26 January 2010

Berita Baik Itu

Salam;

baiklah berita baik yang macam suspen tu kan ialah

saya dah dapat posting ke POLITEKNIK UNGKU OMAR,IPOH PERAK.
oh buat yang tidak tahu PUO adalah tpt blaja saya yang lama sebelum saya lanjutkan pelajaran ke UTeM..di PUO la saya tuntut ilmu..dan di PUO juga lah saya start berblogging!!! dan blog tu dah buang!!

see padan muka xde bahan bukti nak tunjuk..haha

baiklah..maka dengan ini status saya akan berubah dari SYSTEM DEVELOPER kepada LECTURER

fuh 2 bidang yang sangat2x berbeza!!!

jika anda tanya saya macam mana saya apply utk menjadi lecturer??


jawapan saya ialah

"saya apply ketika semasa menuntut lagi..dan temuduga juga di jalankan semasa di tahun 1 di universiti.alhamdulillah saya layak memegang biasiswa KPTM itu,makanya saya terikat dgn mereka dan di kehendaki berkhidmat utk mereka sama ada di Politeknik atau Kolej Komuniti"

ok paham sudah??

kalau tidak paham boleh tanya lagi..
kaunter pertanyaan sentiasa di buka hanya cepat atau lambat sahaja jawapan itu akan di berikan

oh bagaimana dengan kerja sekarang??

pada peringkat awal sgt gumbira hati dapat tahu pasal posting ini.
tapi bila nak bagi surat berhenti kerja deng!!!! xkeruan hidup!!
nervous melampau2x..rasa berat hati dalam suka pun ada..ha macam mana tu??

hurmm jika kamu dah bekerja dgn sesebuah company itu
dan company itu layan anda dgn baik..jaga segala kebajikan anda
walhal kerja anda adalah mcm menggila kan..
tapi di sebabkan layanan yang baik yang mcm susah nak dapat dekat company yang lain..
apa agaknya perasaan anda utk tinggalkan company itu??
apa apa perasaan anda?? sedih ok sedih!! T____T

tapi hidup harus di teruskan..

jadinya mari kita terus bekerja selagi hayat di kandung badan
tidak kira di mana jua anda bekerja..
jadi kerja lah dengan seikhlas yang mungkin..



:lepas ni nak bertwitter secara kencang dah xdpt la..korang mesti akan rindu bebelan aku dalam twitter kannn?? ngegeg
blog pun insyaAllah aku akan teruskan..hurm...


with love;
Munirah Abd