18 May 2010

Masak-masak

Salam,

aktiviti pada hari sabtu juga. bermain masak2x bersama Fizah. Fizah yang banyak masak. Aku? tolong mengacau apa2x yang patut dan belajar buat sup dengan Fizah. wahhh gua sudah tau bagaimana mahu buat sup!! hooyeahhh.. dan juga sudah tau serba sedikit cara-cara nak buat ayam masak kunyit. hiks suka suka :D


sup lazat di dalam periuk.


ayam kunyit di dalam kuali. nampak enak bukan! SEDAP!!


kasi kecur sama korang. sbb aku pun kecur gak nii.. adoiii sedap nii!!


kecur kecur kecur weiiiiiiiii


air twister yang lazat lagi berkrim :D

heheh lama xbuat entry yang boleh membuat kan org kecur ni. sedap kan. nampak lazat kan. hehehe. ok sup ni saya akan cuba buat hujung minggu ni. eh tapi hujung minggu ni ada shoot kawen kawen. urrmm. xpe kawen2x hari sabtu je rasanya. hehe :D

entry akan datang aktiviti buat chipsmore lazat pula

love;

Munirah Abd

17 May 2010

Mari Aerobik

Salam,

macam2x aktiviti di lakukan sepanjang duk Ipoh ni. ye lah kalau xbuat apa2x aktiviti kang xproductive pula. hehe. So ari sabtu lepas dan ahad telah pergi ke Padang Polo di Ipoh utk ber'aerobik' . Tetapi hari sabtu x aerobik pun. Just tgk2x dulu Fizah aerobik. Ahad baru join. Siot penat!! dah lama xbersenam kann. Mengah nya usai cakapla. termengah2x. sampai stop kejap untuk berehat bersama kit kat. hiks.

Mari lihat gambar persekitaran aerobik.



see Fizah bersemangat kan..

gaya penari sabah?? ke sarawak?? hurmmm



semua gambar di atas di ambil pada hari Sabtu. tu yang xde gambar saya. hehhe. Saya join hari Ahad sahaja.  :p


love;

Munirah Abd

Kawan Baru di Ipoh

Salam;

sepanjang berada di Ipoh saya dah kenal dgn ramai kawan2x baru
yang sekepala yg kurang sekapala dan yang xsekapala langsung.

yg sekapala adalah best. kurang sekapala xpela kan. yg xsekepala langsung tu means xleh masuk dgn style aku yg ngok ngek ni hurmm xpela. as long as boleh bercakap lagi kira okla. asalkan ko x kacau hidup aku,aku xkacau hidup ko. eh xde xde aku xpernah nak kacau hidup org.kecuali org tu merimaskan aku,aku akan bising skit la. xkaco cuma merungut je. hahahha pelik?? mmg benar!! ala korang pun camtu gak kang. kalau org yg korang rasa merimaskan hidup korang pasti korang ada umpat2x skit kann kann kannnnnnnnnnnn?? manusia!! xperlu tipu!! tiada yang sempurna makhluk di dunia ni!! :D semua org ada melakukan kesilapan. Nobody perfect!

ok mari aku kenalkan dengan rakan2x baru di opis baru yakni sebilik la dgn aku. yg aku boleh katakan mereka adalah BEST!! Unit jadual waktu terBAIK wokkkk.. haha cuma ada sorang je la yg xde gambar sbb dia xdtg masa majlis aku ada bawak kamera godang ini.


ok ini adalah ketua unit Jadual Waktu.
Kak Izah. adalah sgt pandai dlm algortihm. terbaikkkk.. anak sulung beliau. comel heh.. :D


Ini Lisz.sudah berumahtangga. yang di pegang itu adalah anak kedua beliau iaitu Kalishah.Artis kita pada entry kali ini. ko tgk nnti lepas2x ni ada je gambar dia dlm entry ni.

budak Kalishah ini adalah comel.Auntie Mun geram dgn kamuu.. tapi kamu takut dgn Auntie Mun mengapa? sbb Auntie Mun bergigi besikah?? haiihhhh

Ini abg kalishah hakim.

Ini adalah Fizah. anak dara sunti. mahu masuk line. sila hubungi saya. seorang yg sungguh berpuitis. sgt baik dan pemurah. i love u la kawan. sbb kamu sekepala dgn saya. cuma tang puitis tu gua xsekepala la ngan kamu. hehehe. tapi saya suka kawan dgn kamu.


Shardilla!! kawan fotografi ku!! suka fotografi seperti aku juga!! cuma beliau hanya amik gambar sekadar suka2x. tgk tgk pegang anak Lisz lagi. Tadi Fizah pun sedang memegang anak lisz juga. dah kata dah budak kecik ini adalah artis untuk entry ni. tapi tu la Auntie Mun nak dkt dia melalak.kecik ati auntie mun tau T___T hehehe

another Unit jadual waktu adalah Alinawate tiada gambar.dia adalah pendiam. ok xmahu ulas panjang sbb dia pendiam heheh. :D tapi dia semacam terror statistik gua kagum!!!

ok itu adalah kawan2x dalam unit jadual waktu yakni sebahagian tugas yang aku kena buat jugak la selain mengajar.buat jadual waktu!! hahaha heaven boleh buat jadual waktu sendiri. Jumaat no class!! ahaha jahat gilerr. xde xde jumaat ada kelas juga. :p

actually gambar2x di atas di ambil semasa majlis makan bersama pelajar. gambar student?? ada... tapiiiiii xperlu la nak tunjuk2x. hahaha kurang asam x?? xpe xde asam pun :P

Saya sayang semua kawan2x saya yang baik baik hati yg tidak suka kutuk2x orang. saya xsuka kawan yang suka kutuk2x org which is not good. tapi saya kutuk gak org, saya kutuk kalau org tu start nak kutuk. gagaggaa jahat eh?? sapa suruh kutuk dulu. kan dah kena kutuk. ok abaikan xde kena mengena. yang penting sayang semua kawan xkira kuat mengutuk atau tidak :p yang pasti kutuk adalah tidak baik. hindarkan. sbb saya juga cuba hindarkan tabiat buruk ni sbb selalu makan diri. hindarkan sekarang. dunia semakin tamat. wallahualam. ok dah bye

love
Munirah Abd

16 May 2010

Selamat Hari Guru

Salam;
Selamat Hari Guru pada semua pendidik di Malaysia. Tidak kira guru tadika,guru sek ren,guru sek men,pensyarah-pensyarah. Terima kasih atas semua jasa-jasa anda yang tidak ternilai itu. Anda ibarat lilin yang membakar diri yang sentiasa tabah dalam mendidik anak bangsa.

Selamat hari guru juga di ucapkan kepada ayah,angah,pakcik2x dan makcik2x serta untuk diri sendiri yang kini bergelar sebagai pendidik. 3 bulan bergelar pendidik telah mengajar ku banyak perkara dalam bidang yang mulia ini.Terutama sekali belajar untuk banyakkan bersabar :p

oh kepada rakan sekerja di Politeknik Ungku Omar teruatama di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Selamat Hari Guru semua ;D

SELAMAT HARI GURU


love;

Munirah Abd

15 May 2010

Harapan Tanpa Suara

Salam;
"Kempen Kami Prihatin"


sila hayati lagu ini.begitu sayu dan meruntun hati ini.

pada manusia yang berhati binatang sila insaf!!! yes! anda telah buat kesilapan!! tapi apa dosa pada bayi kecil yang anda buang itu!! bayi itu adalah zuriat anda!! bayi kecil itu tidak berdosa! apa salah bayi itu! Sekiranya tidak mahu sekalipun buat cara yang baik cara yang betul. Betulkan kesilapan anda di saluran yang betul!

Saya amat prihatin dan memandang serius akan perkara ini!

Please please la jangan ada lagi berita tentang pembuangan bayi lagi di Malaysia ini!

Cukuplah. Binatang pun tahu sayangkan anaknya. Ini kan manusia yang berakal T___T

Fikir sebelum melakukan sesuatu.!!!

ini lah manusia akhir zaman. Insaflah.

pesanan ini adalah untuk diri sendiri juga supaya sentiasa ingat pada Allah.dan sentiasa mendekatkan diri denganNYA.




love;
Munirah Abd

14 May 2010

Wake Up baby!!



love;
Munirah Abd

09 May 2010

Mood Lari

Salam;

Lama sungguh tidak mencoretkan sesuatu di sini. Mood untuk berblogging lari entah kemana. hendak kejar bagaikan tidak terkejar rasanya. Kesibukkan diri ketika ini begitu menguji kesabaran diri. Kesihatan diri yang tidak begitu sempurna juga menjadi salah satu punca mood berblogging berlari lari. ok fine! katakan sahaja kamu MALAS Munirah!!

eh tapi serius sibuk dengan tugasan harian kali ini begitu menyesak saluran pernafasan ku. Sepanjang menjalani hidup dalam situasi alam pekerjaan.Kesibukkan memegang jawatan sebagai pensyarah adalah yang paling sukar setakat ini jika di bandingkan ketika memegang jawatan sebagai 'programmer' suatu ketika dahulu.Sibuk sebagai pensyarah adalah lain macam sikit. Sibuk yang membuatkan minda ini rasa tertekan melampau.Rungsing memikirkan adakah para pelajar paham apa yang aku ajar?Bolehkan mereka menjawab soalan exam dengang betul? Mampukan mereka jawab soalan2x tersebut? uishhh risau rungsing semuanya ada. Aku hanya mampu berdoa agar mereka dapat lakukan yang terbaik. ameen~

Hurm itu tugasan harian sebagai pendidik.

Errrr..nak ending entry ni macam mana erk?? haaa tu la dah lama sgt xmenulis dah tak reti nak ending dah.

errrr..errrr...

oh.hari ni katanya HARI IBU. tapi bagiku setiap hari adalah HARI IBU dan HARI BAPA!! Sayangi kedua ibu bapa kita ye kawan2x.

ok bye

Hello 2018

Assalamualaikum and Hi Guys; This year my double H started going to school!! Tadika la of course.. haha.. So we decided to send them to Ta...