20 January 2011

Interview Kerajaan Kena Pandai Fakta dan Sejarah dan Isu Semasa!!

Salam;

Phew..selesai sudah interview jawatan tetap Selasa (18hn January 2011) yg lepas.

Tersangat lega ianya berakhir.

Kini debaran menunggu keputusannya pula.

My experienced for this interview? whoaaaa whoaaa whoaaa..totally different dengan private punya interview!!kata nak kerja goverment segala isu semasa harus tahu...segala sejarah tahun dahulu kala harus juga tahu...goreng gorengan harus bijak pandai ttg isu isu yg di nyatakan di atas.

being me,ampun wei ampun sejarah time SPM pun hancur ini kan pula nak menghapai time tua bangka ni. jawabnya apa?? ha pepandai la kan kalau soalan sejarah tu kuar kan. nangis!!!sekali mmg kena soalan satu bijik sejarah

"Siapakah Ungku Omar!!!"

oh mannnn.. serious aku mmg baca tapi dah mengadap 2 orang panel tu aku terus terkedu langsung aku jawab ntah apa-apa. aku jawab IR wei IR. ha SALAH!!!

nama je pernah belajar kat PUO n nama je skang kerja di PUO. tapi sejarah penubuhan langsung xamik port. padan muka la Munirah weiii.. hahahhaha sekali jawab salah. tp serius la mmg aku baca tapi baca mcm ala kadar la xmenghapal sgt pun. n xbajet depa nak tanya soalan tu kan. sekali...... T________T

so siapa kah UNGKU OMAR

Allahyarham Dato Dr Ungku Omar Ungku Ahmad merupakan seorang tokoh perubatan Melayu dan ahli sains yang berkaliber yang sentiasa memikirkan soal pembangunan bangsa dan agama.

Beliau dilahirkan pada 18 Januari 1931 di Johor Bharu, Johor dan mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kluang, Segamat, Pontian dan Tangkak, Johor. Kecemerlangannya telah membawa beliau ke Kolej Melayu Kuala Kangsar dan seterusnya mememasuki Universiti Malaya, Singapura. Setelah menamatkan pengajian perubatan pada tahun 1957 dan latihan doktor di Johor Bharu, Allahyarham Ungku Omar telah berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Pusat Penyelidikan Perubatan Kuala Lumpur.

Pada tahun 1961, Allahyarham Dato Dr Ungku Omar telah berangkat ke England untuk melanjutkan pelajaran dan memperolehi Diploma di bidang Patologi daripada Royal College of Physicians London dan Royal College of Surgeons pada tahun 1962. Pada tahun yang sama allahyarham telah dilantik menjadi Pendaftar di Jabatan Patologi, Royal Free Hospital, School of Medicine, London. Selepas dua tahun berkhidmat beliau telah dilantik sebagai Pendaftar Kanan dan diterima menjadi Ahli College of Pathologist, London.

Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat Kedoktoran Falsafah (PhD) pada tahun 1965. Pada tahun yang sama juga, Allahyarham Dato Ungku Omar telah diterima sebagai ahli Institute of Biology, London. Seterusnya pada tahun 1967, beliau telah dianugerahkan Ahli Kehormat College of American Pathologist, Amerika Syarikat.

Sekembalinya beliau ke tanahair, Allahyarham Dato Dr Ungku Omar Ungku Ahmad telah dilantik sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan dan beliau merupakan anak Melayu yang pertama memegang jawatan tersebut. Sepanjang hayatnya beliau telah menghasilkan sebanyak 40 kertas kerja tentang bidang pengkhususannya. Prinsipnya, Kesihatan itulah kemajuan ,Tak sihat manakan maju? telah ditegaskan oleh beliau ketika memperjuangkan bahasa Melayu dalam bidang perubatan negara.

Allahyarham Dato Dr Ungku Omar telah memainkan peranan yang penting dalam penubuhan Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM). Menurut sesetengah pihak, beliau merupakan di antara orang yang penting dalam menyuarakan hasrat penubuhan UKM. Penubuhan UKM merupakan titik penting perkembangan pendidikan Melayu kerana ianya merupakan universiti yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan seterusnya memertabatkan bahasa Melayu.

Pelbagai jawatan telah dipegang oleh beliau, antaranya ialah Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan, Pengarah Perkhidmatan Membasmi Malaria, Pengarah Makmal Perubatan dan Kesihatan Malysia, Ahli Jawatankuasa Pakar Kementerian Kesihatan Malaysia, Ahli Lembaga Penyelarasan Kerjasama Serantau dalam Perubatan Tropika (SEAMEC ), Ahli Jawatankuasa Sains Sosial UNESCO dan lain -lain lagi.

Beliau meninggal dunia pada 15 Februari 1969 dalam usia yang begitu muda, 38 tahun tetapi jasanya kekal hingga kini dan sebagai penghargaan terhadap sumbangan beliau, namanya telah diabadikan pada sebuah pusat pengajian tinggi, Politeknik Ungku Omar
{sumber dari MyPolyCampus.net}

pastu soalan pasal PREMIER. adusshh mmg PUO ni PREMIER tapi aku punya ilmu pasal PREMIER ni ala-ala je la. jadi apa lagi kita buat satu resipi gorengang yg paling berminyak la dalam tu. perghh. mmg ini sungguh mencabar. SERIUS MENCABAR!!!! (kalau tanya pasal programming ke database ke mmg laju la aku jawab dah tu bidang aku skang ni. haihhh)

so mengikut pengalaman aku yg pernah di interview oleh private sector n goverment ni. aku rasa aku lagi rileks n cool (ada debar tapi tak teruk!!) bila dengan private sector sbb mereka interview kita mengenai bidang tugas kita. goverment!! hamik semua benda nak kena tau. berbaloi la kan dengan ganjaran yg di terima (duit pencen etc) walaupun duit ihsan yg ala-ala bonus hanya RM500 setahun. (SYUKUR)

apa-apa pun yang bercita-cita nak masuk kerja goverment ni. bersiap sedia la dengan mental dan fizikal ketika hendak di temuduga. Nak nak lagi kalau interview ni ada ramai candidate. Pergh aku mmg fail kalau ada ramai candidates ni nak nak plak aku mcm org akhir2x lagi aku punya debaran melampau2x.

Serius aku xboleh interview ada ramai candidates. terasa bengang tau bila org lain dah masuk pastu dia kuar dia kasi provoke citer dia punya pengalaman kat dlm tu. nak nak lak citer cam nak dabik dada yg aku rasa mcm nak bagi penampar halilintar je. Ko dah kena interview duk diam2x la xpun kasi blah kuar balik la wei. Toksah nak provoke org yg belum di interview lagi. Rimas ok. Aku dah la cepat nervous kalau jadi org lambat2x ni. Aku mmg xberapa suka jadi org last last. Kalau dulu masa masuk pertandingan pidato bagai pun aku lagi suka jadi peserta pertama dari terakhir!!!!
masa interview biasiswa pun jadi org terakhir tapi aku balik hostel g tido. dan tak berdebar sbb masuk ramai2x. so time aku dtg balik nak interview budak dah tak ramai dan terus kena panggil masuk interview. 
Dan di sebabkan aku jadi org terakhir aku punya bengang sampai ke kapla pastu pening menggila masuk dlm bilik temuduga muka mmg nampak cuak walaupun aku dah bagi senyuman paling manis terbaik sampai nampak gigi besi tapi tetap kena tegur 

"AWAK NAMPAK RUNGSING?"

"YE,SAYA MMG RUNGSING" hamik aku jujur.

ok dah tu je pengalaman aku. Harap keputusan baik baik saja.

Kesimpulan entri ini harus pandai FAKTA,SEJARAH dan ISU SEMASA!! O_o

sekian terima kasih
Bulan Bintang

3 comments:

  1. Salam.tgh google2 tetibe jmpe blog ni plak..hehe btw nice blog :)

    Juz nk tnya, kalau awk tahu, brape lama biasanya result interview kerajaan nk keluar?

    and camana nak follow up interview kerajaan? boleh call atau emel ker?

    thanks utk respon :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      Saya xpasti awak pergi interview kerajaan yang mana satu. N saya xpernah pergi open interview goverment. sbb saya di serap masuk dulu kemudian baru interview. so kalau xsilap usually result interview kalau mcm saya setahun. sbb setahun nak comfirm. so kalau open interview saya tak pasti. jgn emel. emel selalu xlayan. better call terus.

      Delete
  2. owh thanks ae :)
    sy pg intrview utk Pihak berkuasa tempatan...cth cam MPSJ, MPKj

    ReplyDelete

Dear readers,comments make me happy and make me smile!! Yes!! your comments will be moderated.Dont worry about that ok.. Its a procedure to kick out spammer and mosquitos.Thank you.

# NO SPAM OK!!!
# Comment is awaiting on moderation.
# No harsh word!!


Thanks for your comment!! *wink*

Hello 2018

Assalamualaikum and Hi Guys; This year my double H started going to school!! Tadika la of course.. haha.. So we decided to send them to Ta...