidak tidak sama sekali.(Aku xkesah pun strangers spy blog aku!) Tetapi di spy oleh student sendiri. Kalau baca saja diam diam tidak mengapa. Ini sampai nak bercerita balik apa yang aku cerita dalam blog semasa dalam kelas! Itu adalah melampau!! Kalau aku teruskan menulis di situ ntah apa2x cerita la yang diorang akan buat. Bukan boleh caya budak budak ni. Kalau "menganjing" no 1!! So macam akan ada kurang respect di situ. Ye la aku kalau menulis merepek sesaja.Mana reti nak formal2x ni. Nak kutuk2x pun dah xdpt da. Hahahhaha Haihs

Makanya aku ambil langkah dengan berblogging personal life di sini. dan di sana hanya blog bergambar aku. Woo sewa hosting aku lom expired agi. So mcm sayang,lagipun aku suka domain tu. Nak privatekan pun cam sayang. Pendek citer semua sayang la. 

Oleh itu,aku wujudkan blog ini. Actually ini blog lama muniiera.blogspot.com tetapi aku tukar url ke utaradanselatan.blogspot.com . Kenapa utaradanselatan? Aku skang kan menetap di Perak yang boleh di anggap utara plus kekasih hati kan org utara. Selatan pula aku org Selangor. Mana boleh lupakan Selangor!! Jadi Selangor aku anggap dah ke arah Selatan. Maka itu wujudnya utaradanselatan.blogspot.com . 

Nama pena juga berubah dari Munirah Abd ke Bulan Bintang. Munirah Abd aku kekalkan di muniiera.com Cuma di sini aku bagi nafas baru dengan nama Bulan Bintang. Sebab apa? Nama aku Munirah. Orang ramai panggil Mun. Bahasa Inggeris MOON. dan aku suka bintang. jadi tambahkan moon star (kalau perasan aku ada blog url dmoonstar.blogspot.com) Makanya aku bahasa melayukan jadi Bulan Bintang.


Oh entri lama di muniiera.blogspot.com semua aku simpan buat draft. Kan nak bagi nafas baru dekat utaradanselatan ni :p Hanya entri yang baru dari muniiera.com dan entri yg ada ilmu sikit je aku still remain dalam sini.

Di harap aku dapat berblogging dengan aman di sini. Dan dapat bercerita segala kerepekkan di sini. :D

ini adalah sticky mode.scroll ke bawah untuk postingan terbaru

ikhlas
Bulan Bintang

No comments:

Post a Comment

Dear readers,comments make me happy and make me smile!! Yes!! your comments will be moderated.Dont worry about that ok.. Its a procedure to kick out spammer and mosquitos.Thank you.

# NO SPAM OK!!!
# Comment is awaiting on moderation.
# No harsh word!!


Thanks for your comment!! *wink*

Hello 2018

Assalamualaikum and Hi Guys; This year my double H started going to school!! Tadika la of course.. haha.. So we decided to send them to Ta...