21 September 2011

Modus Operandi Perompak Pagar

Assalamualaikum and Hi Guys;


Siapa pem'follow' sejati blog yang tak seberapa ni pasti pernah baca tentang entry I almost kena ragut depan pagar rumah.

Yang tak pernah baca boleh baca entri yang bertajuk Perhatian Rakan-Rakan Perempuan

Ok dah baca dah. 

Ni nak citer another story yang almost the same ngan my story. But this is truly worst punya!!!

Kisahnya begini, on monday my officemate ni balik ke rumah dia waktu lunch hour. And masa tgh merehatkan minda kat rumah dia macam dengar bunyi motor berhenti depan rumah beliau. So beliau ingat ianya adalah posmen. (If I was there pun akan igt posmen!) 

Suddenly dia dgr jiran dia menjerit hoi hoi. So my friend ni jenguk cam dah kelam kabut kat depan rumah dia. N nampak her neighbour cam nak kejar org tu!!

Yes,kawan kawan...perompak bermotor itu berjaya merampas handbag neighbour officemate I tu. Dan yang paling worst adalah, perompak tu masuk kereta sambil acukan pisau minta serahkan handbag ok!!!!!!!

Kejadian berlaku setelah neighbour ni bukak pintu pagar dan kembali pada kereta beliau utk masuk kan kereta ke dalam rumah. Dan neighbour ni mmg dah check dah kiri kanan tiada org keliling yang mencurigakan..Ntah mana muncul apek tua tu ntah!! Oh yes!! Again!!! Apek tua yang macam middle age!! And I'm pretty sure ianya adalah apek yang sama nak ragut kita hari tu!!!

For your information, neighbour ni dah buat macam2x security tau, like matikan enjin n tutup kereta while open the gate. And letak handbag kat bawah kaki semua. But bukan hari dia kan. dah nak jadi. tak sempat nak kunci pintu apek tu dah masuk dalam kereta terus acukan pisau!! Biadap!!!

So rakan2x di luar sana berhati hati ye. Remind to myself again!!

Kalau boleh buat back up handbag. So kalau apa-apa hulur je handbag yang xde apa2x. Tapi letak la something dalam bag tu like sampah sarap(surat khabar lama) bagi bag nampak cam berisi (heheh pandai nasihat diri sendiri xbuat lagi :p). Sbb xkan la dia nak bukak bag tu jam jam tu kan. Melainkan perompak biadap tu particular nak check bagai. Oh itu melampau biadap la tu!! Dah mencuri ada hati nak check2x lagi. Lempang satu das!!

Kawan-kawan sekitar Ipoh watch out ye. Apek middle age ni cam dah ubah modus operandi dia since ramai org report kena ngan apek ni time 5.30pm-6.30pm(time I kena dulu!!!). Now dia bekerja dalam waktu lunch hour!!!

Pelik la polis ni dia ronda guana?? kalau dah ronda ronda xkan xdpt tangkap gak? ada buat kerja ke tak ni? makan gaji buta? tak? ha kalau tak buat kerja!! 



  ♥MA♥

No comments:

Post a Comment

Dear readers,comments make me happy and make me smile!! Yes!! your comments will be moderated.Dont worry about that ok.. Its a procedure to kick out spammer and mosquitos.Thank you.

# NO SPAM OK!!!
# Comment is awaiting on moderation.
# No harsh word!!


Thanks for your comment!! *wink*