A great articles from my friend Fariza
Seringkali kita mendengar dakwaan seperti ini:
- Pekerja makan gaji berada dalam zon selesa, takut untuk berubah dan melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan. Golongan ini bukanlah golongan yang hebat kerana mereka ada jaminan kerja.
- Usahawan dikatakan sebagai seorang individu yang berani kerana masuk ke dalam zon tidak selesa di mana mereka tiada gaji dan jawatan tetap.
Tetapi saya berfikir sejenak, betulkah andaian sebegini? Maka saya membuat kesimpulan berikut:
- Pekerja makan gaji juga berada di dalam zon tidak selesa, di mana jika mereka ponteng kerja, tidak ikut peraturan majikan, kerja tidak berkualiti, tidak meningkatkan pengetahuan, maka pasti satu hari nanti merea akan disingkirkan oleh majikan.
- Usahawan juga berada di dalam zon selesa, di mana sesetengah usahawan lebih selesa melakukan sesuatu yang sudah biasa bagi mereka. Mereka TAKUT untuk bermain dengan risiko yang lebih besar dan tidak biasa bagi mereka.
- Usahawan yang tidak berani melakukan sesuatu yang baru adalah usahawan yang sudah selesa dengan usaha yang biasa dilakukannya sejak bertahun-tahun yang lepas. Mereka tetap berada di takuk yang lama.
- Pekerja makan gaji yang tidak berhenti kerja dan menjadi usahawan tidak semestinya takut untuk menjadi usahawan kerana seperti yang dinyatakan di atas, mereka juga ada zon tidak selesa mereka sendiri.
- Usahawan mampu mencipta zon selesanya sendiri dengan memutuskan untuk tidak melakukan sesuatu yang lebih besar dan mencabar.
- Salah satu tanda usahawan yang berada di dalam zon selesa adalah pendapatan mereka tidak meningkat bertahun-tahun lamanya, melakukan perkara yang sama dan tiada peningkatan dalam usaha bisnes.
- Pekerja makan gaji yang selesa dengan zon selesanya, akan terus dengan sikap, perangai, fikiran dan ilmu yang sama. Orang lain sudah naik pangkat, tapi dirinya masih ‘di meja yang sama’.
- Pekerja makan gaji yang dinamik faham bahawa jawatan kerja mereka bukanlah satu jaminan. Maka mereka memperkasakan lagi diri dengan menambah ilmu dan kemahiran, sama ada ia akan digunakan untuk naik pangkat, memohon pekerjaan yang lebih mencabar dan berguna untuk mereka berdikari andaikata tiada lagi tawaran kerja untuk mereka.
Pendek kata, siapa pun kita sama ada usahawan ataupun tidak, yang pasti zon selesa atau zon tidak selesa tidak mengenal semua itu. Kita sendiri yang perlu menilai diri masing-masing agar sentiasa ada keinginan untuk berubah dan memperbaiki diri.
Kadang-kadang kita ada melihat, pekerja makan gaji yang dikatakan amat asyik dengan zon selesa adalah lebih hebat dan keterhadapan berbanding usahawan yang dikatakan hebat di dalam zon tidak selesanya. Mengapa ini berlaku? Ya, usahawan tadi sedang asyik dalam zon selesa yang diciptanya sendiri.
love; ♥Munirah Abd♥
No comments:
Post a Comment
Dear readers,comments make me happy and make me smile!! Yes!! your comments will be moderated.Dont worry about that ok.. Its a procedure to kick out spammer and mosquitos.Thank you.
# NO SPAM OK!!!
# Comment is awaiting on moderation.
# No harsh word!!
Thanks for your comment!! *wink*