Showing posts with label Personal Life. Show all posts
Showing posts with label Personal Life. Show all posts

09 January 2018

Hello 2018

Assalamualaikum and Hi Guys;

This year my double H started going to school!! Tadika la of course.. haha.. So we decided to send them to Tadika Aiman. We had already made some survey for other kindergartens and InsyaALLAH this will be the best choice for them.

Ameen

Test Baju After Alter that cost us RM90+ 😰

Seluar track bottom tu pun alter.. kalau x menggelebeh. anak2x iolss halus kecik hehe

On their first day of school, mmg I amik cuti sbb saja nak kepoh kepoh nak rasa hantar anak pergi school.. hahaha.. And mmg dah agak akan ada DRAMA from them.

Wake up early morning alhamdulillah both of them sangat mudah nak bangun. sbb mlm sebelum dah kena paksa tido as early at 8.30pm hahaha.. Mummy nervous takut diorang might cranky especially Hannah. The DRAMA begins after shower.. and below are the chronology..
  1. Hasif xmo abah pakaikan baju nak mummy
  2. Hannah lari satu rumah dr tingkat atas turun ke bawah sbb xmo pakai baju school
  3. Umpan them tgk youtube kids dkt tv. of course Baby Shark Do Do Do
  4. Then minum susu and makan vitamin dulu before school
  5. Perjalanan ke school aman damai
  6. Sampai school Hasif said "xmo school sini" while Hannah masih rileks xmo jalan nak mummy dukung
  7. Dukung Hannah and she said "mummy jangan tinggalkan Hannah ye"
  8. Hasif buat drama Kasim Selamat pegang kaki abah xmo masuk school
  9. Teacher amik Hannah and Hasif . Both crying out loud. Oh sorry babies.. 😭
Huhu.. mujur first week of school sampai pukul 11am je.. So masa amik dah xnangis dah.. Sempat intai Hasif dah jumpa kawan baru.. Hannah xnampak pula masa intai.. Then send them to Opah's House. Sampai rumah opah Hannah gedik xmo masuk.. Ngada!!!!

Malu2x nak amik gambar konon..

So that's the story of them for first day of school. Second day chronology sama, cuma Hannah xde la lari satu rumah dah.. masih nangis xmo pakai baju.. While abang Hasif alhamdulillah dah tak nangis just Hannah je nangis. So Hasif being so abang abang akan pujuk Hannah bila dah sampai school.

Hasif and Hannah ,
Mummy and Abah doakan both of you di cerahkan dan di lapangkan dada sepanjang menuntut ilmu dekat Tadika Aiman ni ye.. 


Mummy and Abah love you guys soooooooooo much



 love;
♥Munirah Abd♥

11 May 2016

My poor little baby - Kronologi

Assalamualaikum and Hi Guys;

Ceritanya begini..

25/4/2016

Pagi around 10am bawa Hannah pergi the nearest clinic from my office. Picked her up from Opah's house (her nanny) and also picked up Hasif from taska. Brought them for the checkup. Hannah kondisi agak lemah, and I thought because of her batuk and demam. So pergi klinik buat Sonotron for Hannah and Hasif just checkup utk bisul bawah dagu. Then sent them back to Opah's house and Taska.

After office hour pick up them. but Hannah masa amik cam lembik sgt and Opah said Hannah kurang makan dan minum susu, asik nak tido je. Masa ambil pun Hannah tido sambil pegang biskut tak ceria langsung as usual. Terus ckp dekat husband I think Hannah kena amik neb and Hanif yang ada pengalaman penat pun nampak anak dia nafas laju. So we deicded to take Hannah to the GH and we thought untuk amik neb je. Tak pergi private sbb nak jimat and thought we only nak amik neb je tak terpikir langsung untuk warded! If only we knew kena warded memang terus bawa g Private Hosp since Hannah ada insurance cover.  Sampai GH, Hannah kena amik neb 2 times and oksigen then one of emergency doctor said that Hannah needed to be warded. OMG!! Warded!! I hate ward!! Ok positive thinking this is for Hannah. Hannah kena sihat!! And I cannot be selfish. Tak pikir apa Hannah warded around 2am. Poor her. Hasif pun xpasal kena tolak naik ward sbb tido atas katil Hannah masa kat emergency ward.



her first oxygen treatment

Sampai ward, Doctor tgk Hannah and said tanda tanda penat ada kat Hannah.. T______T oh my this is happening. yang xnak jadi kat anak-anak aku tp jadi kat Hannah. Kalau blh biarla yang ada penat ni only their father. T________T not cool ok kena PENAT ni.. lagi lagi at her age!! Mummy nangis, and I blamed myself tak bawa Hannah jumpa Paed early asik bawa g klinik biasa je. T_______T

First night dlm ward Hannah tak selesa. Mummy pn  tak selesa baring sama-sama dalam baby cot huhu. Lagi buat Hannah annoying dia kena pakai oksigen then kejap kejap kena amik neb. oh poor you baby. Mummy xpernah kena semua ni. Only your father know how its feel. But deep in my heart mummy dapat rasa mesti sakit PENAT ni. 

her first neb



26/4/2016

Inform to the family members Hannah's warded. Semua terkejut. And as you guys know my family jauh kat Banting and Hanif's family jauh kat Kangar. So we are in between. And right now my ayah dah xblh nak drive jauh due to his sakit pinggang and kaki. While Hanif's family pula ada problem with their car. So blh bayang x I survived with husband macam mana. So dengan keadaan yang agak chaos dengan Hasif yang also need my attention. With husband yang baru start buat home tuition dekat Ipoh so we need a private ward for Hannah yang blh kami semua "berkampung" . And my alang were part time agent insurance said why not we transfer Hannah to Private Hospital since Hannah ada insurance. Oh my, kenapa laaaaaaaa mlm yg doctor kata kena warded tu xminta transfer terus. Mmg lupa!!

nap time.. letih mengamuk kena neb pun iya gak. imagine mummy selit tido dlm tu mlm td. huhu

So we discuss with GH's doc and also my agent Izni which is Alang's friend help us to call Pantai Hosp to make sure if there any room for Hannah and ada tak doctor yang blh in charged for her case. Alhamdulillah walaupun permulaan macam GH tak mahu lepas , akhirnya they agreed dengan syarat keluar je ward terus check in ke Pantai Hosp.

Sampai Pantai Hosp pergi emergency then Hannah kena amik neb lagi and Dr Cheong are the one yang I request utk treat Hannah sepanjang dia kat sini.

tengah tunggu ward ready. lawan sakit so nampak dia aktif and ceria but nafas still laju. mummy adore your spirit baby. my fighter baby


The admission ward kat Pantai Hosp I requested for a single room for Hannah. Tak kira nak juga single room kalau dpt 4 org sebilik baik duduk kat GH tu.. huhu remember the main reason for transfer.. 

The night at Pantai Hosp went smooth and Hannah need to take her ned 4 jam sekali

Abg Hasif with us tonight. He dont understand at all tapi dia tau adik dia tgh sakit.



27/4/2016

Abg Hasif dpt baby cot since Hannah nak tido ngan mummy.
Rezeki abg Hasif juga if not abg Hasif tido kat lantai. errrr


The treatment at Pantai Hosp went well. As what we want our routine berjalan seperti biasa. Cuma I xpergi kerja jaga Hannah, dia bukan nak sangat dengan abah time sakit sakit ni.And Hanif's still can attend for his tuition class.. huhu

letih berperang dengan mummy nak bagi neb
mummy kena gigit gara-gara Hannah protes. ni baru satu ye ada lagi kat tpt lain . gigit la nak asalkan kamu cpt sihat



28/4/2016

Hannah dah boring duduk ward, so sesekali bawa dia jalan turun bawah. pergi cafe yang biasa je. I dunno that they have yg cam 'happening' cafe kalau tau mmg bawa Hannah lepak situ. huhu

protes nak keluar bilik
makan sendiri. 


Doctor said she is getting better tapi neb still 4 jam sekali. Haih part nak bagi neb dekat Hannah ni mmg gaduh besar. Entah mana kudrat dia dtg untuk memberontak pun tak tahu. sakit wei dia berontak macam kena guna kudrat jantan nak pegang dia.huh



29/4/2016

Birthday tok ummi!! Happy birthday tok ummi. Sedih patut plan balik Banting untuk celebrate birthday tok ummi. Tapi apa nak di kata dah takdir kami xdpt balik Banting. Allah dah plan cantik untuk kita kan. Terima dan redho. Ada sesuatu yang baik menanti kita nanti.

getting better

Oh Hannah macam biasa la dia boring ajak keluar ward. Amik neb pun dah kurang ke 6 jam sekali. Fuh lega mummy dengar when doctor said dah kurang kan jam sbb Hannah dah makin getting better. Dah back to her normal life. happy baby. Doctor tanya nak balik bila? I said bila Doctor blh bg discharge she said esok or ahad. and macam Ahad discharge.. hurmmmmm (mummy pun dah boring duk hospital nak)

dah keluar nak keluar lagi. hish


30/4/2016

Doctor dtg visit spt biasa. And doctor said Hannah blh discharge hari ni!! aaaaaaaa rasa mummy over nak melompat happy. tapi Hannah hanya blh keluar lepas last amik neb pukul 4pm.


After 4pm we all tunggu for the bills pula. Ye la xkan nak main keluar gitu mesti la nak tau bill berapa even bukan kita bayor tapi insurance yang bayarkan. Tunggu pnya tunggu takde juga. So dlm maghrib tanya dekat kaunter ward untuk tanyakan. then takde org pnya jawab call. Around 8pm pergi sendiri tanya kaunter admission kat lobby. So they said blh discharged cuma duit deposit xblh nak bagi lagi sbb bill xrelease lagi.errrrrrrrr padahal tadi my agent Izni dah call bagitau insurance dah released.. hishhhhhhh hospital ni memain pula.. xpela as long blh keluar pun dah ok. So collect duit deposit Selasa (3/5/2016) and kebetulan Hannah ada follow up check up with her paed.

Elok je dah checkout xjauh dari Pantai Hosp kami di timpa another musibah.

Ya ALLAH kuatnya dugaan buat kami sekeluarga. Mungkin ada perkara yang lalai telah kami buat. Allah bagi kami terhantuk dgn begitu kuat supaya kami sedar. dan insyaALLAH akan ada perkara yang lebih baik menanti kami nanti.

Redho

Disclaimer: Bukan kami tak trust doctor kerajaan. Kami trust dan kami hormat dengan cara mereka bekerja. What we want is a space, a private space for Hannah and us. Since kami sendiri2x je kat Ipoh ni without close relatives. Yang membantu kami banyak officemate. So we need space. Alhamdulillah Hannah ada insurance. Kalau x kami duduk je la kat GH cuma rutin kami akan jadi up and down . By the way Hannah's insurance is PruBSN. Monthly pay about RM135 and covered up to RM60k per year!!
My sister said bln 6 dah naik dah wei!! So siapa yang masih berkira-kira nak amik insurance tu cepat la amik. Kalau x kena bayar berlipat kali ganda tau. T___T


single room yang kami dpt di Pantai Hosp Ipoh Perak. Oh toilet lupa snap tapi selesa n bersih two thumbs up. hehe



 love;
♥Munirah Abd♥

21 April 2016

Draft

Assalamualaikum and Hi Guys;
Ada 42 draft!!

errrr.. ada 4 cerita yang dlm draft tu tidak di publish.

The rest pernah di publish. dan di simpan dalam draft sebagai kenangan peribadi yang tidak mahu di share dengan khalayak umum.

Moga aku terus konsisten untuk menulis blog balik.

Walaupun pengisian sebenar blog aku banyak berkisar kepada peribadi. Kalau dulu cerita diri sendiri mungkin kali ini cerita tentang double H pula

Simpan dalam planner pun aku simpan.

Dalam blog pun simpan. huhu.





 love;
♥Munirah Abd♥

10 December 2015

2015 dah nak abis

Assalamualaikum and Hi Guys;


Eh..entry terakhir blog ni December 2014.

Eh dah nak masuk January 2016?

Apa aku buat 2015?

Ntah.

Banyak sgt benda berlaku dlm thn 2015

Aku takut nak tempuh 2016

Serious takut!

Kenaikan sana sini

Gaji takuk situ.

Memang ada kenaikan gaji tapi bulan 7

Bulan 1-6 bagaimana?

Redah je la.. Cuba untuk berjimat

Mengharapkan 2016 memberi sumber rezeki baru buat keluarga aku

Ya aku begitu menaruh harapan!!

Bantu kami Ya ALLAH. Moga kami kuat.

nanti nak cerita perkembangan anak. untuk di simpan kenangan abadi proses pembesaran double H yang sangat di sayangi walaupun suka membuat mummy gerammmmmmmmmm. T_T

 love;
♥Munirah Abd♥

31 December 2014

Terima kasih 2014 Assalamualaikum 2015

Assalamualaikum and Hi Guys;

2014
Kenangan manis pahit semua ada

yang manis kita telan dengan begitu manisssssssssss semanis kurma
yang pahit kita telan kelat tapi kena juga telan yang kelat itu

2014
kepayahan
onak duri pancaroba semuanya la

2014
nampak sahaja kehidupan aku smooth mcm tiada masalah
tapi hanya ALLAH sahaja yang tahu

2014
ibu beranak 2
ibu yang mempunyai sepasang anak

2014
selalu alpa,leka dengan duniawi.
kejar duit dah mcm hamba duit
Astagfirullahalazim T________T

2014
kehilangan 
redho harus redha
"tunggu kakak kat syurga opah"

oleh itu 

2015
pasti akan ada kenangan pahit manis.
terima dengan redho sekiranya pahit
terima dengan syukur ALHAMDULILLAH sekiranya manis

2015
bangkit dari kepayahan
tebas semua onak duri pancaroba

2015
mohon banyak banyak pada ALLAH SWT agar semua di permudahkan

2015
besarkan putra putri dengan penuh kasih sayang dan ajaran ISLAM yang sempurna

2015
jangan lagi alpa
byk amalan.byk ibadah pada ALLAH SWT
kerja kerja juga.walaupun kerja itu ibadah

2015
cari keberkatan dalam semua perkara




 love;
♥Munirah Abd♥

27 June 2014

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum and Hi Guys;

Alhamdulillah dah nak masuk bulan puasa kembali. Bulan yang di nanti-nantikan oleh semua umat Islam. Bulan rebut pahala. :))

This year first time nak puasa dengan baby. Errrrrr.. mudah mudahan baby dapat beri kerjasama sepenuhnya ngan mummy ok..

So guys, Selamat Berpuasa semuaaaaaaaaa


p/s: hegeh hegeh update belog sebab baru renew hosting.. hahaha..  ni pun bukan ada idea mende pun.. belasah je la asal ada update :p

love;  
♥Munirah Abd♥

04 January 2014

Final Exam

Assalamualaikum and Hi Guys;

4/1/2014 Final Exam

Ada 2 paper pada hari yang sama!!!!!! (actually 3 paper. lagi 1 next week)

I is cuak.

Nak nangis. T____________________T

Kenapa perlu 2 paper serentak hari yg sama.


Dah la kerja sambil belajar. (ha merungut!!)


Mcm ada satu bebanan besar dkt badan skang ni. (merungut lagi!! :( )


Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Pagi : CURRENT TREND OF DATABASE TECHNOLOGY
Petaang : COMPUTER ARCHITECTURE & COMPILER

luahan perasaan selepas dah stuck nak study mende lagi ntah. blerghhhh 


 love;
♥Munirah Abd♥

09 December 2013

It's a BOY

Assalamualaikum and Hi Guys;


hahah anak aku dah 3 bulan wei.. baru la nak tebas semak samun dalam blog ni utk update kedatangan Putra Sulung aku tu..


Muhammad Hasif Bin Muhammad Hanif nama di beri.. ecewahhhhhhhhhh




never been upload this picture until today. and xramai pun yang tau aku pregnant.

Secret la sangat kan.. Poyo. Haha

7/9/2013



lahirlah pengarang jantung kami. secara normal dengan bantuan "jus epidural" termasuk lah "kelazatan episiotomy"

dan juga bersalin secara menyerah diri adalah tidak cool kerana terpaksa mengadap "keangkuhan induce"

Alhamdulillah selamat semuanya pada jam 7.55pm dengan keberatan beliau 3.17kg sahaja.

Dan sekarang beliau 3 Bulan.

Sepanjang 3 bulan mak xupdate blog sbb runsing jaundice anak xsihat sihat.

jadi malas update blog bercerita dengan ghairah pasal anak. walaupun mmg ghairah dapat anak sulung anugerah ilahi.

Alhamdulillah kini anakanda bujang teruna sihat sudah. Syukur

Esok esok sambung lagi.

Update laju nak g kelas.

BYE

 love;

♥Mak Muhammad Hasif♥

04 September 2013

Virtual Class

Assalamualaikum and Hi Guys;

Saya dah start maternity holiday.. haha awalkan.. awal seminggu minta cuti. saja nak melepak dalam erti kata lain rehatkan diri sebelum menempuh the BIG DAY!! Anak sulung wei.. mana tau sakit camna. so I need my parent as well untuk temankan selain husband. :D

Well, cuti cuti pun I still need to attend virtual class ( cam lebih kurang berkursus tapi dlm bentuk virtual {alam maya}) . Virtual course ni lebih kepada Java Programming. Oh you know how much I love Java kan.. and this course anjuran Oracle Academy!! Mana nak dpt wei as FREE!!! kat luar kena bayar!! So alhamdulillah dapat FREE.. so lantak la pantang sekali pun gagah kan lah diri ikut virtual course ni. Lagipun waktu kursus ikut suka la nak blaja bila. As long as quiz ,test and attend chat session kena buat. :D 

Apa yang akan dapat untuk course ni??

Firstly dpt blaja software baru weiiiiiiiiiiiiiiiii..




Ni mmg first time I heard about this software. ok mmg penghak gak la. sbb konon SUKA JAVA tapi kewujudan software ni tak tahu. T_____________T xpe asal lambat biar CEMERLANG. at least skang dah tau.. :)) So mengikut kefahaman Alice 3 ni lebih kepada nak buat animation. N mengikut apa yg dah saya review notes Alice ni mcm lebih kurang nak buat game THE SIMS... Wow.. dah la mmg minat sungguh main game THE SIMS.. *wink wink wink

Software kedua yang akan blaja dlm course ni adalah...........



Yang ni plak dia cam animation gak tapi lebih kpd 2D la.. Alice tadi tu 3D.. so mcm cool juga la dpt blaja ni nanti.. Ni pun blh buat game gak ni.. TRIPLE SYIOKKKKKKK :D

Last but not least blaja guna......



ni bukan Eclipse twilight saga tu eh.. Itu lain. Itu vampire.. Ni software :p For Eclipse insyaALLAH xde masalah sgt nak blaja kut since pernah paka masa zaman blaja ngan kerja kat private company dulu. insyaALLAH kalau tak beku lagi otak ni pasti blh buat or cepat tangkap sikit kut. Compare than 2 software kat atas tu mmg first time blaja n guna .. 


So really hope this course dapat brush up my skills in Java. Since ngajar kat poli untuk semester ni hanya assist lab session for 2 hours je. Sem lepas dapat gak control whole class. hehe xpe xpe.. xyah tamak.. 

Actually my target nak jadi pensyarah konon pakar xpakar dlm Database. Kalau ada rezeki nak gak pakar xpakar dalam Java. (angan angan harus tinggi!!) So far database n java mmg setakat ni yang minat. Subject lain.. hurmmmmmmm hurmmmmmmmm.. oh ada lagi satu yang baru nak minat MOBILE DEVELOPMENT.. ni subject baru.. nak kena blaja ngan sifoo untuk master xmaster thid subject..

Btw this virtual class will take for 12 weeks utk di habiskan..


Doakan saya berjaya tempuh virtual class dgn jayanya di samping berpantang sepantang pantangnya :D



 love;
♥Munirah Abd♥

19 August 2013

New Semester

Assalamualaikum and Hi Guys;

Result sem lepas sudah dapat. Alhamdulillah. xde yang fail :D

So new semester ni quite excited gak la. Subject yang ala-ala favourite x favourite kena blaja for next semester :D.

Subject for new semester

  •  Current Trend Database (favourite x favourite :p )
  •  Computer Architecture & Compiler ( oh no. T______________T sapa terror jadi sifoo aku)
  •  Advanced Software Engineering   (hurmm.. dulu dapat apa eh SE. B ke C ntah. hahah)

and next semester also new status for me.

and also terpaksa skip class maybe selama sebulan lebih kerana berpantang.

terpaksa la blaja sendiri and cepat cepat catch up blaja ngan kawan kawan. kalau x lost. pastu result xbest.


Hurm..

Guys,

Wish me all the best k for next semester. :D


love;
  ♥Munirah Abd♥

16 August 2013

Syawal 1434

Assalamualaikum and Hi Guys;

Selamat Hari Raya kawan-kawan. Mohon maaf salah silap terkasar bahasa ye.. (ucapan sama mcm instagram. hehe)

Raya tahun ni beraya my side kat rumah opah Negeri Sembilan. :)



Tema purple.. oh ada kisah tentang my baju tu. My baju adalah baju my angah. hahaha. last minute pinjam sebabnya ntah napa pagi raya tu sarung my baju raya tak muat!!! Ketat ya rabbiiiiiiiiiiiiiiii... terus tanya angah ada baju lebih x. Nasib baik muat. kalau x muat pakai la baju ketat ketat tu. hahah. Padahal sebelum balik raya mmg dah test baju tu muat. sekali tak muat. T_____________T 

Saya ketika ini adalah 35minggu :D



Badan sama naik ngan honey pumpkin :p


Tahun depan punya raya insyaALLAH akan bertambah ahli keluarga. Weeeeeeeeeeeee :D

Ni je gambar raya yang ada. Raya tahun ni xberaya sgt. Sbb excited nak tunggu hari beranak je yg lebih. And makan sepuas puasnya time raya kali ni. muahahah ;)

 love; 
♥Munirah Abd♥

01 August 2013

Rindu kat blog tercinta ;p

Assalamualaikum and Hi Guys;

Ntah apa kena ntah aku ni kemain pemalas piang nak menulis kat blog semua. Igt lagi dulu dulu mesti aku akan menulis bila balik kerja. Time zaman kerja KL. walaupun kerja KL aku rasa lagi busyyyyyyyyyyy dari kerja kat Ipoh ni haaaaa.. Time jadi student jgn ckp la ,lagi byk aku menulis. Segala mak nenek semua aku nak citer.. Skang ni........... lagi lagi dah kahwin ni kan.. gila pemalas piang.. dah la dah kawin.. keje lagi.. blaja lagi.. hamikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk....... malas piangggggggg... piang pun xmalas mcm ni. T_T

Aku mmg kagum la yg dah beranak pinak.. kerja lagi..n plus kalau ada yg blaja pun.. rajinnya dia update blog kan.. Wa salute weii salute..

Tapi aku syak kemalasan aku ni sbb skang dh ada Instagram.. Senang.. amik gambo terus upload.. pastu kasi caption panjang skekkkkkkkkkkkkkkkk.. jadi lah entri untuk hari itu. hahaha :D


Twitter pun aku dah xaktif.. duluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu aku lah twitter paling aktif. hahaha..

Ntah la.. xtau la.. tgk la pas raya kang aku cuba aktif skit blog ni..

Dah la aku bayar setiap tahun..tapi xberupdate..

RUGI



 love;
♥Munirah Abd♥

13 February 2013

Sambung

Assalamualaikum and Hi Guys;

Alhamdulillah cita-cita nak sambung belajar hampir terlaksana. Dah 2x postponed tolak tawaran. Kali ni punya tawaran takmo tolak dah. Grab terus. :D

Sambung pengajian dalam peringkat Master. Yang bestnya my class buat kat tpt keje gak iaitu dalam PUO je. hahahah. Kami lecturers ramai-ramai apply panggil org luar sekali untuk cukup kuota pelajar. Alhamdulillah cukup tu yang blh bukak kelas kat PUO. Kalau x masak la nak kena travel g Uni kan. huhuh. Oh Uni adalah tpt masa blaja degree dulu UTeM. :p


So harap otak ni masih lagi cerah untuk terima ilmu. Selama ni dok bagi je. Bagi lak asik benda sama je :p

Doakan saya berjaya ok!!


 love;
♥Munirah Abd♥

07 January 2013

Goldilocks Inc

Assalamualaikum and Hi Guys;

Alhamdulillah my dream come true nak buat my own accessories line. Wooohoooooooooo :D

Buat togather with my sister and suami pun ada membantu bersama.

Our accessories line is Goldilocks Inc. ;) ewaaaahh nama xmo kalah. hahahha

For the time being, kami dah sediakan 2 collections READY STOCK.

InsyaALLAH next week, kami akan buat custom made. Now pun dah blh buat custom made but we dont have so much item utk bagi pilihan. InsyaALLAH next week ye. Amin.


So guys come and visit http://goldilocksinc.blogspot.com or facebook  and liking liking our page to show your supports ok :D

Love you guys soooooooooooo much. Come big hug to you. mmmmmmmmmmmmmmmmpphh


 love;
♥Munirah Abd♥

06 January 2013

Syira kawan saya dah tunang!!

Assalamualaikum and Hi Guys;

Alhamdulillah kawan baik saya Syira dah bertunang!! Yeahhhhhhhhhhhh

Sangat sangat gembira dengan beliau.. finally.. and can't wait untuk bulan 5 nanti untuk majlis penyatuan 2 hati pula.. !! Xsabar xsabar xsabarrrrrrr :D

 Beautiful Syira :D

 Sarung sarung cincin

 Geng sembang santai :D 
(xperlu cakap saya gemuk. I know I gemuk already. And proudly blame on B COMPLEX!! Buat selera makan ku macam raksasa!!
 Hahaahhah sengal semua especially me! You can see how happy I am bila Syira dah bertunang!!
Congratsssssssssssss Syiraaaaaaaaaaaaaaa..



 love;
♥Munirah Abd♥

2013!!

Assalamualaikum and Hi Guys;

Waa pejam celik dah 2013!!

Thank you 2012 banyak bagi kenangan terindah dan terpahit.

Kenangan Terindah of course la My Wedding!! Wooohoooo (etc yang manis2x)

Kenangan Terpahit dah buang jauh jauh tak mahu ingat dah.

So now 2013 harap semuanya berjalan dengan baik dan setiap cabaran yang dtg  akan tabah dan kuat :D

Good Bye 2012 and a very WARM WELCOME 2013. 

Resolution for 2013??
Buat anak!! hahahaha.. Doakan yeeeeeeeeeeeeeeeeeeee :D
 love;
 ♥Munirah Abd♥

26 December 2012

Keek

Assalamualaikum and Hi Guys;

 I'm on KEEK!! Woohooo.. hahah apa nak di woohoo ntah? Gatal register Keek ni. haha :p

 Suara I mcm blerghhhhhhhhhhhh..erkkk hahah :p
 


 love;  
♥Munirah Abd♥

13 December 2012

Barang Lama

Assalamualaikum and Hi Guys; 

Hello blog!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Apa khabar blog bersawang!!!!!!?????  Oh blog sorry ya. I've been very very very very busy since November. yang entry November lepas pun main curi curi taip. Ini punya entri pun main curi curi masa. N rasa benda ni perlu di blog untuk kenangan terindah :p (salah satu sbb malas update blog sbb skang busy dgn INSTAGRAM!! hehe)

Anyway last sunday membanting tulang membantu HP kemas bilik termasuk laci meja beliau. Oh My. Sepah sepah sepah sepahhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. Of course masa kemas akan jumpa harta karun berbentuk barang lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..

So below a few pictures yang sempat I snap antara koleksi "KESAYANGAN" my HP.

Tiket Bas ketip ketip.. muahahha.. He collect this ticket since he knew how to used public transport. 

 Ok this one handphone yang perlu di campak masih di simpan rapi. Ok bang later on dah duk rumah sendiri kelak kita beli almari and letak semua khazanah antik kita dalam tu ye bang :p (I do have my "barang antik" )

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dulu femes PDA ni!! Siapa pakai KAYA. Skang ni henpon henpon dah tak heran. Ko pakai IP5 pun mana da org heran mana dah. SEMUA MAMPU MILIK. Orang Malaysia KAYA RAYA dah skang ni. HEBAT!!

 Oh my suami. No wonder awak sungguh romantik berkata-kata sampai saya cair meleleh. Oh well mmg dah di ketahui since mula bercinta tau dia pandai tulis poems. Bercinta dia byk bagi poems. And masa kahwin hari tu pun dia ada bagi speech siap poems lagi (terharu) So yg ni xheran sgt la.. huhuh

 Antara contoh koleksi peribadi beliau
Ni buku nota tingkatan satu beliau. Bang saya punya habis saya campak buang bang. Hurm

Tu belum tgk siap jumpa nota fizik tingkatan 4!!! Errrrr..


 love;
♥Munirah Abd♥

19 November 2012

Water Chalet , Bukit Merah Laketown

Assalamualaikum and Hi Guys;

We had our short getaway last week (almost 3weeks xjumpa so we need a very quality time togather. :P) WOOHOO.. We choose yang dekat ngan Ipoh of course. Malas pergi jauh jauh sbb takut emergency kena ganti org utk jaga exam. Oh Good Luck to Polytechnic student for final exam which started last Saturday!! 

So we choose Bukit Merah Laketown Resort. and stay at Water Chalet . Dekat situ ada 2 jenis hotel so you guys can choose either Hotel Laketown or Water Chalet. Nak feeling duk atas air. and romantik2x so silalah pilih Water Chalet. And the price quite OK for us. Berbaloi. Cumanya dah nak maghrib sila tutup sliding door jangan nak berangan bercinta tepi tasik kalau xmahu di geget serangga hutan. :P


Here you gooooooooooooo.. 


Masuk-masuk bilik aku mcm terkedu sebab ada tingkap between tempat mandi and tempat tido. hahaha. I thought HP already knew about this. Rupanya tak. and dia punya suprise mengalahkan aku! Over tau.

tetiba dapat niiiiiiiiii.. last saturday adalah monthlyversary kami as couple. 9thn 4bln ;P


My HP. Dulu I gila amik gambar and dia xberapa nak gila nak amik gambar sangat. Now dia adalah lagi super rajin amik gambar.Hurm


Matahari Naikkkkkkkkkkkkk


Breakfast on beddddddddddddddddddd early in the morning!! 
Ah heavennnnnn.. kan bagus hari hari macam ni.. 


Me look fatttttttttttttttttttttttttyyyyyyyyyyyyy.. Amik lelemak HP. hurm urm urm.. Mana tak gemuk pegi pasar malam beli nasi lemak sebungkus,laksa sebungkus, rangka ayam sekor. Only for me. Yes for me!! hahahha gumuk gumuk gumuk... Ummi pun dah complaint aku gemuk. Sigh.


Oh we stay only for one night. And takde buat apa aktiviti sgt pun melainkan duduk dalam bilik.. Dah kata nak spend quality time bersama-sama..Begini la hidup as weekend husband and wife..kena pandai pandai carik masa bersama. Balik Ipoh on Saturday and sambung dating kat Ipoh pulak... :D

p/s : HP equal to HONEY PUMPKIN haha



 love;
 ♥Munirah Abd♥

Hello 2018

Assalamualaikum and Hi Guys; This year my double H started going to school!! Tadika la of course.. haha.. So we decided to send them to Ta...