Salam;
semalam masa tgh online kat rumah baca tweetdeck ramai betul org tweet pasal Din Beramboi yang memerlukan darah O. Memula aku cam pelik? Din Beramboi ni kenapa? xsihat kah? Then aku baca balik tweet2x yang awal awal n rupanya Din Beramboi kena infected ngan rats pee(kencing tikus) semasa beliau tgh buat shoot dekat Zoo. Pastu aku pelik agi. bahaya sgt eh kencing tikus ni kalau kena kat manusia? ye lah ilmu kedoktoron aku setakat mana la wei. kalau ilmu teknologi tu aku gigih la lagi kan. Untuk tidak menampakkan aku ni melampau dungu so mari kita tanya encik GOOGLE. tentang bahayanya kencing tikus ini. dan semasa meng'Google' aku terjumpa pula kisah ini
Saya amat lemah ketika itu dan tak berupaya nak bergerak dan tidak selesa dengan darah2 kering pada hidung dan dalam mulut. Selepas itu banyak hari juga saya langsung tidak dapat melelap kan mata mungkin terlalu lama tak sedar diri. Walaupun sudah 16 hari di ICU ...punca penyakit masih tidak diketahui...Apabila demam sudah kurang Lalu saya dipindahkan ke wad (ketika itu disuruh duduk pun saya akan terlentuk jatuh) dan masih dikawal rapi.
Tiada sebarang pelawat dibenarkan masuk kebilik saya (kecuali suami dan ibubapa) dan mereka perlu memakai penutup hidungdan mulut (takut saya kena virus dari pelawat). Saya ditahan lagi selama 10 hari utk dimasukkan antibiotik (ketika itu memang seksa).Akhirnya doktor mengatakan bahawa saya diserang virus Laptospirosis (virus kencing tikus) yang buleh merosakkan hati limpa, buah pinggang dan jika sampai ke otak buleh membawa maut.Ia masuk ke salur darah. Kisah Lanjut di SINI
Teruk gak kan jika terkena virus kencing tikus ni. Kesimpulannya di sini, jgn terlalu kerap makan di tempat2x kotor ye kawan2x terutama restoran yang suka ternak tikus besar gedabak.Igt agi dulu masa blaja kat Melaka ada 1 restoran ni mmg sedap la dia punya makanan tp bila tgk keliling wuhaiiiiiii byknya tikus besar godang! Kat KL pun aku ada jumpa 1 restoran ni mmg hebat ternak tikus godang, tp makanan sedap. Hurmm..camna gayanya tu??
Renung2x kan kawan2x. Dan jaga kesihatan anda. Zaman skang ni penyakit datang xtentu. Ikut suka mai serang je. Wallahualam
UPDATED:
Di katakan Dr.masih belum mengesahkan virus yang menjangkiti Din Beramboi itu. Di katakan demam denggi berdarah. Walau apa pun penyakitnya kita berdoalah agar Din Beramboi kembali sihat seperti sedia kala. Dan kita yang masih sihat ni. Jaga kesihatan kita ye. Pesanan untuk diri sendiri juga ni.
Truely
Munirah Abd