09 January 2018

Hello 2018

Assalamualaikum and Hi Guys;

This year my double H started going to school!! Tadika la of course.. haha.. So we decided to send them to Tadika Aiman. We had already made some survey for other kindergartens and InsyaALLAH this will be the best choice for them.

Ameen

Test Baju After Alter that cost us RM90+ 😰

Seluar track bottom tu pun alter.. kalau x menggelebeh. anak2x iolss halus kecik hehe

On their first day of school, mmg I amik cuti sbb saja nak kepoh kepoh nak rasa hantar anak pergi school.. hahaha.. And mmg dah agak akan ada DRAMA from them.

Wake up early morning alhamdulillah both of them sangat mudah nak bangun. sbb mlm sebelum dah kena paksa tido as early at 8.30pm hahaha.. Mummy nervous takut diorang might cranky especially Hannah. The DRAMA begins after shower.. and below are the chronology..
  1. Hasif xmo abah pakaikan baju nak mummy
  2. Hannah lari satu rumah dr tingkat atas turun ke bawah sbb xmo pakai baju school
  3. Umpan them tgk youtube kids dkt tv. of course Baby Shark Do Do Do
  4. Then minum susu and makan vitamin dulu before school
  5. Perjalanan ke school aman damai
  6. Sampai school Hasif said "xmo school sini" while Hannah masih rileks xmo jalan nak mummy dukung
  7. Dukung Hannah and she said "mummy jangan tinggalkan Hannah ye"
  8. Hasif buat drama Kasim Selamat pegang kaki abah xmo masuk school
  9. Teacher amik Hannah and Hasif . Both crying out loud. Oh sorry babies.. 😭
Huhu.. mujur first week of school sampai pukul 11am je.. So masa amik dah xnangis dah.. Sempat intai Hasif dah jumpa kawan baru.. Hannah xnampak pula masa intai.. Then send them to Opah's House. Sampai rumah opah Hannah gedik xmo masuk.. Ngada!!!!

Malu2x nak amik gambar konon..

So that's the story of them for first day of school. Second day chronology sama, cuma Hannah xde la lari satu rumah dah.. masih nangis xmo pakai baju.. While abang Hasif alhamdulillah dah tak nangis just Hannah je nangis. So Hasif being so abang abang akan pujuk Hannah bila dah sampai school.

Hasif and Hannah ,
Mummy and Abah doakan both of you di cerahkan dan di lapangkan dada sepanjang menuntut ilmu dekat Tadika Aiman ni ye.. 


Mummy and Abah love you guys soooooooooo much



 love;
♥Munirah Abd♥

11 May 2016

My poor little baby - Kronologi

Assalamualaikum and Hi Guys;

Ceritanya begini..

25/4/2016

Pagi around 10am bawa Hannah pergi the nearest clinic from my office. Picked her up from Opah's house (her nanny) and also picked up Hasif from taska. Brought them for the checkup. Hannah kondisi agak lemah, and I thought because of her batuk and demam. So pergi klinik buat Sonotron for Hannah and Hasif just checkup utk bisul bawah dagu. Then sent them back to Opah's house and Taska.

After office hour pick up them. but Hannah masa amik cam lembik sgt and Opah said Hannah kurang makan dan minum susu, asik nak tido je. Masa ambil pun Hannah tido sambil pegang biskut tak ceria langsung as usual. Terus ckp dekat husband I think Hannah kena amik neb and Hanif yang ada pengalaman penat pun nampak anak dia nafas laju. So we deicded to take Hannah to the GH and we thought untuk amik neb je. Tak pergi private sbb nak jimat and thought we only nak amik neb je tak terpikir langsung untuk warded! If only we knew kena warded memang terus bawa g Private Hosp since Hannah ada insurance cover.  Sampai GH, Hannah kena amik neb 2 times and oksigen then one of emergency doctor said that Hannah needed to be warded. OMG!! Warded!! I hate ward!! Ok positive thinking this is for Hannah. Hannah kena sihat!! And I cannot be selfish. Tak pikir apa Hannah warded around 2am. Poor her. Hasif pun xpasal kena tolak naik ward sbb tido atas katil Hannah masa kat emergency ward.



her first oxygen treatment

Sampai ward, Doctor tgk Hannah and said tanda tanda penat ada kat Hannah.. T______T oh my this is happening. yang xnak jadi kat anak-anak aku tp jadi kat Hannah. Kalau blh biarla yang ada penat ni only their father. T________T not cool ok kena PENAT ni.. lagi lagi at her age!! Mummy nangis, and I blamed myself tak bawa Hannah jumpa Paed early asik bawa g klinik biasa je. T_______T

First night dlm ward Hannah tak selesa. Mummy pn  tak selesa baring sama-sama dalam baby cot huhu. Lagi buat Hannah annoying dia kena pakai oksigen then kejap kejap kena amik neb. oh poor you baby. Mummy xpernah kena semua ni. Only your father know how its feel. But deep in my heart mummy dapat rasa mesti sakit PENAT ni. 

her first neb



26/4/2016

Inform to the family members Hannah's warded. Semua terkejut. And as you guys know my family jauh kat Banting and Hanif's family jauh kat Kangar. So we are in between. And right now my ayah dah xblh nak drive jauh due to his sakit pinggang and kaki. While Hanif's family pula ada problem with their car. So blh bayang x I survived with husband macam mana. So dengan keadaan yang agak chaos dengan Hasif yang also need my attention. With husband yang baru start buat home tuition dekat Ipoh so we need a private ward for Hannah yang blh kami semua "berkampung" . And my alang were part time agent insurance said why not we transfer Hannah to Private Hospital since Hannah ada insurance. Oh my, kenapa laaaaaaaa mlm yg doctor kata kena warded tu xminta transfer terus. Mmg lupa!!

nap time.. letih mengamuk kena neb pun iya gak. imagine mummy selit tido dlm tu mlm td. huhu

So we discuss with GH's doc and also my agent Izni which is Alang's friend help us to call Pantai Hosp to make sure if there any room for Hannah and ada tak doctor yang blh in charged for her case. Alhamdulillah walaupun permulaan macam GH tak mahu lepas , akhirnya they agreed dengan syarat keluar je ward terus check in ke Pantai Hosp.

Sampai Pantai Hosp pergi emergency then Hannah kena amik neb lagi and Dr Cheong are the one yang I request utk treat Hannah sepanjang dia kat sini.

tengah tunggu ward ready. lawan sakit so nampak dia aktif and ceria but nafas still laju. mummy adore your spirit baby. my fighter baby


The admission ward kat Pantai Hosp I requested for a single room for Hannah. Tak kira nak juga single room kalau dpt 4 org sebilik baik duduk kat GH tu.. huhu remember the main reason for transfer.. 

The night at Pantai Hosp went smooth and Hannah need to take her ned 4 jam sekali

Abg Hasif with us tonight. He dont understand at all tapi dia tau adik dia tgh sakit.



27/4/2016

Abg Hasif dpt baby cot since Hannah nak tido ngan mummy.
Rezeki abg Hasif juga if not abg Hasif tido kat lantai. errrr


The treatment at Pantai Hosp went well. As what we want our routine berjalan seperti biasa. Cuma I xpergi kerja jaga Hannah, dia bukan nak sangat dengan abah time sakit sakit ni.And Hanif's still can attend for his tuition class.. huhu

letih berperang dengan mummy nak bagi neb
mummy kena gigit gara-gara Hannah protes. ni baru satu ye ada lagi kat tpt lain . gigit la nak asalkan kamu cpt sihat



28/4/2016

Hannah dah boring duduk ward, so sesekali bawa dia jalan turun bawah. pergi cafe yang biasa je. I dunno that they have yg cam 'happening' cafe kalau tau mmg bawa Hannah lepak situ. huhu

protes nak keluar bilik
makan sendiri. 


Doctor said she is getting better tapi neb still 4 jam sekali. Haih part nak bagi neb dekat Hannah ni mmg gaduh besar. Entah mana kudrat dia dtg untuk memberontak pun tak tahu. sakit wei dia berontak macam kena guna kudrat jantan nak pegang dia.huh



29/4/2016

Birthday tok ummi!! Happy birthday tok ummi. Sedih patut plan balik Banting untuk celebrate birthday tok ummi. Tapi apa nak di kata dah takdir kami xdpt balik Banting. Allah dah plan cantik untuk kita kan. Terima dan redho. Ada sesuatu yang baik menanti kita nanti.

getting better

Oh Hannah macam biasa la dia boring ajak keluar ward. Amik neb pun dah kurang ke 6 jam sekali. Fuh lega mummy dengar when doctor said dah kurang kan jam sbb Hannah dah makin getting better. Dah back to her normal life. happy baby. Doctor tanya nak balik bila? I said bila Doctor blh bg discharge she said esok or ahad. and macam Ahad discharge.. hurmmmmm (mummy pun dah boring duk hospital nak)

dah keluar nak keluar lagi. hish


30/4/2016

Doctor dtg visit spt biasa. And doctor said Hannah blh discharge hari ni!! aaaaaaaa rasa mummy over nak melompat happy. tapi Hannah hanya blh keluar lepas last amik neb pukul 4pm.


After 4pm we all tunggu for the bills pula. Ye la xkan nak main keluar gitu mesti la nak tau bill berapa even bukan kita bayor tapi insurance yang bayarkan. Tunggu pnya tunggu takde juga. So dlm maghrib tanya dekat kaunter ward untuk tanyakan. then takde org pnya jawab call. Around 8pm pergi sendiri tanya kaunter admission kat lobby. So they said blh discharged cuma duit deposit xblh nak bagi lagi sbb bill xrelease lagi.errrrrrrrr padahal tadi my agent Izni dah call bagitau insurance dah released.. hishhhhhhh hospital ni memain pula.. xpela as long blh keluar pun dah ok. So collect duit deposit Selasa (3/5/2016) and kebetulan Hannah ada follow up check up with her paed.

Elok je dah checkout xjauh dari Pantai Hosp kami di timpa another musibah.

Ya ALLAH kuatnya dugaan buat kami sekeluarga. Mungkin ada perkara yang lalai telah kami buat. Allah bagi kami terhantuk dgn begitu kuat supaya kami sedar. dan insyaALLAH akan ada perkara yang lebih baik menanti kami nanti.

Redho

Disclaimer: Bukan kami tak trust doctor kerajaan. Kami trust dan kami hormat dengan cara mereka bekerja. What we want is a space, a private space for Hannah and us. Since kami sendiri2x je kat Ipoh ni without close relatives. Yang membantu kami banyak officemate. So we need space. Alhamdulillah Hannah ada insurance. Kalau x kami duduk je la kat GH cuma rutin kami akan jadi up and down . By the way Hannah's insurance is PruBSN. Monthly pay about RM135 and covered up to RM60k per year!!
My sister said bln 6 dah naik dah wei!! So siapa yang masih berkira-kira nak amik insurance tu cepat la amik. Kalau x kena bayar berlipat kali ganda tau. T___T


single room yang kami dpt di Pantai Hosp Ipoh Perak. Oh toilet lupa snap tapi selesa n bersih two thumbs up. hehe



 love;
♥Munirah Abd♥

21 April 2016

Draft

Assalamualaikum and Hi Guys;
Ada 42 draft!!

errrr.. ada 4 cerita yang dlm draft tu tidak di publish.

The rest pernah di publish. dan di simpan dalam draft sebagai kenangan peribadi yang tidak mahu di share dengan khalayak umum.

Moga aku terus konsisten untuk menulis blog balik.

Walaupun pengisian sebenar blog aku banyak berkisar kepada peribadi. Kalau dulu cerita diri sendiri mungkin kali ini cerita tentang double H pula

Simpan dalam planner pun aku simpan.

Dalam blog pun simpan. huhu.





 love;
♥Munirah Abd♥

REDHA

Assalamualaikum and Hi Guys;




A MUST WATCH MOVIE!!

From my point of view, this movie secara tidak langsung educate kita tentang autism. Before this, aku sendiri kurang peka tentang AUTISM ni. Then, a friend of mine which I know her dari community Planner Addict Malaysia, mempunyai anak istimewa ni yang buat aku tertanya apa sebenarnya AUTISM? Apa behaviour anak anak istimewa ni? 

Aku google juga masa awal tau tu. Tapi tu la mcm xblh bayang sbb xpernah lagi jumpa anak-anak austism ni. cuma yg aku tau diorang suka throw tantrum. tapi anak-anak aku pun throw tantrum. Throw tantrum macam mana yang boleh classify anak tu adalah autism.. so soalan2x camni buat aku terpikir. nak bayang lebih lebih xberani kang tersalah bayang. -__-

I did watched pasal Zarina Zainuddin yang ada 2 anak autism tu. Serious, kuat sungguh Zarina dalam nak membesar bukan satu ye... tapi 2 anak autism!! 

Back to this movie. Please tonton guys!! Cerita ni memang lain dari yang lain. So please tonton guys. Dengar citer if xdpt sambutan tak kan ulang tayang dekat TV especially ASTRO FIRST and also tak kan ada pengeluaran DVD untuk citer ni.. gara-gara kurang sambutan. 

PLEASE guysssssss I know skang byk citer best kat wayang tu.. pas tgk citer best masuk balik tgk citer ni!! tak rugi pun bayar duit tiket tgk cerita ni. sbb cerita ni beribu kali best dari cerita korang tgk yang merapu khayalan fantasi tu..




dah lama tak buat penulisan dalam blog. ayat tunggang langgang macam apa je. kena back on track untuk menulis balik dlm blog bersawang ni. rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuu zaman penulisan blog. 












 love;
♥Munirah Abd♥

18 February 2016

Tips Memakai Flare Dress untuk Muslimah

Assalamualaikum and Helloooooooooo Guys;

Well, it's been a while... I miss my blog!! haha

Hey, by the way, I nak share something with u guys. Some tips.

What tips?

Tips Memakai Flare Dress Untuk Muslimah..

Sounds interesting right?

For this dress, Muslimah can wear it with jeans and match with suitable cardigan to cover up the sleeveless

Nowadys, ramai wanita yang gemar memakai dress atau gaun untuk kelihatan lebih feminine dan kekal selesa sepanjang hari. 

And as you know, terdapat pelbagai jenis dan koleksi dress yang boleh ditemui di pasaran. One of them, jenis dress yang paling popular dan digemari ramai adalah koleksi flare dress yang berpotongan kembang pada bahagian pinggang dan ke bawah. 


This collections very suitable untuk digayakan oleh wanita yang sering tidak yakin dengan tubuh badan sendiri dan ingin ‘menyembunyikan’ bahagian pinggul yang agak lebar. Sounds cool kan.. woohooo

So for wanita yang bertudung pula, don't worry ok kerana dengan sedikit ‘touch up’ dan ‘mix & match’, anda juga boleh tampil bergaya dengan koleksi flare dress ini!



Ok first, as I mention in the caption picture above, memakai koleksi flare dress tersebut bersama pemakaian seluar pada bahagian dalam.

You can match it dengan memakai jeans, jeggings, mahupun leggings. Terpulang kepada keselesaan anda dan citarasa anda yang tersendiri :)

As for me, I prefer match it with jeans! I love jeans so much.. :D



The next style are dengan menambah kombinasi dress dan seluar itu tadi dengan memakai cardigan sebagai outerwear anda.

Cardigans harus dipakai untuk menutupi bahagian tangan dan lengan yang terdedah untuk menyesuaikan dengan imej Muslimah anda.


I love the jeans jacket. to complete this look as Muslimah, you can wear a comfy shawl


Dan alternatif yang terakhir,get your own collections of maxi flare dress yang labuh. Now you have many options of flare dress yang labuh which suitable untuk di gayakan oleh wanita Muslimah!! 


IT'S TIME FOR SHOPPING NEW CLOTHES!!!!!!


 love;

♥Munirah Abd♥

10 December 2015

2015 dah nak abis

Assalamualaikum and Hi Guys;


Eh..entry terakhir blog ni December 2014.

Eh dah nak masuk January 2016?

Apa aku buat 2015?

Ntah.

Banyak sgt benda berlaku dlm thn 2015

Aku takut nak tempuh 2016

Serious takut!

Kenaikan sana sini

Gaji takuk situ.

Memang ada kenaikan gaji tapi bulan 7

Bulan 1-6 bagaimana?

Redah je la.. Cuba untuk berjimat

Mengharapkan 2016 memberi sumber rezeki baru buat keluarga aku

Ya aku begitu menaruh harapan!!

Bantu kami Ya ALLAH. Moga kami kuat.

nanti nak cerita perkembangan anak. untuk di simpan kenangan abadi proses pembesaran double H yang sangat di sayangi walaupun suka membuat mummy gerammmmmmmmmm. T_T

 love;
♥Munirah Abd♥

31 December 2014

Terima kasih 2014 Assalamualaikum 2015

Assalamualaikum and Hi Guys;

2014
Kenangan manis pahit semua ada

yang manis kita telan dengan begitu manisssssssssss semanis kurma
yang pahit kita telan kelat tapi kena juga telan yang kelat itu

2014
kepayahan
onak duri pancaroba semuanya la

2014
nampak sahaja kehidupan aku smooth mcm tiada masalah
tapi hanya ALLAH sahaja yang tahu

2014
ibu beranak 2
ibu yang mempunyai sepasang anak

2014
selalu alpa,leka dengan duniawi.
kejar duit dah mcm hamba duit
Astagfirullahalazim T________T

2014
kehilangan 
redho harus redha
"tunggu kakak kat syurga opah"

oleh itu 

2015
pasti akan ada kenangan pahit manis.
terima dengan redho sekiranya pahit
terima dengan syukur ALHAMDULILLAH sekiranya manis

2015
bangkit dari kepayahan
tebas semua onak duri pancaroba

2015
mohon banyak banyak pada ALLAH SWT agar semua di permudahkan

2015
besarkan putra putri dengan penuh kasih sayang dan ajaran ISLAM yang sempurna

2015
jangan lagi alpa
byk amalan.byk ibadah pada ALLAH SWT
kerja kerja juga.walaupun kerja itu ibadah

2015
cari keberkatan dalam semua perkara




 love;
♥Munirah Abd♥

Hello 2018

Assalamualaikum and Hi Guys; This year my double H started going to school!! Tadika la of course.. haha.. So we decided to send them to Ta...