Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu -PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu -PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu -PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian,dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
credit to : angah for this article
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hello 2018
Assalamualaikum and Hi Guys; This year my double H started going to school!! Tadika la of course.. haha.. So we decided to send them to Ta...
-
DI SINI SEGALA BERMULA CEMERLANG MENCIPTA GEMILANG BERTUAH BUMIKU MENYAKSI BERSAMA KITA BERJUANG TERSOHOR PERSADA DUNIA SENADA WAWASAN...
-
Assalamualaikum and Hi Guys; Tanggal 22hb Julai satu family aku telah terbang terusss ke Jakarta situ. Bercuti cuti keluarga. Ni kira befor...
-
Assalamualaikum and Hi Guys; This year my double H started going to school!! Tadika la of course.. haha.. So we decided to send them to Ta...
No comments:
Post a Comment
Dear readers,comments make me happy and make me smile!! Yes!! your comments will be moderated.Dont worry about that ok.. Its a procedure to kick out spammer and mosquitos.Thank you.
# NO SPAM OK!!!
# Comment is awaiting on moderation.
# No harsh word!!
Thanks for your comment!! *wink*