14 September 2009

Berbuka Sana Sini Situ

salam

Amaran:sblm memulakan pembacaan anda entry ini adalah agak panjang kerana ianya berbentuk entry gabungan..heheh...maaf lah..gabung pun jadi la kan.. :P

haihh lamanya cam xberhapdet kan blog ini..
ngegge ini adalah kerana tahap kemalasan tahap dewa adalah sgt melampau..
di samping sibuk menonton anime prince tennis di laptop..
lama sungguh aku xlayan anime..last layan adalah masa tahun 2 semasa di UTeM dahulu..oh sungguh lama rupanya kan..ye lama..lama lama..(hahaha mengada nak banyak kali mention LAMA!!)

baiklah,
berbalik kita pada cerita asal iaitu Berbuka Sana Sini Situ
ya ampun ibuk ibuk sekalian..jemputan berbuka adalah sgt byk minggu lepas..ngegeg jemputan lah kononnya kan..(padahal ngekor org punya majlis!! hahaha)
kita mulakan pada hari Khamis punya berbuka..
ini adalah jemputan dari sekolah Angah..(CADS Centre) hehe
memandangkanlah angah nak balik dari hotel tu xtau macam mana tu yg dia dok angkut kakak dia..kebetulan si kekasih hati berada di KL..aku pun angkut sekali Muhammad Hanif tu..

Kami berbuka di Hotel Grand Season..
pada mulanya igtkan berbuka puasa ala-ala biasa pun xterpk pun ala-ala cam grand-grand bagai ke ada press semua kan..so aku n Hanif memakai baju yg agak sempoi gilos..
bila sampai je kat Hotel itu kelihatan ramai tetamu yg anggun bergaya memakai baju kurung cantik cantik dan memakai kemeja atau berbaju melayu bagi yg lelaki yg boleh menampakkan mereka kelihatan sungguh hensem!!!tp......aku n Hanif..uwawawwa kami adalah serabai!!!

patutlah pada awal-awal lagi Hanif dah rase lain macam..rupanya kami dah tersalah tema..aku hanya memakai tshirt beserta cardigan pink dan berseluar Pak Jin..dan Hanif pula memakai tshir round neck juga berseluar Pak Jin..lihat!!! kami sungguh serabai kan!! malu tu mmg tak terkata..tp di sebabkan mahu berbuka sedap punya pasal..abaikan malu semua :P

rupa-rupanya majlis yg kami pergi itu adalah anjuran Pusat Zakat Malaysia..mmg angah ada mention pasal pusat zakat semua ni..tp tak terfikir pun yg bakal hadir pada majlis tu pengarah pusat zakat..patutla ramai org usung kamera besar gedabak yg lebih besar dari kamera gedabak aku..haihhhhhhh rupanya press pun ada dtg buat liputan...ngegege :D

apa-apapun yg penting selamat juga berbuka pada hari itu walaupun terasa diri ini agak kerdil sekali.. :( makan byk atau sikit?? walaupun terasa diri kerdil kuantiti makanan yg di ambil mmg secara TAMAK!! hahahha..dulik dulik..bukan kita bayar pun...hahahha (haipppppp amalan SYAITAN itu!!! eh bulan puasa xde SYAITAN ..itu adalah NAFSU!!!)

berlaih pula berbuka pada hari jumaat yakni keesokkan harinya

kali ni xmahu di malukan lagi..hahaha so telah siap siap memakai baju kurung yg agak ayu bila aku memperagakannya :P ok kali ni punya berbuka adalah invitation dari kawan baik Hanif..dah alang-alang dia kat KL ni so dia nak ajak berbuka kawan dia tu..n memandangkan kawan dia adalah seorang press dan agak kebusyan n sukar mencari masa utk berbuka bersama..jadinya kawan Hanif telah menyeludup kami masuk bersama ke majlis yg kawan hanif kena cover pada hari itu..majlis itu adalah majlis penghargaan kepada atlet pelayaran Malaysia yg telah memberikan pencapaian yg cemerlang di luar negara..hiksss..oh ya kami berbuka di Hotel xigt hahaha yg pasti dekat ngan hentian putra :p

walaupun baju telah mengikut tema tapi masih macam cuak-cuak..Hanif suruh aku berlagak macam press juga utk mengelakkan kecuakkan..hahhaa..belasah je laaaa.. :p
kali ni amik sesi makanan yg berat berat adalah agak lambat...kerana mereka bagi kami berbuka dengan juadah yg ringan ringan sahaja..sbb nak teruskan majlis penyampain saguhati kepada atlet dan majlis bergambar..nasib baik sesi press conference selepas makan-makan nasi..jika di teruskan juga selepas itu mahu saja ajak Hanif kelaur carik nasi!! hahaha..oh makanan adalah sedap tp biasalah TAMAK!! :p

seterusnya majlis berbuka puasa bersama teman teman UTeM

ha kali ni punya berbuka puasa kena keluarkan duit..hahaha jadi istilah TAMAK juga perlu ada sbb kita mengeluarkan duit yakni sekepala rm15 sahaja di restoran Big Mama di Kg Baru..makanan juga adalah sedap tetapi byk sgt sup sup la...tapi boleh la..dari nan ado kan..hehhee..selesai makan makan adalah sesi bergambar secara gilos.tp sblm tu kami pergi lah solat dulu ..haihhhh.. :p

sekian entry panjang lelebor ini..moga anda terhibur dengan celoteh merapu  ini.. :D

p/s : maaf lah takde pic utk entry membebel ini..ngegeg malas upload..pic adalah di FACEBOOK :p

with ♥ ;
Bulan Bintang

2 comments:

  1. sedey !
    dtg sni sbb nk jenguk gmbar2 mknn yg menyelerakan..
    tp hampa..


    :p

    ReplyDelete
  2. 3 hari yg sgt mngenyangkn..
    bbuka kt hotel grand season (lembaga zakat) mmg xkena lgsung tema ktorang.. tp, ktorang abaikn itu smua.. klau malu perut kosong la beb.. hehehe..

    n masa bbuka dgn kwn i tu, nama hotel tu Legend Hotel.. ha.. bab nk blending in, if dgn kwn i Khalil, mmg dah biasa.. so, apa lg, pretend cool la.. even xknal sapa2, just buat2 knal.. hahaha..
    apa2pn, mlm tu pn sgt knyang..

    hari sabtu tu plak kuar dgn kwn2 cik mun, erm.. ada la sorang dua yg i knal, yg lain tu mcm dok dunia diorg sdiri.. pduli la, yg pnting i dpt mkn dgn knyang.. thanks to cik mun sbb ajak n blnja i.. hehehe..
    p/s: sgt sdap mkn kambing panggang.. esp tulang rusuk tu.. bak kata ajib, mcm cannibal.. wakakaka..

    ReplyDelete

Dear readers,comments make me happy and make me smile!! Yes!! your comments will be moderated.Dont worry about that ok.. Its a procedure to kick out spammer and mosquitos.Thank you.

# NO SPAM OK!!!
# Comment is awaiting on moderation.
# No harsh word!!


Thanks for your comment!! *wink*

Hello 2018

Assalamualaikum and Hi Guys; This year my double H started going to school!! Tadika la of course.. haha.. So we decided to send them to Ta...