31 March 2010

UPDATED : Kencing Tikus Bahaya!

Salam;

semalam masa tgh online kat rumah baca tweetdeck ramai betul org tweet pasal Din Beramboi yang memerlukan darah O. Memula aku cam pelik? Din Beramboi ni kenapa? xsihat kah? Then aku baca balik tweet2x yang awal awal n rupanya Din Beramboi kena infected ngan rats pee(kencing tikus) semasa beliau tgh buat shoot dekat Zoo. Pastu aku pelik agi. bahaya sgt eh kencing tikus ni kalau kena kat manusia? ye lah ilmu kedoktoron aku setakat mana la wei. kalau ilmu teknologi tu aku gigih la lagi kan. Untuk tidak menampakkan aku ni melampau dungu so mari kita tanya encik GOOGLE. tentang bahayanya kencing tikus ini. dan semasa meng'Google' aku terjumpa pula kisah ini


Saya amat lemah ketika itu dan tak berupaya nak bergerak dan tidak selesa dengan darah2 kering pada hidung dan dalam mulut. Selepas itu banyak hari juga saya langsung tidak dapat melelap kan mata mungkin terlalu lama tak sedar diri. Walaupun sudah 16 hari di ICU ...punca penyakit masih tidak diketahui...Apabila demam sudah kurang Lalu saya dipindahkan ke wad (ketika itu disuruh duduk pun saya akan terlentuk jatuh) dan masih dikawal rapi.

Tiada sebarang pelawat dibenarkan masuk kebilik saya (kecuali suami dan ibubapa) dan mereka perlu memakai penutup hidungdan mulut (takut saya kena virus dari pelawat). Saya ditahan lagi selama 10 hari utk dimasukkan antibiotik (ketika itu memang seksa).Akhirnya doktor mengatakan bahawa saya diserang virus Laptospirosis (virus kencing tikus) yang buleh merosakkan hati limpa, buah pinggang dan jika sampai ke otak buleh membawa maut.Ia masuk ke salur darah. Kisah Lanjut di SINI

Teruk gak kan jika terkena virus kencing tikus ni. Kesimpulannya di sini, jgn terlalu kerap makan di tempat2x kotor ye kawan2x terutama restoran yang suka ternak tikus besar gedabak.Igt agi dulu masa blaja kat Melaka ada 1 restoran ni mmg sedap la dia punya makanan tp bila tgk keliling wuhaiiiiiii byknya tikus besar godang! Kat KL pun aku ada jumpa 1 restoran ni mmg hebat ternak tikus godang, tp makanan sedap. Hurmm..camna gayanya tu??

Renung2x kan kawan2x. Dan jaga kesihatan anda. Zaman skang ni penyakit datang xtentu. Ikut suka mai serang je. Wallahualam
UPDATED:

Di katakan Dr.masih belum mengesahkan virus yang menjangkiti Din Beramboi itu. Di katakan demam denggi berdarah. Walau apa pun penyakitnya kita berdoalah agar Din Beramboi kembali sihat seperti sedia kala. Dan kita yang masih sihat ni. Jaga kesihatan kita ye. Pesanan untuk diri sendiri juga ni.

Truely
Munirah Abd

30 March 2010

Itu Muka Saya!

Salam;

Yeahh berjaya juga org capture screen muka ku di banner digi itu (Digi Prepaid So Easy To Be Famous). muahahahaha i like. dah lah tu muka bersama2x dgn Heliza lak tu. tapi aku rasa tu fake profile kut. sbb xkan Heliza nak masuk gak kut sah sah dia dah glemer.. ngegeg.

Yang berjaya capture banner yg ada muka ku itu adalah kerol..rakan opismate merangkap classmate masa kat UTeM dulu. gila ko kuar banner tu ada dlm forum tu weii..dekat thread JAVA tu weii.. wahhh tau tau je kan aku suka JAVA kan...bagus bagus..i likeeeeeeeeeeeeeeeeee.. ok i follow sekarang!!




yang happy
Munirah Abd

29 March 2010

Normalisation. (cont'd)

Salam

ini adalah sambungan entry mengenai Normalisation yang lepas.untuk mengetahui tentang apakah Normalisation itu.

Sila tonton video di bawah.


video pertama ni terangkan maksud je dulu. di bawah ni pula cara cara nak buat normalisation.




Kurang jelas sila tanya. Minggu ni dan minggu lepas pulun topik ni untuk student database ku. Buat sekali 2 latihan belum tentu boleh paham topik ni. Harus lenjan mereka dgn byk latihan.dan aku pun harus pulun sediakan soalan soalan. ngege.

Selamat Belajar.

prihatin;
Munirah Abd

28 March 2010

Apa itu EARTH HOUR?

Salam

apa itu EARTH HOUR. haih kome ni itu pun dok tau. EARTH HOUR adalah hari utk bergelap.ngege.. ok maklumat lanjut ke sini EARTH HOUR

dan ini pula adalah Earth Hour 2010 Official video



Selamat Bergelap demi Bumi kecintaan kita



Fakta:Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac




yang sayang bumi

Munirah Abd

26 March 2010

SNSD - Run Devil Run

Salam;

Kerja kerja juga. Hiburan sekali sekala usai lupa

mari joget joget dgn SNSD. Practice make perfect.
hahha pasti liuk lentuk dapat menari macam mereka after this




have fun ^___^

love;
Munirah Abd

25 March 2010

Normalisation?

Salam;

Apa yang korang paham tentang Normalisation?

hurmmmmmmm..

love;
Munirah Abd

24 March 2010

1st time ngajar. apa perasaan?

Salam

ye isnin lepas 1st time ok di beri tanggungjawab bercakap depan student.wuhaiii.excited mmg excited tapi ketaqnyaaaaaaaaaaaaaaaa ya ALLAH hanya tuhan saja yang tahu.debar mmg debar weii..macam nak buat presentation. tapi kali ni presentation untuk bagi org paham sampai leh jawab dalam exam. kang xpaham xleh jawab dalam exam.kalau xleh jawab dalam exam apa jawabnya? x pass exam la jawabnya. uishh bahaya bahaya.

masa dalam kelas banyak kali ulang ayat
  1. "Kalau kamu semua tak paham kamu tanya tau"
  2. "Kamu semua paham x?"
  3. "Ada apa-apa soalan x?"

alhamdulillah kelas yang satu ni mmg respond yg sgt bagus. aktif dalam kelas. mmg depa tanya pulun la kasi paham.ok bagus I like. yang lagi satu kelas tak tau macam mana gayanya. sbb dari pengamatan selama aku ikut lecturer senior kelas yang satu ni macam pasif sikit. hurmm macam ada sedikit bahaya di situ. ye lah kalau mereka pasif pasti xkan ada soal jawab kan. kalau xde soal jawab mesti aku susah nak tau adakah mereka paham atau tidak? hurmm harap2x semuanya ok ok belaka. ameen ameen.

yours truely;
Munirah Abd

23 March 2010

Smile

Salam;


my reader mmg "beautiful" kan.. hehe sapa xbaca blog ni x"beautiful" ker??

Peace yaww!

yours truely;
Munirah Abd

22 March 2010

Modulus & Division

Salam;

1st thing 1st aku perasan ada student yang macam blur dan tidak tahu untuk differentiate between modulus & division. So aku assume ada juga pelajar di luar sana macam blur blur tentang modulus & division ini.

Berikut adalah simbol yang di gunakan dlm programming utk membezakan modulus dan division


Division /
Modulus %

Di dalam programming modulus adalah untuk mencari baki yang telah di bahagikan (division)

cth 1 :

x= 4%3

x= 1

cth 2:

x= 11%3

x= 2

Manakala division pula adalah bahagi biasa.

cth 3 :

x = 4/3

x = 1

cth 4 :

x = 11/3

x = 3

Jelas sekarang? Jika masih kurang jelas sila kaborkan. Kang aku syok sendiri kang.  Modulus dan Division ini termasuk di dalam topik  Arithmetic Operators which the main topic adalah Operators. Operators ni sebenarnya ada 4 jenis iaitu:-


  1. Boolean operators
  2. Arithmetic operators
  3. Equality operators
  4. Assignment operators

Simbol Arithmetic Operator yang lain ialah +,-,* Actually ni macam sama je dgn matematik yang kita pernah belajar kat sekolah dulu. Igt kan kalau kita jumpa kurungan () kita kena utamakan kurungan dahulu ,kemudian di ikuti dengan / , %, +, -

Simbol untuk operators yang lain lain bincang lain kali k. Entri ni just nak tekankan tentang perbezaan modulus dan division je. Sbb aku perhatikan ramai student aku cam blur blur dgn modulus dan division ni. Division tu ok lagi bila tang modulus masing2x gelupur blur. (ngege sama gak arr cam aku jadi student dulu. blur gak. )

Apa-apa pun 1 je nasihat utk mahir dan cekap untuk topic Arithmetic Operators ni, kamu kamu semua kena selalu buat latihan. :D



untuk yang tidak pernah mengambil subjek programming tapi ingin tahu tentang topik yang aku bincangkan ni boleh je kemukakan soklan.mana tau berminat ker nak blaja programming kan. aku ajar teori je dulu. kang dah pandai kita masuk buat code pulak ye. :D


yg cuba membantu;
Munirah Abd

Digi Prepaid So Easy

Salam;

Saya masuk ini.hehe masuk suka suka. So Easy To Be Famous. Be adored be millions

Konon macam nak gambar kuar dlm banner digi arr konon. ala banner yang macam ni .



Caranya sgt sgt mudah masuk website ini http://www.digi.com.my/prepaidsoeasy/
Kemudian kamu pilih la ikon Be A PhotoStar

Then nanti ada step by step kamu ikut je step2x itu ok.

Selamat Mencuba.
psst if jumpa banner ada gambar aku ngan Hanif kaborkan eh. Kalau dapat printscreen pun ok gak. Ngegege :D

yg excited;

Munirah Abd

19 March 2010

2NE1 - Try to Follow Me

Salam;
2NE1 punya vid baru. suka suka. Terima Kasih Nadatul Iffah bagi update mengenai vid terbaru mereka ini. Mari-mari kita joget joget gembira dgr lagu ini. Lupakan apa-apa yg boleh menyebabkan kita sakit otak.Ayuh. Lets dance togather. wuhuhuh..



with lots of fun;

Munirah Abd

Internet @ Ipoh

Salam;

Hooyeahh..

Syukur al-hamdulillah internet sudah aku pasang di rumah sewa Ipoh ini. Oh boleh dapat online sampai lebam. sebab apply yg 1MB punya. haaaaaaa amik ko.boleh download cerita sampai lebam.oh ku suka.No more jealous dengan kawan kawan di KL yg gumbira tgk Gossip Girl. he he he


Eh tadi try download Gossip Girl episode 14 season 3 laju gila weii.. start download pkul 7pm dan habis download setelah aku selesai solat maghrib+baca yassin sekali iaitu end around 8.20pm hebatkan laju..haha ku cintai streamyx. tapi jgn awal2x je ko ok.dah lama ko buat ngok ngek.tp xkut.sbb selama ni kat Banting alhamdulillah boleh la laju kat KL pun aku ada pasang gak.boleh tahan la.byk gak cerita cerita yang aku download.semuanya ok.apa-apa pun streamyx gak la yang ok. segala mak nenek broadband hampeh tak best!! bayar mahal service tahi! apa kes?? huh

ok mari start download desperate housewives yang dah ketinggalan 3 episode(walaupun xlama lagi 8tv nak tayang season latest tp lambat sgt xleh tahan kena download gak..hahah). ok gigih gigih.



btw aku amik yg latest promotion streamyx tu. huhu.apa-apa pun service Streamyx Ipoh adalah sgt pantas kebabom.apply last week dah dapat this week! ok cintakan TM streamyx sekarang!


with love love love love;

Munirah Abd

15 March 2010

Student Cuti. Lecturer?

Salam;

ye minggu ni student poli cuti. tapi kami sebagai lecturer harus keje. Nak buat apa erk??

ada idea kah?
tp mcm kena pahamkan cara-cara nak buat jadual waktu..hurmm itu mmg wajib la kut.. aktiviti sampingan?? haaha nak gak aktiviti sampingan..

adoii dah rasa kebosanan dah nii weii..xpe muka buka kan ada..muahaha..mampus o_O
kang kena pelangkung kangg Munirah oiii..hahhaha :D

ok ok rajin rajin buat kajian ttg subjek yg di ajar pun ok gak kan..
ok bertindak sekarang! :p

p/s:erkk rajinkah??

with lots of blurry;
Munirah Abd

09 March 2010

Lecturer = Student ?

Salam;

mahu share pengalaman ni.
mari dengar..nak gelak pun boleh. xde lah lucu sangat pun :(

situasi 1:

mahu masuk bilik staff untuk urusan pentadbiran,masuk pula laluan staff di tegur seorang lecturer senior.

Lect Senior:Betul ke kamu masuk sini?(pandang mcm nak makan..takut sehh!!)
Lect Baru: Betul la masuk sini (jawab sloww je..cam takut hahaha siot)
Lect Senior: Betul keeeeeeeeeeeeeee? (nada mmg nak marah dah tuu..)
Lect Baru: Errr..saya staff baru!! (jawab takut2x..hahaha)

lecturer senior tergamam kemudian senyum kambing malu malu..


Situasi 2:

masuk kelas. Duduk diam2x di belakang. sbb masuk perhatikan lecturer senior ajar. tgk cara mereka ajar. Di sapa oleh seorang student.

Student:Kamu kelas sini ker?
Lect Baru: Saya lecturer baru kat sini. (jawab harus yakinnnnnn!!)

student terkesima terus duduk di tempat beliau


adoii..aku ni masih nampak cam student kah? xde ciri2x pendidik kah? dah agak dahhhhh..mesti terjadi punya la kejadian seperti di atas..haihh kesabaran la mak nokkkkkkk.. xpe baru seminggu..kang dah sebulan kalau student igt aku ni student gak xtau la nak ckp apa lagi dah.. :(


with full of confuse;
Munirah Abd

05 March 2010

Apa Jawapannya

Salam;

soalan IQ yang mudah yg boleh buat org keliru

makanya rasanya apa jawapan bagi 2%3 kawan-kawan yang bijak pandai??

with full of concentrations
Munirah Abd

04 March 2010

Lecturer??!

Salam;

Ye saya sudah berada di ipoh dan sudah memulakan tugas baru. Aku kekok lagi ni.. haha xpe xpe berusaha dgn sebaik mungkin heeh..oh aku di tempatkan di Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi PUO. AJar subjek apa? hahaha mari gelak.
Oracle , Principles Programming dan Fundamental of IT. ngeghnegehhh.. :D
baiklah ni quick update sat je ni.. nak siapkan FRP. heheh..

daaaaa

sayang korang mmuahhh

with love;
Munirah Abd