31 May 2011

Berjaya buat Popcorn

Assalamualaikum & Hye Guys



Tadi cuba buat popcorn sbb dgr cerita officemate buat popcorn mcm senang je. So tadi lunch dekat Jusco Ipoh p beli jagung untuk buat popcorn. Beli juga golden syrup untuk buat dia punya manis manis tu.

Alhamdulillah berkat usaha dan pertolongan officemate berjaya hasilkannya. Hahaha bangga gila dengan diri sendiri. Ngegeg.

Oh aku pop pop kan jagung tu dlm microwave je xreti arr nak letak atas dapur kuali kecikkan api smua tu.

Resipi?


  1. G beli jagung packet untuk buat popcorn tu.
  2. Pastu golden syrup ngan buttercup
  3. Pastu korang pepandai la agak2x golden syrup ngan butter tu untuk di jadikan dia punya manis2x. Macam tadi aku buat guna 2 sudu butter n 2 sudu golden syrup pastu letak skit garam. Cairkan butter dulu baru letak golden syrup tu. Pastu dah cair lekat cun korang gaul dengan popcorn tu. Tara sudah jadi!!!!


♥MA♥

28 May 2011

Jom manjakan diri

Assalamualaikum and Hi Guys;





Aku kan xpernah pun g spa2x ni kesian kan. hari tu patut g ngan housemate tapi xjadi so dia je g sorang. tapi ni ada promotion kat #TiniSpa ni cam best je kan.. tapi tu la kat area KL. Bila masa la pulok aku nak g sana dah sah2x kalau aku balik Selangor balik Banting terus. Xde ke promotion camni kat Ipoh? Kalau ada pasti wajib aku terjah! :D

sapa suka main twitter.bebel sorang2x tapi bebel cam xde hasil sgt kan. kalau mahu hasil mari join ini meh. bebel2x boleh dapat duit woo http://bit.ly/ilvizA :p

♥MA♥

27 May 2011

Jam Teruk

Lambat la sampai Banting camni. Haih

Lokasi : Depan Jusco Bukit Raja
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

26 May 2011

Terima Kasih Jiran

Assalamualaikum & Hi guys



Aku beruntung punya jiran seperti kalian. Rajin sungguh memasak.

Thank u tau atas masakan yang sungguh delicious tadi.. Kenyang sungguh ambo heheh..

MA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Blank ke?

Assalamualaikum and Hi Guys;

Dulu-dulu aku rajin update blog. Semua benda aku canang dalam blog ni. Semua benda yang di buat semua aku kepoh dalam blog. But aku perasan since aku keje (private and goverment) aku punya "nafsu" blogging hilang sikit demi sikit. 

Plus with my current status yang rasa nya my students also read my blog ni rasa cam segan nak mencanang semua benda. Segan wei segan. Kalau dalam kelas I was like a "lion" to them. But dalam blog ni aku cam berubah identiti. I am who I am. Errr. nope. I am not. hahah mana satu ni? 

Dalam blog kekadang kita tak jadi diri sendiri. Kita pretend jadi orang lain walau xbanyak tapi mcm pretend jugak la. Ah jangan ko tipu aku kalau ko xpretend. Manusia ni kalau xpretend bukan manusia. Siapa yang tak pretend anda adalah SUPER BAGUS!! Sbb tu dalam blog aku nampak cam nice la konon. Konon. Ke xnampak nice. Ayat cover? Err rasa x?? Eh rasa ya sebab kalau aku tulis carut carut mati la aku lepas publish terus ummi kol aku marah2x bagi tazkirah. Mak ayah aku baca blog aku ni. Tak tau la kalau mak ayah korang x kesah kan carut carut dlm blog. tapi mak ayah aku kesah. So no carut dalam blog. (kalau ada pun private entry masa kat wordpress dulu)

Tu dalam blog.Kalau  aku dunia realiti. Aku garang macam singa. Just like I said before. I am a "lion" to my student. Haha. Xpercaya asked my student :p

Dan oleh sebab split personality yang aku alami ni. Aku cam berat hati je nak menulis segala benda yang berlaku dalam blog. Nak kepoh cam dulu dulu pun cam asyik fikir banyak kali. "Perlu ke aku tulis? Kang student baca kang malu?Nanti kang heboh dalam kelas kang student mengajuk apa yang aku tulis?" Ha sampai ke tahap situ sungguh. 

Serius!! Aku memang nak berkepoh kepoh dalam blog seperti dahulu kala. Tapi di sebabkan beberapa alasan di atas beserta dengan BLANK lagi la aku dah malas nak menulis. 

Tapi skang macam mana pulak aku boleh menulis dalam blog ni. Ok ini musykil. 


Saiko la ini perempuan!! Hahaha :p

Bye;
♥MA♥

18 May 2011

i ♥ ummi

Assalamualaikum and Hi Guys;



thank you UMMI for comforting me when I have to face the hard day.
you know how much I ♥ you UMMI

p/s: the source of my digi scrap are from googling. 

  ♥MA♥

17 May 2011

OMG!! They are mating!! :D




Assalamualaikum and Hi Guys;

Yes my hammies are mating!! I'm the one happy "sister" when look at their mating process. hahahha 
Mana tak happy nya weii.. zaman dulu2x ada bela hamster at my parents house. Tapi kami xpernah sesekali tgk hamsters yang dulu mating. Maybe dulu xpandai sgt nak bela kut. (nak kata skang dah pandai bela la tu. :p hahah i'm still learning on their habitat)

So really hope process mating diorang tu "melekat" hahaha I really wanna have a hamster babies so desperately hikss. Mana tau leh buat business jual hamster lak pasni. :p 

Oh for your information my hamsters adalah dari baka SYRIAN. (itupun lately rasa eager sgt nak tau pasal hamster. Bela je lebih tapi xnak tau habitat diorang baik xyah belakan :D)  So syrian ni jenis xberapa nak gigit sgt. Kalau gigit pun sbb dia rasa diri terancam sbb tu dia gigit. ala gigit semut api je. :p

BTW, I took a video of my hamster mating. But sorry I cant show it off here. Sbb macam kurang sesuai nak show off kepada tuntutan umum. So if you guys nak tau proses mating hamster baka syrian boleh pergi ke youtube sana then search Syrian Hamster Mating ada je orang upload. And my hamster vids adalah utk simpanan peribadi. hehehhe 


maybe or maybe not becoming a mother. (really hope it is!!)


the man!!

  ♥MA♥

16 May 2011

Am I a teacher?

Assalamualaikum and Hi Guys;



I am not good enough in being a teacher and still can't believe that I am a teacher now!! But I'm still trying to give my best for my students ^___^



  ♥MA♥

14 May 2011

The Video

Assalamualaikum and Hi Guys;

Its a video about my lover :D



Kakak missing you so much LILO 1st T_T

♥MA♥

05 May 2011

Perhatian Rakan-Rakan Perempuan

Assalamualaikum and Hi Guys;

Kepada rakan rakan perempuan di luar sana.

Berhati-hatilah kamu jika membawa kereta seeorang diri. Make sure your handbag jangan di letak di sebelah pemandu (kerusi kosong tu!!) kerana ia boleh mengundang bahaya! 

Before this I always remind to myself jangan letak handbag dekat side pemandu. But being Munirah yang pelupa ni, today aku letak handbag dekat kerusi kosong sebelah pemandu!!! Dan ia hampir membawa kecelakaan gara-gara kelalaian aku sendiri.

Alhamdulillah aku bergerak agak pantas dari si peragut(dia pun dah dengan selamba bukak pintu kereta aku tu!!),aku capai dengan kadar segera handbag dan terus peluk erat sambil mata jengil pandang si peragut dan terus cakap "NAK APA?" sounds berani kan padahal perut dah kecut badan dah gigil!!!!!!!!!!!

kemudian beliau menunjukkan WARNING SIGN pada aku! oh lagi kecut. kebetulan jiran aku yakni rakan tempat kerja pun baru pulang terus ku jerit sayup nama dia "BAI". Pada waktu itu si peragut intai2x pagar jiran sebelah konon macam nak cover perangai TAHI beliau itu!! shitto la ko apek!! Ye si peragut adalah berbangsa CINA!! 

Ah tak kira la bangsa apa sekalipun.. Sekarang ni ragut semakin berleluasa!! 

Buat pengetahuan korang kejadian adalah sewaktu aku pulang dari kerja dan hendak membuka pintu pagar. Actually dah bukak dah by the time nak kembali pada kereta 1 motor berhenti dengan keadaan mencurigakan. Aku dah banyak kali dengar pasal ragut kat kereta sbb tu aku cepat pegi amik handbag aku dan mmg sah dia mmg berniat nak amik handbag aku tu!! 

Oleh itu kawan kawan perempuan sekalian. berhati-hatila ye..

Dan aku pun harus lebih lagi berhati2x!!!!!!


  ♥MA♥

Hello 2018

Assalamualaikum and Hi Guys; This year my double H started going to school!! Tadika la of course.. haha.. So we decided to send them to Ta...