Salam;
Ini adala pandangan peribadi yang mungkin akan di salah tafsir oleh sesetangah pihak. Sebelum di salah tafsir atau ada yang terasa hati. Saya awal-awal mohon maaf. Dan ini juga bukan entri luahan perasaan nak marah2x emo2x bukan. Saya xmahu marah emo emo dah sbb saya sudah punyai permainan game yang boleh membuatkan saya gembira tak tido malam. Xkesah xcukup tido :D. Ok di ulang entri pandangan peribadi yang macam merepek sikit
Ok ini kisah kerana mulut badan binasa. Perumpamaan yang sesuai untuk org yang bermulut jahat. Including me yang mmg sometime mulut kalau bercakap main lepassssssssss je. Bak kata ayah 'sebelum cakap xreti nak pk ke' haaa hamik ko situ dah banyak kali kena sound pun xreti nak berubah ke? Manusia. mana pernah nak betul. Ada je salah silap.
Back to the point,begini sekarang ni dunia internet semakin berleluasa. dan saya perhatikan kalau kita buat status yang kontroversi skit siap la ko. Esok front page BERITA HARIAN la berita pasal status kontroversi ko. Masuk BULETIN UTAMA! oh scaryy wooo.. terkenal dgn cara itu.
Saya paham rakyat Malaysia kita ni mmg prihatin gila bab2x ni. Silap sikit jeeeeee hentam dalam erti kata lain menegur secara pukal atau beramai-ramai. Komen sinis dan menegur secara belakang pun kita kasi hentam ramai2x. Xleh ada status yang berbaur sinis or what so ever pasti pasti PASTI kamu kamu kamu akan di hentam sehentamnya!!
Yang ada tu siap print screen bagai. oh lagi scary!! (ni ada x nak print screen hasil pandangan xberilmiah ni). Jadi di mana hak keadilan kita untuk bersuara. untuk memberi kan pendapat. kata boleh keluarkan segala pendapat. boleh terima pendapat walaupun berbaur sinis and so on. tapi kenapa rata-rata kita tak terima. di mana open minded kamu kamu (saya pun sometime xopen minded :( ). Di hentam teruk teruk ok mmg kesian. tapi kalau dah mmg betul apa yang orang tu perkatakan dlm sesuatu status kenapa mahu angin satu badan. Lepas tu kalau org yang terbuat salah post status sinis atau komen berbaur sinis tu dah minta maaf,kenapa perlu nak lagi hentam. full stop terus dah la. pffffttt
Ok. aku menulis entri ni bukan apa. bermula dari kisah yang pasal status org tu xsuka jb ke apa ntah yang kata xde makanan yang dia suka tu kan. ok paham dia telah menghina.tapi lepastu dia minta maaf kan. kenapa perlu lagi wujudkan page haters bagai. eish scary gila la zaman sekarang ni. Pastu kalau ada tersilap tegur semua,pasti la kena hentam . Sampai siap buat page haters. Uishh
Pendek citer,zaman berteknologi sekarang yang dah berdesuppp capaian kelajuan terhadap maklumat terkini ni adalah agak menakutkan. Ada pro dan kontranya dgn zaman canggih kini. Jadi berpada2x la. Guna kan dengan sebaik yang mungkin. Gunakan ke saluran yang betul.
Saya pun pernah buat silap. Silap menegur individu tertentu di belakangnya (dalam erti kata lain atau di salah ertikan umpatan) walhal nak nasihat la konon. Ater nak nasihat depan2x cam takut. so guna di saluran yang mungkin katanya xbetul la.jadinya telah tersalah tafsir T_T. So saya ambil iktibar nak tegur sesorang kena depan2x. xmo dah belakang2x xkira la hebat mana kamu. Kalau di tegur usah melenting cam org gila muhasabah diri tu dulu. o_O
Kesimpulan entri merepek ini adalah kerana mulut badan binasa. tapi bukannya kita guna mulut untuk menaip. kita guna tangan jadi kita tukar KERANA TANGAN BADAN BINASA. ok molek bebenor dah tu. xkesah la kalau kita menulis status sinis,komen sinis,entri sinis beringat2x lah sebelum menulis.oouchh
Ada ke org hentam aku ngan entri ni.kalau ada aku redha je la. tapi rasa xkut sbb aku dah xfemes cam dulu. erkk dulu aku pemes kah?? pemes tahi tahi kucing :p hahahha.. Ini entri untuk aku merepek.dah lama xmerepek. pendek citer dah xde benda nak update apa sebenarnya. :p
OK Bye
Wassalam
Bulan Bintang
No comments:
Post a Comment
Dear readers,comments make me happy and make me smile!! Yes!! your comments will be moderated.Dont worry about that ok.. Its a procedure to kick out spammer and mosquitos.Thank you.
# NO SPAM OK!!!
# Comment is awaiting on moderation.
# No harsh word!!
Thanks for your comment!! *wink*