21 May 2010

Hadis tentang SANGGUL TINGGI

Salam;

selama ni aku jarang sangat nak menyentuh pasal isu keagamaan di dalam blog ini. tapi kali ni aku rasa terpanggil untuk mengetengahkan tentang isu sanggul tinggi yang kini menjadi trend masa kini. nampak cool je kan pakai sanggul tinggi2x kan.. tapi tahukah anda ada hadis tentang sanggul tinggi ini. Aku tau pun melalui facebook. Ummi tercinta yang bagi message kat facebook tentang isu ini.
cth sanggul tinggi- gambar kredit kepada Enchek GOOGLE
Berikut adalah hadis mengenai sanggul tinggi ini.
Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-
lagi gambar contoh sanggul tinggi dari Enchek GOOGLE

So kawan-kawan di luar sana serta untuk diri sendiri. Sedarilah dunia kini semakin hampir kepada penghujungnya. Kita ni kadang kadang alpa. Selalu leka dengan duniawi. terutama aku ni haaa.. heboh kejar duniawi sampaikan kadang2x aku lupa dengan zaman yang lagi satu yang sepatutnya kita lebih dalam membuat ibadah. Entahlah. "Ya Allah bantulah hambamu yang kian alpa ini."


ikhlas;
Bulan Bintang

No comments:

Post a Comment

Dear readers,comments make me happy and make me smile!! Yes!! your comments will be moderated.Dont worry about that ok.. Its a procedure to kick out spammer and mosquitos.Thank you.

# NO SPAM OK!!!
# Comment is awaiting on moderation.
# No harsh word!!


Thanks for your comment!! *wink*