27 October 2010

Game Kegemaran

Salam;

Saya tahu saya mcm budak budak. But who cares? As long saya happy dengan life saya. haha

Saya suka main game. Awak juga suka kan. Usah tipu. Cuma jenis game sahaja yang berbeza. 

Saya amat mencintai dan menggemari akan game THE SIMS
(ecece ramai je kan kat luar sana tu pencinta game THE SIMS,walaupun  anda sudah menambah usia :p)

Tidak kesah lah version 1 2 dan ter 'latest' 3. Semua suka. Gembira!!!
Actually dah lama ada cd THE SIMS 3 . tapi macam hilang di rumah Banting
Oleh itu gigih ok cari di sekitar Ipoh. Orang Ipoh pasti tahu di mana saya mencarinya. heheheh :D



Jadi semalam saya telah merembat dalm erti kata lain membeli sebanyak 3 jenis cd THE SIMS 3. Pertama-tama haruslah base dia iaitu main cd THE SIMS 3. Tiada yang utama mana boleh pasang EXPANSION PACK!!! Saya turut membeli EXPANSION PACK High End Loft Stuff & Fast Lane.




Apa itu EXPANSION PACK buat yang tidak pernah main THE SIMS.
EXPANSION PACK adalah add on game bagi game yang main. So boleh tambah2x barang,tambah2x baju atau tambah2x untuk jenis jenis situasi yang baru ke. Ha gitu. 

Kalau THE SIMS 2 dulu lagiiiiiiiiii banyak EXPANSION PACK. Sampai kan ada PETS. So THE SIMS 3 ni baru lagi. hanya ada beberapa EXPANSION PACK yang dah kuar. So skang tgh tunggu Night Life. Hahaha mesti lagi best. g disco joget joget. Astagfirullah. Lagha Game ini. Ya saya tahu game ini agak melaghakan saya. Tapi jgn risau setakat ni saya masih boleh manage diri saya. Hurm

Lebih lebih lagi skang kan budak budak tgh nak exam bagai. So keje mcm kurang skit. Boleh main game sampai kelebaman. LIKE!!! 

Kesimpulannya. Apakah game kegemaran anda pula? Dota,Counter Strike,Fifa n etc??

gambar ihsan Mr& Mrs Google

Pencinta Game
Bulan Bintang

Kerana Mulut Badan Binasa

Salam; 

Ini adala pandangan peribadi yang mungkin akan di salah tafsir oleh sesetangah pihak. Sebelum di salah tafsir atau ada yang terasa hati. Saya awal-awal mohon maaf. Dan ini juga bukan entri luahan perasaan nak marah2x emo2x bukan. Saya xmahu marah emo emo dah sbb saya sudah punyai permainan game yang boleh membuatkan saya gembira tak tido malam. Xkesah xcukup tido :D. Ok di ulang entri pandangan peribadi yang macam merepek sikit

Ok ini kisah kerana mulut badan binasa. Perumpamaan yang sesuai untuk org yang bermulut jahat. Including me yang mmg sometime mulut kalau bercakap main lepassssssssss je. Bak kata ayah 'sebelum cakap xreti nak pk ke' haaa hamik ko situ dah banyak kali kena sound pun xreti nak berubah ke? Manusia. mana pernah nak betul. Ada je salah silap.

Back to the point,begini sekarang ni dunia internet semakin berleluasa. dan saya perhatikan kalau kita buat status yang kontroversi skit siap la ko. Esok front page BERITA HARIAN la berita pasal status kontroversi ko. Masuk BULETIN UTAMA! oh scaryy wooo.. terkenal dgn cara itu. 

Saya paham rakyat Malaysia kita ni mmg prihatin gila bab2x ni. Silap sikit jeeeeee hentam dalam erti kata lain menegur secara pukal atau beramai-ramai. Komen sinis dan menegur secara belakang pun kita kasi hentam ramai2x. Xleh ada status yang berbaur sinis or what so ever pasti pasti PASTI kamu kamu kamu akan di hentam sehentamnya!!

Yang ada tu siap print screen bagai. oh lagi scary!! (ni ada x nak print screen hasil pandangan xberilmiah ni). Jadi di mana hak keadilan kita untuk bersuara. untuk memberi kan pendapat. kata boleh keluarkan segala pendapat. boleh terima pendapat walaupun berbaur sinis and so on. tapi kenapa rata-rata kita tak terima. di mana open minded kamu kamu (saya pun sometime xopen minded :( ). Di hentam teruk teruk ok mmg kesian. tapi kalau dah mmg betul apa yang orang tu perkatakan dlm sesuatu status kenapa mahu angin satu badan. Lepas tu kalau org yang terbuat salah post status sinis atau komen berbaur sinis tu dah minta maaf,kenapa perlu nak lagi hentam. full stop terus dah la. pffffttt

Ok. aku menulis entri ni bukan apa. bermula dari kisah yang pasal status org tu xsuka jb ke apa ntah yang kata xde makanan yang dia suka tu kan. ok paham dia telah menghina.tapi lepastu dia minta maaf kan. kenapa perlu lagi wujudkan page haters bagai. eish scary gila la zaman sekarang ni. Pastu kalau ada tersilap tegur semua,pasti la kena hentam . Sampai siap buat page haters. Uishh 

Pendek citer,zaman berteknologi sekarang yang dah berdesuppp capaian kelajuan terhadap maklumat terkini ni adalah agak menakutkan. Ada pro dan kontranya dgn zaman canggih kini. Jadi berpada2x la. Guna kan dengan sebaik yang mungkin. Gunakan ke saluran yang betul. 

Saya pun pernah buat silap. Silap menegur individu tertentu di belakangnya (dalam erti kata lain atau di salah ertikan umpatan) walhal nak nasihat la konon. Ater nak nasihat depan2x cam takut. so guna di saluran yang mungkin katanya xbetul la.jadinya telah tersalah tafsir T_T. So saya ambil iktibar nak tegur sesorang kena depan2x. xmo dah belakang2x xkira la hebat mana kamu. Kalau di tegur usah melenting cam org gila muhasabah diri tu dulu. o_O

Kesimpulan entri merepek ini adalah kerana mulut badan binasa. tapi bukannya kita guna mulut untuk menaip. kita guna tangan jadi kita tukar KERANA TANGAN BADAN BINASA. ok molek bebenor dah tu. xkesah la kalau kita menulis status sinis,komen sinis,entri sinis beringat2x lah sebelum menulis.oouchh 


Ada ke org hentam aku ngan entri ni.kalau ada aku redha je la. tapi rasa xkut sbb aku dah xfemes cam dulu. erkk dulu aku pemes kah?? pemes tahi tahi kucing :p hahahha.. Ini entri untuk aku merepek.dah lama xmerepek. pendek citer dah xde benda nak update apa sebenarnya. :p
OK Bye

Wassalam

  Bulan Bintang

26 October 2010

Semoga Berjaya

Salam;


Buat yang sedang berjuang di peperiksaan akhir semester. Tidak kira la anda blaja di mana sekalipun. Buat yang terbaik demi masa depan anda :D

Bulan Bintang

22 October 2010

Buku Mac terbaru

Salam;

*gambar ihsan dari email APPLE yang di terima. terima kasih


Terkini di pasaran dengan harga yang boleh di katakan berpatutan dengan jenama yang di bawa. tetapi kurang best kerana spec dia xmenepati yang aku mahu. ater murah so spec pun ala-ala je. jadi reject ini.amik HP sudeyyy.. Rembat Sony VAIO pun mcm belum kemampuan. T____T

Ayuh derma kilat kepada ku yang miskin ini sekarang :p


kepingin;
Bulan Bintang

10 October 2010

The Output

Salam;

Oh ini gambar di shot dengan menggunakan diana f+. Saya beli dari seorang rakan. Kali pertama menggunakannya adalah agak kekok. Lama2x kasih belasah je shot. hahahhah. Agak berbeza dengan dslr.
Kamera diana f ni adalah menggunakan fungsi manual. dan juga menggunakan filem. woo agak old school tapi COOL :D

gambar ihsan google. (tapi begini lah sejibiknya kamera diana saya.cun kan!!)

Photobucket
ni masa majlis main bowling ngan student. itu adalah boss saya.


Photobucket
student2x saya menyusun hadiah

Photobucket
di bilik opis.ini semua adalah rakan seopis.agak gegar sbb ini first time pegang. so mcm byk nebess koo.. hahahahha...

Photobucket
ni namanya just shoot dont think. hahaha

Photobucket
kampung nenek saya

yeahh tu adalah sebahagian output yangd apat di kongsikan bersama. xbyk pun ada yg xjadi. ni antara jadi xjadi. ala 1st trial kan. biasala ada cacat cela. hehehhe.. xpe praktis make perfect.. :D

love;
Bulan Bintang

03 October 2010

Dina version B&W

Salam;

Dina adalah sepupu saya sebelah ayah. Dina adalah best. sebab sekepala ngan saya dan adik2x. Sbb kalau nak di ikutkan family sebelah ayah jarang suka sgt nak bergambar. Tapi Dina ni best laaa.. Pantang kamera di tala ke muka ada saja posed yang dia bagi. Kakak suka la!! :D

Posed yang kat bawah ni selepas dia di makeup oleh mak andam keluarga saya.Siapa lagi kalau bukan angah saya. Hiks

Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket

kak long sayang kamu la dina :p

oleh;
Bulan Bintang