04 November 2011

Kisah Lucu di Carsem

Assalamualaikum and Hi Guys;

Yesterday I buat lagi another observe for budak2x yang pergi practical. So kena la pegi dekat satu kilang ni iaitu Carsem.

tapi ada kisah lucu berlaku semasa buat visit ni .. :D
masa memula sampai tu macam biasala nak masuk kilang you kena register kat pak guard.. ok settle satu.. kemudian terus pergi main pintu masuk sbb dah suruh student tunggu kat situ untuk jemput kami la.. ok kat sini mula kisah lucu.

kisah lucu pertama :
kena ngadap pak guard bangla/nepal(not sure datang dari mana) dia bagi satu kain. I buat muka pelik terus tanya..

Me: Ni apa?
Pak Guard: Ni kasi pakai kat kasut mcm stokin

So masa ni I mmg da pelik.. dah start gelak2x ngan Kak As (ketua rombongan..hehe pegi 2 org je la..) Dalam kotak pikiran dah pk pakai cam stokin so I imagine bukak kasut pakai la kain tu kan.. Rupanya sarung kasut yg kita pakai ngan kain tu. hahahhaha itu pun student kasi tau.. pastu I argue kat student tu asal dia xpakai.. student ckp "saya dah pakai kasut company bagi cik" oooooooooooo.. hahaha kesian batak terkejut I kat situ.. mmg bantai gelak ngan kak As


ha ni la gayanya.. lucu kan.. hahaha tapi mmg licin lantai.. bersih kut kut kamu tak sikat rambut ha ngadap la lantai buat cermin.. hehehe

kisah lucu kedua:
dah masuk bilik yang kena jumpa supervisor student. kemudian student tu duduk la kat situ juga. kemudian datang la sorang girl ni.. which I thought another student nama Angel. "student" yang I sangka tu pun mmg duduk juga di situ tapi tak bawak buku laporan harian. n bawak buku yang lain. ok fine.. before tu student yang sblm tu dah ckp supervisor dia tak de so ganti dengan assistant supervisor. ok xmengapa kita tunggu la supervisor.suddenly I asked "student nama Angel" tu

Me: Eh mana buku awak?
Student Nama Angel: tercengang termangu.
Student: Cik ini assistant supervisor saya
Me:terkedu dan terus gelak besar MALUUUUUUUUUUUUUUU

kah kah kah.. macam mana la I boleh igt assistant supervisor tu student. Serious I mati2x ingat dia student sbb character dia mcm student. hahahhaha..

Kesimpulannya jangan serkap jarang.. tanya dulu siapa dia.. :D


love; ♥Munirah Abd♥