12 September 2007

Fadhilat Terawih

Sesungguhnya Allah SWT menjanjikan pelbagai fadhilat/ keistimewaan kepada hambaNya melalui solat tarawih seperti yang telah diriwayatkan oleh Saidina Ali (r.a) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadhan;-


Malam 01
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 02
Di ampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 03
Berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 04
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 05
Allah kurniakan baginya pahala orang-orang yang bersembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.

Malam 06
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam hari.

Malam 07
Solah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

Malam 08
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih seperti mana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

Malam 09
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W. Malam 10 Allah Subhanahu wata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15
Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16
Allah Subhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam 17
Allahh kurniakan orang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-nabi.

Malam 18
Seru Malaikat: Hai! Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19
Allah Subhanahuwata'ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20
Allah Kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23
Allah Subhanahuwata'ala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada nur.

Malam 24
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali doa ketika dalam sujud).

Malam 25
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26
Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat.

Malam 27
Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotulmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28
Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali darjat diakhirat.

Malam 29
Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya pahala
1000 kali haji mabrur.

Malam 30
Allah Subhanahuwata'ala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang istimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaku: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang bernama 'Al-Kauthar'.

ikhlas;
Bulan Bintang

No comments:

Post a Comment

Dear readers,comments make me happy and make me smile!! Yes!! your comments will be moderated.Dont worry about that ok.. Its a procedure to kick out spammer and mosquitos.Thank you.

# NO SPAM OK!!!
# Comment is awaiting on moderation.
# No harsh word!!


Thanks for your comment!! *wink*

Hello 2018

Assalamualaikum and Hi Guys; This year my double H started going to school!! Tadika la of course.. haha.. So we decided to send them to Ta...