30 September 2009

Directory

Salam

T___T as you know my Directory blog damage already coz of my "lalai" la
konon hebat dgn hanya bermata "kuyu" tahan mengantuk I can edit my blog..
but what did I do is mengkucar kacirkan blog itu!!
Yes aku telah menjahanamkannya!!!

N aku  didnt do any bakcup template!!

good meh!! hahah padan muka aku  kannnnnnnnnnnnn!!!

ok now I would like to announce I have my new directory's blog!!

hahah yes I did another one Directory's Blog
tapi masih lagi ada link link yg belum di masukkin di dalam Directory's Blog itu
and need to do some layout renovation too :D

insyaALLAH by this week aku akan cuba sedaya upaya utk memasukkan link2x blogger tercinta ke dalam Directory's Blog itu

jadi do change the URL of my Directory's Blog

Sekian, Terima Kasih

p/s :
by the way di blog utama tidak akan di masukkan link2x bloggers..
harap maklum..kesemua link bloggers di masukkan di dalam Directory's Blog
ini adalah kerana memudahkan aku  memantau blog2x anda..
pendek citer sng nak jengah blog korang la..
kalau letak kat main blog ni..nnti slow la pulak blog ni..
dah lah dah banyak komplen yg ku terima pasal kelambatan blog ini..
dan di harap dgn layout baru pada blog utama ini akan melajukan lagi pelayaran anda di blog
aku  ini.. :P

with ♥ ;

29 September 2009

Gambar raya lagi dan lagi

Photobucket
the 'skema' picture from umi & her siblings..not in this picture only mak andah
Photobucket
oopsieee..hehehe the non skema from them..
aren't they look so lovely with happiness faces
Photobucket
yeahhh we are gorgeous!! hahahha everyone in this picture are my lovely lil cuzies!!
Photobucket
my lil' cuzies with my mom

Photobucket
the 'chembek' boy.. heheh
Photobucket
she love to pose!! yeahh she do!!

Photobucket
do contact me if you one to know more about them..hahahha
hey hey dont u dare ok!!

with ♥ ;
Bulan Bintang

28 September 2009

Saudara Mara

Salam,

Photobucket
ini adalah gambar saudara mara jauh.jauh xjauh sgt lah..its saudara mara from umi's side..n arwah atuk dom's side..cantik cantik kan kami..hahahha..muntah darah lah korang semua baca statement tu :p eh tapi betul..dulu arwah onyang (pompuan) kami di kenali sbg "PUTERI GUNUNG LEDANG" .Ini adalah kerana kecantikkan onyang yg tiada tandingan..wahhhhhhh gitu..dan juga arwah onyang (lelaki) juga di katakan amat handsome!! yeahhh..no wonder lah..arwah atuk dom's dulu adalah amat handsome dgn hidung yg sgt mancung..terletak cantikkk je hidung atuk..:P ok ok tau korang semua nak muntah je kan baca ni semua..hahah ala sharing is caring..kasik la peluang utk kami cucu cicit ni perasan cantik..sekali sekala je pung..kata HARI RAYA kan..semua org akan kelihatan cantik berseri-seri..korang juga pun sama cantik berseri-seri..bercahaya2x muka tu semua kan kan kan.. :D hiks nak citer lagi..ini baru sikit ye saudara mara..ada bykkkkkk lagi..dan kami semua adalah cantik dan handsome.. (bluwek sekarang..muahahha) eh eh betul..ada saudara belah ayah kan..bila jumpa je saudara mara umi yg cucu cicit semua ni kan..siap cakap lagi "cantik2x nya belah kak long ni" :p (kak long is my umi :D) see see I tell you..ok ok dah enuff puji.. :D

Photobucket
ok ini pula adalah gambar family ayah..tiada dalam gambar ini adalah paksu nordin ngan pakcik nasir..paksu nordin xraya sgt sbb wife dia amik master n ada exam masa raya ketiga rasenya..n pakcik nasir pula kali ni turn beraya ke kelantan..hikss..family sblh ayah ni banyak laki..aku xde gang sgt nak gossip bila kat kampung ayah ni..yang sebaya adalah lelaki yg sengih melampau tu..nak gossip apa kalau ngan dia tu..haih takde sesgt..si along yg control macho tu pulak..lagi lah..bola bola bola..bosannn....plus I kan pemalu ngan ramai laki ni..muahahahha...takde takde..actually xde gang sgt..with aunties2x aku ok je..cuma rapat xrapat la..sbb jarang jumpa..apa-apa pun family ayah best sbb masih dapat duit raya yawwwwww!! boleh lah cover sikit duit raya yg telah di beri..hahaha..eh eh belah ayah pun ramai cantik2x dan handsome2x kan.. lalalla

ya ampunnnn..ini entry puji keluarga sendiri ye..harap maaf lah (ada pulak kang yg boikot blog aku sbb suka puji keluarga sendiri kangg)..SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN..tahun depan mahu puji lagi :D



with ♥ ;
Bulan Bintang

26 September 2009

Pemberitahuan

Salam,

Di sini ingin  maklumkan bahawa Directory Blog  dah hancur :(
ini adalah kerana aku sgt hebat edit2x coding ketika mata kuyu utk katup.

oleh itu anda layan lah dulu erk Directory Blog  yg kelam kelibut tu..
ianya masih boleh berfungsi utk ke link2x blog org lain
cumanya keindahan blog itu tidak ada lah
dah lari2x..buat masa ini tidak dapat nak godek2x lagi

hari ini adalah busy sedikit.
kerana ada mini open house di rumah utk siblings umi dan ayah!!

yeahhh meriah meriah
ini baru raya!! lalalala :D

ok insyaALLAH mlm ini aku godek2x itu Directory Blog Cik Mun
dan berkemungkinan besar url blog juga akan di ubah mengikut kesesuaian semasa

Sekian,Terima Kasih


with ♥ ;

25 September 2009

Wajah Baru

Salam,

setelah sekian lama  xde buat perubahan pada kulit blog ini..
dan kali ni  buat perubahan sikit..

  • apa macam ada ok x??
  • kemas x??
  • serabut sgt x??
  • lambat loading x??(kalau connection slow mmg lambat ok.. :p)
  • macam matang x?? (apakah??)

haaaa byk soklan ..sila sila beri kritikan yg membina ye..
oh buat link link bloggers..kali ni aku buat pembaharuan sikit
di mana kesemuaaaaaaaaa link akan di masukkan ke dalam Directory Blog
termasuklah blog blog yg aku join...yg ala-ala komuniti tu kan
haaa semua  sumbat kat Directory Blog
sng sikit  nak pantau
sblm ni pun since ada  selalu je klik2x link bloggers kat Directory Blog
jarang bebenor klik dlm blog sebenar..hikss
sonang sikit xde lah serabut2x kan..

so di harap semuanya ok..dan paham paham semua
yg nak exchange link just bagi je tau..
then aku akan letak link anda di Directory Blog
tapi korang jgn amik link Directory Blog  plak utk exchange
amik link http://muniiera.blogspot.com tau...
ini yg blog official.. itu hanyalah Directory Blog

oh jgn lupa bagi kritikan membina ye
apa-apa yg hendak di tambah atau di buang juga sila bagitahu ok
nnti akan di pertimbangkan oleh aku

nak godek Directory Blog 
nak tukar perubahan utk juga :D
sementara ada masa ni baik buat
kang busy terlajak harammmmm nak usik =_=


with ♥ ;

24 September 2009

Promosi Makanan

Photobucket
ini adalah makanan yg di masak oleh umi untuk hari raya
dan semuanya sedap sedap belaka

layer cake umi juga terbaik

any one mahu tempah the layer cake??
di jamin sedap !!!

with ♥ ;
Bulan Bintang

23 September 2009

Syawal 2009

Salam,


4 Syawal kita hari ni..
so bagaimana dgn raya anda??
ada meriah?? ada best?? ada gembira??

Aku???
personally this hari raya like kelam kabut sikit
hehehe..bukan apa aku dah lah balik Banting jumaat malam
so mestilah dah kecapitan kan..hari sabtu dah sibuk sibuk
pagi sabtu je aku g servis "ATAN" with ayah.
then balik tlg umi prepared all the dishes for hari raya
sambil sambil tu pasang langsir bagai..pasang kat tingkat bawah..
tingkat atas mmg xsempat nak pasang sbb dah penat like penat yg gemalai!!
siyes mmg penat sesgt..so langsir atas decide pasang after balik dari kampung..

oh pasal 1st raya..our raya tahun ni like i said sgt kelam kabut..
pagi raya after sembahyang pack2x barang terus berdesup g klang
sampai nak salam-salam for pagi raya pun lupa tau!!
nasib baik ayah igtkan!!
see..betapa kelam kabutnya sampai lupa yg wajib tu O_o

berdesup ke klang utk menziarahi opah yg telah di post ke klang terlebih dahulu
ye lah kami semua mahu balik ke n9..
jadinya hantar opah ke klang pula utk di jaga
di klang opah tinggal di rumah maktih yg cantik..(hehe rumah baru la :D)

after makan makan senak senak perut..buang buang apa yg patut
kami mulakan perjalanan ke n9
wow!! its my 1st time drive utk perjalanan yg jauh!! wooohoo
pengalaman pengalaman yg sgt sgt berharga dan penat =_=

sampai sampai rumah wan di n9 adalah agak ptg
tetapi ayah ajak juga beraya ke rumah wan tih(late atuk punya kakak)
& ke rumah bik??(lupa la nama bik tu apa.. :p)
kemudian balik lah dah maghrib dah..esok sambung raya :p

2nd syawal pula adalah masa utk gathering family ayah
ye ini adalah tradisi utk family ayah..
gathering bukan sebarang gathering
tapi gathering yg ala-ala membuat ucapan
then berucap lah bagi update family masing2x..ha gituuu

personally aku cam bosan dgn gathering2x ni..
but wut to do..its tradition from my late atuk aji..
so nak xnak have to follow it..
tp ada juga positive side yg bagus dgn gathering ni :p
likeeeeeeee?? (biar sahaja ku yg tahu hahahha :D poyoss)
aku bosan because they always talk the same thing =_=
tp xpe after the gathering its time to maaf maafan!!
ok this part aku mmg suka yg xsukanya kalau part dah bergenang tu T_T
rosak make up I yoooouuuuu :P

eh eh this year even though aku kan dah keje..
but I still received duit raya yawwwwwww!!!
n this year its my 1st year giving my lil cuzies duir raya!! ngegegge
rase macam best je bila kita memberi kan..
walaupun xbyk ianya sgt berharga buat diri aku bila dapat memberi sikit

xpe next year doakan rezeki lebih so blh dpt lebih skit.. :p

ok ok  rase cukuplah setakat itu sahaja updatenya
ini adalah kerana macam dah panjang sgt cerita ni..haha
(sebenarnya dah malas nak citer =o=)

tp yg pasti u guys boleh tangkap kan citer aku ni
iaitu Hari Raya ku yg "kelam kabut" but still enjoy n fun :D

oh one more thing..
dis hari raya xbyk gambar
ok itu adalah sedih ok..
ayah's family macam xsuka bergambar sgt
diorang suka sikit2x je
different like umi's family yg suka bangat bergambar..

oh aku rindu hari raya tahun lepas yg BEST!!!
sbbnya byk gambar..hahhaha :D

Photobucket
ok ini adalah 1 gambar sahaja yg di letak..


gambar lain lain adalah di dalam facebook


maaf entry penuh celoteh sbb kat kampung xdpt nak update..ater line sgt slow gilos..nak bukak page makan masa sampai connection pun terminate jadinya kesimpulannya takyah update peram kan ajer cerintanya hehehhe :D

with ♥ ;
Bulan Bintang

18 September 2009

Salam Aidilfitri

Salam;

Photobucket

selamat balik kampung rakan2x
moga perjalanan anda utk pulang ke kampung di berkati Allah
dan berhati hati di jalan raya tau!!
pandu cermat jiwa selamat


Sekali lagi maaf zahir batin ye jika ada terkasar bahasa semua
kita 0-0 kembali ye :D

ps:raya ni aku dan 2 org lagi rakan sekerja "bertuah" kerana terpilih utk standby pada hari raya..kami akan bertugas mengikut jadual yg di tetapkan..nasib baik standby offsite..jika onsite??!! apa-apa pun ini adalah pengalaman pertama aku buat kerja standby support2x ni..support utk 3rd level...huarghhh cuak weiii..siyes CUAK!!xpe xpe..take it easy..xtau n xpaham kita calling2x org yg lebih arif..muahahhaha ;p aku kena standby pada hari raya kedua,kelima dan kelapan :(

Ini adalah sticky mode untuk seminggu ye kawan2x
Entry baru ada di bawah tu :D cuma perlu scroll sikit je

with ♥ ;
Bulan Bintang

17 September 2009

Safety First

Salam;

Syawal yg bakal tiba tidak lama lagi sudah pasti amat di nantikan oleh seluruh umat Islam..Pastinya amalan ziarah menziarahi ke rumah sanak saudara akan berlaku secara kencangnya..ye lah..mana lah tau kita jumpa sedara mara ni pun setahun sekali je kan..lepas raya masing2x dah busy dgn aktiviti harian masing2x..Namun dengan keghairahan kita nak menyambut syawal ni jgn lah kita lupa akan kesihatan diri kita..

Lebih lebih lagi dgn huru hara kes H1N1 ni..
mmg lah nampak macam dah reda sikit kan...
tp jgn di pandang enteng dgn penyakit ini..
harus di pandang serius!! ye lah kalau blh sedaya upaya kita nak elakkan... :D

makanya sempena syawal ni..jgn lupa jika ziarah menziarahi tu pakai lah mask bagi yg ada selsema..ini di takuti akan di jangkiti kepada org lain..(kalau xada selsema tapi takut di jangkiti pakai je lah..) aku hanya pakai bila ada selsema..hahah..xpun akan jadikan sebagai tutup mulut bila nak bersin.. :p ye lah rimas kan pakai mask ni..saya memahaminya.. :D

Photobucket
see semangat pakai mask ni..heheh..

selain itu pastikan sanitizer sentiasa berada di dalam tas tangan anda :D eh sanitizer ni elok tau..bukan nya tunggu ada virus je baru nak pakai sanitizer ni..sblm heboh pasal H1N1 lagi aku dah amalkan pakai sanitizer ni..lebih lebih agi kalau kita g kedai makan kan..mmg lah dah nasuh tangan tu ngan air sabun semua kan..tp kadang2x tatap bau..jadi ini lah gunanya sanitizer...basuh lagi sekali.. hehehe..

Photobucket
beli lah brand dettol sbb ianya best..tp harganya humanghaihh kemain mahal..tp utk kesihatan punya pasal apa salahnya kita melabur sikit kan..xrugi pun :p

akhir kata sayangilah keluarga anda..
elakkan penyakit berbahaya ini
mencegah lebih baik dari di rawati :D

with ♥ ;
Bulan Bintang

16 September 2009

Lagu Konvo katanya

Salam,

semalam punya entry adalah pasal persiapan konvo vs raya
ha kali ni meh aku tepek lak lagu konvo sempena raya ni..

ni adalah hasil nukilan Cik Sofia Jamaludin(ha dik nama penuh ku bagi :D)
lagu ini kalau nak nyanyi ikut melodi anuar zain ngan elina tu..
ala lagu Suasana Hari Raya tu la..ha gituuuuu
kreatip sungguh Cik Sofia ni..dah lah tu org nya pun cantik tp sayang pada teruna di luar sana beliau sudah berpunya .. :D (ngege Sop akk dah puji lebih ni ..sila belanja makan bila di Melaka nnti ;D)

selamat menyanyi rakan rakan :D

Graduan Laki:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba konvo kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di utem semuanya pulang ke melaka
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Graduan Pmpuan:
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari konvo walau di mana pun jua
Memberikan keseronokan dan menyentuh jiwa


Graduan Laki:
Graduan dan penampilan beranika macam
Peluang yang datang hanya sekali

Graduan Pmpuan:
Jubah dan sijil sila nikmati kawan
Penat belajar malam ke pagi

Graduan Laki:
Pensyarah dan Dekan jangan dilupakan
Yang memberi kita markah sampai berjaya

Graduan Pmpuan:
Asyik bersembang laki dan pmpuan
Hai nama dipanggil naik pentas pun tak sedar


ps: Cik Sofia kata kalau xsedap ke kelakar ke ubah ubah arr lirik tu dia xkesah pun.. :P .. n nnti masa hari kejadian kita akan minta Cik Sofia nyanyikan lagu ini..boleh kan Cik Sofia???(kelip kelip mata gatal :p)


with ♥ ;
Bulan Bintang

15 September 2009

Raya vs Konvo

Salam;

yeahhh Raya is just around the corner..wooohooo..
kita raya raya.. :p

then 2 weeks after raya aku ada konvo plak..
waahhhhhh double wooohoooo!! :D :D
tunggu lama gilos utk konvo ni..hampir setahun..perghhh..

kalau kat obersea kejap je kan..habis blaja je terus konvo siap-siap..
tp kat Malaysia ni..mmm ntahlah susah nak ckp..
xpe la at least konvo kan...

oh xsabarnya nak sarung robe..
28hb ni g amik gambar alumni..n amik robe sekali..
waaaaaaaaa siyes xsabar xsabar!!!


then 2hb plak ada raptai bagai..
3hb rilek rilek sat p amik family photo maybe..
4hb wahhhhhh ini adalah tarikh keramat ni..
tarikh di mana utk control cun,control jalan,gembira sampai nangis,bergambar sakan dgn kawan-kawan yg pastinya!! arghhhh tidak sabar ok!!! xtau nak gambarkan xsabar tu macam mana..excited konvo tu mmg melebih la dari raya ni..!! persiapan nak konvo lagi melebih-lebih dari raya..

ok di bawah adalah checklist utk konvo yg dah settle dan belum settle

  1. baju konvo - checked (tp rase cam nak carik lain..yg ada skang ni cam over ko nyah!!)
  2. kasut konvo - checked
  3. tudung konvo - checked (kalau tukar baju harus pastikan sama warna..hahah sbb xmo membazir beli lain ;p)
  4. money order - unchecked
  5. gambar alumni - unchecked
  6. amik robe - unchecked
  7. hotel - checked (ok ni mahu minta ayah sponsor :p)
  8. booked family photo session - unchecked (akan di buat dlm kadar segera!! yg ni minta umi sponsor la pulak ;D)
  9. pakaian dalam konvo - checked :p
  10. kajian graduan - checked *updated kajian graduan boleh buat di sini pada seiapa yg belum buat http://graduat.mohe.gov.my/kpgv4/index.jsp pastu nnti terus pegi kat log in atau log masuk tu yg ada button merah k.. :D

lagi apa eh..sila sila update jika ada yg tertinggal lagi.. :D
see..excited kan nak konvo..persiapan raya plak?? kasut raya xbeli pun lagi :(

aku gerenti abis la pastinya semua warga UTeM yg nak konvo tahun ni akan merasai apa yg aku rasa..lebih lebih lagi batch pertama nak rasmi dewan baru kat kampus tetap tu..wahhhhhhh double triple wooohoooo...ahh berganda ganda lah wooohhooo!!! :D (sampai rasa nak terloncat loncat sampai kena kat syiling.. ;p)

oleh itu dengan rasa tidak sabarnya aku buat counting days..hahaha :D








ps;adik adik ku yg di sayangi..pastikan mempunyai wang yg mencukupi utk membeli bunga kepada kakak mu ini pada hari bahgia kakakmu nnti ye..share-share kalau blh xmahu ;p (hahah demand..ye demand harus pasti :D) pastikan bunga itu adalah fresh ;D

pss;hahha excited konvo ni cam excited nak kahwin je kan??

with ♥ ;
Bulan Bintang

Perempuan juga insan biasa

Salam;

Baca entry ini sampai habis..kemudian baru nilaikan.. :D

Perempuan atau wanita atau gadis merupakan seorang insan yg biasa..
kami juga tidak sempurna..
nampak di luar begitu sempurna sifatnya..
tetapi kadang kala xlari dari kesilapan yg tak sepatutnya berlaku

Perempuan selalu bertindak tanpa berfikir..
menyerang tanpa usul periksa jika merasa tidak begitu puas hati dgn perkara itu..
Namun ada juga lelaki yg bertindak tanpa berfikir bukan!! :p (tajuk utama sekarang adalah PEREMPUAN..fokus pada PEREMPUAN.. :D)

Sifat Baran?? Salah satu sifat yg begitu command dlm diri kita yg bergelar insan biasa..bukan sahaja perempuan malah lelaki juga mempunya sifat baran..BOHONG jika anda lelaki tidak ada sifat baran!! :p (again..jgn menyimpang jauh ini adalah berkaitan PEREMPUAN!!)

Bertindak tanpa berfikir kemudian menyerang dgn sikap yg baran sampai menyebabkan seseorang terluka...Ya!! aku akui akan bersikap begini bila hormon badan ingin bertukar ke RED FLAG!! itu lah PEREMPUAN..

setiap kali RED FLAG menjelma ada sahaja yg tidak kena..
mengapa begitu?? sememangnya kami perempuan tidak inginkan benda ini berlaku..
tetapi sudah menjadi lumrah alam katanya jika RED FLAG kepada kaum adam AWAS la kamu semua kaum adam berjaga-jaga jika berinteraksi dgn kaum hawa yg sedang RED FLAG!!

tetapi tidak semua perempuan jika kedatangan RED FLAG akan bersikap sedemikian..ada juga yg lain caranya..cthnya KUAT MAKAN,SAKIT PERUT SAMPAI SEJUK SEJUK BADAN,LEMAH BADAN etc (xigt la apa lagi..) namun yg pasti kebanyakkan perempuan akan bersikap begitu negatif jika di datangi RED FLAG..

ada sahaja yg tidak kena..ini xkena ..itu xkena..
pantang di tegur,melenting la pastinya..
pantang xpuas hati,melenting la pastinya..

apa-apa pun jgn risau..ianya hanya berlaku pada peringkat awal kedatangan RED FLAG..tapi xsilap ada juga yg berlaku pada peringkat akhir RED FLAG atau di tengah-tengah..ikut hormon rasanya..:D

kalau tanya aku..selalunya adalah pada peringkat awal RED FLAG..jgn lah ada silap sikit pun..jgn lah kasi isu yg boleh buat kepala ini bengang!! jgn ada mistake walaupun mistake itu kecik!! siap la..!!! dah tak fikir siapa anda di sisi aku..pasti rajuk akan berlaku..pasti kata-kata yg membolehkan seseorang kecik hati akan tersembur keluar TANPA NIAT..ye TANPA NIAT tau..then bila dah tersedar akan rase sesal dlm diri..dan akan menangis di dalam hati tidak pun dalam toilet ;p sbb kesal atas tindakan bodoh itu..(selalunya akan tersedar dgn kadar yg cepat)

bak kata org tua terlajak perahu blh di undur..terlajak kata?? lu pikir lah sendiri(pinjam tagline sat ye Nabil :p)

tapi mesti ada org tertanya2x kan..kala dha tau macam tu..xnak berubah ker?? haihh bukannya lah xnak berubah semua..masalahnya ia dtg secara tak sengaja..ianya bagaikan hint nak dtg RED FLAG tu..ntahlah susah nak ckp..hanya org yg mengalaminya akan paham perasaan ini.. ;p

jadi ingatlah Perempuan juga adalah insan biasa yg tak pernah lari dari kesilapan
yg pasti kita semua la sng..lelaki dan perempuan xpernah lari dari kesilapan

yg pernah terkena kata-kata pedas dari aku..sempena bulan baik ni..aku nak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki..mulut ku ini kadang kadang pedas..tapi hati ku baik :p..dan mulut ku pedas hanya pada RED FLAG itu sahaja..hari lain xde pun..hari lain aku menjadi diri sendiri yg ceria ....hoooyeahhh

motif entry: berkongsi info pada si teruna yg single mingle ..nnti tiba-tiba ada aweks terkejut tgk aweks cam singa bila masa-masa tertentu :p


 Kekasih hati dah paham dgn aku..jadinya jika dah nak dkt2x tu kebiasaanya beliau akan sediakan payung dahulu..hahah..takut kena tempias :D kadang2x terkena gak dia tu..hahha..eh eh..tapi I majuk ngan U kejap je kan? I marah2x U pun kejap je kan? :p

pss; Maaf ayat macam berterabur sikit..konon konon nak tulis ala-ala paka motivasi tapi macam xmenjadi je..hikss...takpe blh cuba lagi ..BERUSAHA!!

with ♥ ;
Bulan Bintang

14 September 2009

Happy Birthday Blog

salam

Photobucket
konon2x busy.. :p
(pic kredit to Hanif )

aaaaa punya lah kan busy yg memanjang kan..
xsedar rupanya 11/9/2009 ari tu adalah besday blog saya..

2thn berblog guna blogspot niee

mmm bila la pulak nak berblog guna hosting ni..
emmm itu later la..sbb ari tu dah nak buat..
tp pk pk balik hits blog aku bukan tinggi sgt pun..(ini adalah alasan tahun lepas)

xpelah nnti terbukak pintu hati akan ku buka blog menggunakan hosting sendiri :D

anyway HAPPY BIRTHDAY
nak buat apa eh sempena 2thn birthday blog ni??

contest?? xde idea nak bagi contest apa..
xpe later aku pkkan ok..hadiahnya topup rm10..hahah

ok la kan dari nan ado!! :P

hahaha..aku ni poyo je kan..kejap kejap I,kejap2x Saya,pastu tukar lak Aku,n yg latest guna kata ganti diri aku..ngegeg..xpelah kan..kita variasi bacaan kita kan..baru meriah gituuu..lagi pun xdela penting sgt kut..yg penting ianya molek di baca..kannnnnnnn?? :D

lepas tu dulu gila main main emoticon..skang ni guna light2x je..n xguna langsung..hheheh..konon nak jadi matang skit :p

lagi apa lagi eh perubahan sepanjang 2thn ni..eemm?? layout?? layout byk kali tukar..
dan layout yg ini adalah lama gak lah..sblm ni suka guna layout classic..konon2x main ngan html..pastu skang ni guna yg XML..nak mencabar diri la konon guna XML ni..
haha tp xmencabar sgt pun..byk main copy paste :p

so itu lah sikit sepanjang 2thn berblog guna blogspot..



terima kasih kepada anda.ya anda yg sudi sudi menziarahi teratak ini walaupun kebanyakkan entry merupakan kisah kisah peribadi yg xdelah best..cuma sekadar hiburan semata..kadang kadang je ada ilmiah skit..di harap anda tidak bosan menziarahi blog ini..

terima kasih sekali lagi.. :D

Saya sayang anda semua..meh meh hugs ramai ramai..mmmmmmmmmmmppppphhhhhhhhh


anyway THANKS pembaca :D

with ♥ ;
Bulan Bintang

Berbuka Sana Sini Situ

salam

Amaran:sblm memulakan pembacaan anda entry ini adalah agak panjang kerana ianya berbentuk entry gabungan..heheh...maaf lah..gabung pun jadi la kan.. :P

haihh lamanya cam xberhapdet kan blog ini..
ngegge ini adalah kerana tahap kemalasan tahap dewa adalah sgt melampau..
di samping sibuk menonton anime prince tennis di laptop..
lama sungguh aku xlayan anime..last layan adalah masa tahun 2 semasa di UTeM dahulu..oh sungguh lama rupanya kan..ye lama..lama lama..(hahaha mengada nak banyak kali mention LAMA!!)

baiklah,
berbalik kita pada cerita asal iaitu Berbuka Sana Sini Situ
ya ampun ibuk ibuk sekalian..jemputan berbuka adalah sgt byk minggu lepas..ngegeg jemputan lah kononnya kan..(padahal ngekor org punya majlis!! hahaha)
kita mulakan pada hari Khamis punya berbuka..
ini adalah jemputan dari sekolah Angah..(CADS Centre) hehe
memandangkanlah angah nak balik dari hotel tu xtau macam mana tu yg dia dok angkut kakak dia..kebetulan si kekasih hati berada di KL..aku pun angkut sekali Muhammad Hanif tu..

Kami berbuka di Hotel Grand Season..
pada mulanya igtkan berbuka puasa ala-ala biasa pun xterpk pun ala-ala cam grand-grand bagai ke ada press semua kan..so aku n Hanif memakai baju yg agak sempoi gilos..
bila sampai je kat Hotel itu kelihatan ramai tetamu yg anggun bergaya memakai baju kurung cantik cantik dan memakai kemeja atau berbaju melayu bagi yg lelaki yg boleh menampakkan mereka kelihatan sungguh hensem!!!tp......aku n Hanif..uwawawwa kami adalah serabai!!!

patutlah pada awal-awal lagi Hanif dah rase lain macam..rupanya kami dah tersalah tema..aku hanya memakai tshirt beserta cardigan pink dan berseluar Pak Jin..dan Hanif pula memakai tshir round neck juga berseluar Pak Jin..lihat!!! kami sungguh serabai kan!! malu tu mmg tak terkata..tp di sebabkan mahu berbuka sedap punya pasal..abaikan malu semua :P

rupa-rupanya majlis yg kami pergi itu adalah anjuran Pusat Zakat Malaysia..mmg angah ada mention pasal pusat zakat semua ni..tp tak terfikir pun yg bakal hadir pada majlis tu pengarah pusat zakat..patutla ramai org usung kamera besar gedabak yg lebih besar dari kamera gedabak aku..haihhhhhhh rupanya press pun ada dtg buat liputan...ngegege :D

apa-apapun yg penting selamat juga berbuka pada hari itu walaupun terasa diri ini agak kerdil sekali.. :( makan byk atau sikit?? walaupun terasa diri kerdil kuantiti makanan yg di ambil mmg secara TAMAK!! hahahha..dulik dulik..bukan kita bayar pun...hahahha (haipppppp amalan SYAITAN itu!!! eh bulan puasa xde SYAITAN ..itu adalah NAFSU!!!)

berlaih pula berbuka pada hari jumaat yakni keesokkan harinya

kali ni xmahu di malukan lagi..hahaha so telah siap siap memakai baju kurung yg agak ayu bila aku memperagakannya :P ok kali ni punya berbuka adalah invitation dari kawan baik Hanif..dah alang-alang dia kat KL ni so dia nak ajak berbuka kawan dia tu..n memandangkan kawan dia adalah seorang press dan agak kebusyan n sukar mencari masa utk berbuka bersama..jadinya kawan Hanif telah menyeludup kami masuk bersama ke majlis yg kawan hanif kena cover pada hari itu..majlis itu adalah majlis penghargaan kepada atlet pelayaran Malaysia yg telah memberikan pencapaian yg cemerlang di luar negara..hiksss..oh ya kami berbuka di Hotel xigt hahaha yg pasti dekat ngan hentian putra :p

walaupun baju telah mengikut tema tapi masih macam cuak-cuak..Hanif suruh aku berlagak macam press juga utk mengelakkan kecuakkan..hahhaa..belasah je laaaa.. :p
kali ni amik sesi makanan yg berat berat adalah agak lambat...kerana mereka bagi kami berbuka dengan juadah yg ringan ringan sahaja..sbb nak teruskan majlis penyampain saguhati kepada atlet dan majlis bergambar..nasib baik sesi press conference selepas makan-makan nasi..jika di teruskan juga selepas itu mahu saja ajak Hanif kelaur carik nasi!! hahaha..oh makanan adalah sedap tp biasalah TAMAK!! :p

seterusnya majlis berbuka puasa bersama teman teman UTeM

ha kali ni punya berbuka puasa kena keluarkan duit..hahaha jadi istilah TAMAK juga perlu ada sbb kita mengeluarkan duit yakni sekepala rm15 sahaja di restoran Big Mama di Kg Baru..makanan juga adalah sedap tetapi byk sgt sup sup la...tapi boleh la..dari nan ado kan..hehhee..selesai makan makan adalah sesi bergambar secara gilos.tp sblm tu kami pergi lah solat dulu ..haihhhh.. :p

sekian entry panjang lelebor ini..moga anda terhibur dengan celoteh merapu  ini.. :D

p/s : maaf lah takde pic utk entry membebel ini..ngegeg malas upload..pic adalah di FACEBOOK :p

with ♥ ;
Bulan Bintang

08 September 2009

Twitter at Everywhere

salam
twitter at everywhere???

huh skang ni kan..twitter ni agak femes kan?? semua org ckp pasal twitter..
dan  pada mulanya aku ngan twitter ni buat ikut syarat je register..
aku mmg suka explore benda benda baru..mula-mula nampak cam interesting gak lah..
tp memandangkan pada peringkat awal cam aku je beria-ia ngan twitter ni..So aku pun ala-ala laaa..but lately aku perasan macam twitter ni dah makin berkembang kembang..membiak biak tanpa kawalan..semua org asyik perkatakan twitter!! Jadi apa lagi..aku pun kembali aktif dgn twitter..wooohooo!!!

kronologi Munirah Abd dgn twitter

  1. update status pada mulanya masih menggunakan kat web twitter sendiri http://www.twitter.com
  2. kemudian beralih kepada plugin twitter di firefox..aku guna twitterfox je masa ni
  3. dan jika perasan status kat Facebook aku rajin tol berubah2x kan..tapi aku mana update status Facebook dlm tu pun..semuanya hanya melalui twitter..aku buat redirectkan dari twitter ke Facebook status..sonang dan mudah..sbb tu jika anda perasan kadang kadang ada RT @bla bla bla bla bla kat status tu kan.. RT tu means Retweet kan balik status org..haa gitu :P
  4. pastu beralih pula kepada twittergadget ..yg ni aku guna je sampai skang..sbb BEST!! ini adalah RECOMMENDED!!
  5. up kan lagi ngan twitter sms
  6. guna plugin twitter ke YM pula (ni sebenarnya dah buat lama..tp cara lama cam lupa buat camna... :D)


Twitter dgn twittergadget

Di bawah adalah demo vid demo menggunakan twittergadget yg bagi aku adalah COOL :p



Cara utk twitter sms

walaupun henpon anda xlah canggih mana kan...kut kut lah masih pakai nokia 3310 kan?? jgn risau masih lagi boleh guna update twitter anda..bagaimana??

layari http://gladlycast.com/

ianya sgt mudah tau..tak rugi anda mencuba..dan anda boleh bertwitter sampai lebam kalau dgn sms ni..konon konon nak bagi tahu jln jem ker??(ini tidak di galakkan bagi pemandu2x yg belum mahir dlm memandu sambil bersms..hehe termasuk aku..tp setakar short sms tu aku gagah lagi laaa..) bazar ramadhan yg best ker?? atau tpt shopping yg anda tgh pegi tgh buat sale ker?? haaaaa semuanya blh buat dgn hanya menghantar status tu melalui twitter sms!! mudah kan..menarik kan!! ngeege I LIKE!!

Update twitter ke status YM/status YM ke Twitter

lepas tu kan kawan aku ada lak tanya camna aku update status kat YM guna twitter?? aku pun cam blur blur "Errkk,ada ker saya update status YM saya kat twitter" pastu kawan aku pun tunjuk status tu.. erkkk..aku kelupaan..camna lah pulakkan aku buat..hahahhaa..pastu kawan aku try lah google semua(ye gunakan lah google sebaik mungkin) dan beliau telah jumpa plugin Twitter utk YM pula..dan ianya sgt comel dan best..mengapa?? sbb bila ada org update status kat YM plugin ini akan bunyik kucing "meow" hahaha bukankah ianya sesuatu yg comel comel :D
selain itu jika anda ada buat redirect twitter ke facebook..nnti status facebook anda akan berbentuk begini Y! bla bla bla

bagaimana nak buat plugin itu??

ok sila layari ini http://messenger.yahoo.com/plugins/view/11214/ .. dan ikut sahaja stepnya..agak mudah


*YM=Yahoo Messenger (ngege kut kut la kan ada yang xtahu apa itu YM :p)

cara utk Redirectkan twitter status ke facebook dgn hanya search perkataan twitter kat kotak search Facebook dan pilih user yg paling byk guna application tu..sbb nnti jika anda search ada keluar byk application twitter kat facebook..so utk langkah yg sempurna pilih yg byk user k.. :P tp anda kena tunggu lah utk beberapa minit,sumtime jam or hari utk twitter nak sync ngan facebook.. :D hehe saya menulis melalui pengalaman saya dan rakan-rakan :D

Actually byk je lagi plugin2x yg boleh update status twitter ni..aku listkan apa yg aku guna dan aku rase ianya best lah..boleh je guna yg lain..dgn cara apa anda nak tahu plugin2x yg lain?? hehe apa guna google :p

Jadi apa tunggu lagi bagi yg belum ada account twitter tu..cepat cepat lah buat..tidak rugi pun..bukan kena bayar kalau register..lain lah kalau nak buat twitter sms tu kena bayar...ater nak bayar duit sms..jadi jika anda pengguna maxis agak bertuah skit..sbb sms server tu guna number maxis :p

psst ayah dan umi pun ada account twitter juga tau!! :D jika mereka boleh ada mengapa anda tidak?? :p Kesini utk add aku 

with ♥ ;
Bulan Bintang

04 September 2009

Angkara Siapa?

Salam

Photobucket

ni ni sapa punya keje ni!! baik ngaku cepattttttttttt!!!
haih pagi pagi buta sudah buat aku bengkerkkkkkkkk je!!
ater kata 1Malaysia kan xde perangai hodoh macam ni!!

ni ni apa ni??? eeee..aku bukan nak tuduh apa ye..
rase rase rakyat Malaysia xdelah kut sekejam macam ni kan?(ye ini adalah tindakan paling kejam dan tidak bertamadun!! duk zaman batu lah woi!!!)


marah ni marah!!
xpe xpe kalau x di balas kat dunia..ha kat akhirat nnti ko di balas!!
POTONG TANGAN sbb buang sampah merata2x!! dah lah tu atas kereta org pulak kan!!
eh cop bukan sampah je tau..byk gilos kesan ludah n bau ludah..bluuwekkkkkkk!!!
(ish camna lah aku xmalas nak g basuh kete kalau dah gini gamaknya!! cuci kang ada je org kasi buat kotor!!!)

biar arr..biar!! kena gak nnti..

haihh sabar .sabar!!



with ♥ ;
Bulan Bintang

03 September 2009

Berbuka 11 Ramadhan

Salam

mari mari abg2x kakak2x..sini mari kalu..
haaaa entry juadah berbuka di bentangkan untuk anda

ok xmo bebel bebel panjang straight terus xde corner2x dah..

Photobucket
yeahh ini gulai di masak oleh Angah.aku suka bangat kalau angah masak gulai lemak..sbb dia sgt xkedekut santan..oleh sbb itu gulai lemak dia pekat..ye aku suka gulai lemak yg pekat dan lekat..err likat..lekat or likat?? tibai sahaja lah di situ.. :p mmm yummyyyyy super delicious I TELL YOU!!! aku xpandai masak ini.xpe nnti belajar masak ini ye..

Photobucket
ok ini gulai telah di import dari PARAM.. dalam erti kata lain beli sahaja di PARAM..rm2 sahaja..mmg saja minta paling murah sbb hanya aku dan Angah je yg makan..

Photobucket
cintakan makanan ini!! sedap!!juga di beli sahaja di PARAM. 1 ketul rm1..mahal ke murah??

Photobucket
kuih yg mmg akan di gilai oleh orang ramai jika bulan puasa!! 3 for rm1..murah kan..murahhhhhhhh :D


ok ok dah
tamat show off juadah berbuka

buat yg berada di perantauan sekiranya membaca entry ini,harap bersabarlah ye..anda di sana kan di sebabkan tugas..jadinya xperlu lah anda nak iri hati dekat kami di Malaysia ye.. :D


with ♥ ;

Jejak Kasih Rakan #SPM2001

Salam

entry ni patutnya dah lamaaaaaaaaaa aku dah etak..
tapikan aku ni kan ala-ala cam tua je kan(padahal I muda ok!!)
so agak kelupaan aku nak update citer ni..

amaran:citer ini adalah berlaku sebelum bulan puasa.HARAP MAKLUM

baiklah begini adalah satu masa dahulu(haha cam cite teladan kanak2x pula intronya)aku ada dpt sms sorang kawan aku ni iaitu Ikien..lebih kurang sms dia berbunyi

Ikien:"Munie you know wut?? I try message to Hidayah's old num,and she replied it??"
Cik Mun:"OMG are you serius!! ok ok fwd her num!!"


hah lebih kurng cenggitulah sms kami..
pastu dapat num Hidayah semua kitorang keep on sms'ing(haha pandai2x aku je eja camni!!)n dapat pulak tau Cik Hidayah ni rupanya keje berhampiran ngan tpt keje aku..apa agi kami pun set lunch date utk keesokkan harinya..hah ko xmenyempatkan..esok gak jumpa!! hahah

and finally kami jumpa yeahhh..

Photobucket
ini lah dia Hidayah kawan aku..

sedikit cerita bagaimana kenal dgn Hidayah ini.
ok begini dulu masa lepas SPM.. adalah sgt tidak tahu hendak buat apa dkt rumah..jadinya online sesado..duli online seksa kooooooooo..!! pakai dial up!!
tet tet tet kan bunyiknya kann..pastu kan..dah lah dial up..kalau nak online tetengah malam mesti la ,eh bukan mestila lagi COMFIRM ibu bapa yg sedang enak di buai mimpi akan terjaga akibat bunyi yg sgt bising itu tet tet tettttt titititit..

hah something like that lah bunyiknya..ala dial up..cam bunyik korang telefon org..cenggitu lah bunyiknya..so apa yg aku buat utk mengatasi masalah bunyi tersebut?? aku slowkan volume telefon dan juga telangkopkan bantal kat telefon(ala tutup telefon ngan bantal la!!)

hahhhh ko gila kan semangat nak online tetengah malam semua..n online pun buat apa?? apa agi chat room mIRC32..dulu femes wei mIRC32 ni..

format pc je tanya.."eh itu software mIRC32 jgn lupa tau masukkan sekali!!!"

hahaha semangat irc dulu!!! dan di mIRC32 kat webnet ke dalnet agak lupa lah di sini...adalah satu chat room utk budak budak lepasan SPM 2001 ni chat...
iaitu #SPM2001
pengasas nya ialah AhTuck(amik ko dgn pengasas aku igt sekali!!)
happening beb dlm chat room ni..seronok gilosss!! ater semua dlm tu sebaya

borak borak pun ikut otak memasing lah..semua stock burung hantu lah time lepas spm tu..dan di dalam chat room itu kami ibarat adik beradik..sgt close!!! sampai pagi tau kami chat..lepas tu siang kami tido.. burung hantu betul!!! dan di sini lah aku jumpa dan kenal Ikien,Hidayah,Jiyna,Bell,Ariff,Amar,Hakeem,Aina,Khairiz,Luq (ni stock2x kawan rapat la dulu ni!!) ada gang2x tau dlm ni..gang pompuan lawan gang laki..hahahha..kelakor kelakor..oh rindunyaaaaaa aku zaman dolu dolu!!!

then after dpt result sorang sorang kawan2x dlm chat room gi belajo..ada yg belajo jauh jauh..ada yg belajo dlm Malaysia(termasuk aku!!)tapi kami masih lagi lah berhubung..ye sedaya upaya kami xmo la lost lost contact ni..even though xpernah jumpa bertentang mata semua kan..wahhh gitu bertentang mata katanya :p

cuma dgn si Hidayah ni lah ntah camna terlost..tapikan masa zaman kami chatting2x dulu si Hidayah ni duk UK g bercuti lepas SPM katanya duk ngan abg dia yg belajar kat sana..dan lagi sorang chatter si Luq juga duk sana sbb family ada kat sana..
so masing masing lepas SPM lepas UK arr..walaupun jarak masa tu berbeza mereka tetap layann join chatroom..
tapi tu la alhamdulillah dapat juga berjumpa akhirnya apabila lost selama beberapa tahun!!!Hidaya said she oso trying to find me by call Hanif's number then bila Hanif reply msg ckp that number is not using by me anymore terus dah dia xnak msg....kalau jodoh berkawan kami kuat tu xkan kemana kan..pasti akan berjumpa juga akhirnya...yeahhhhhh...tapi tu lah rugi jumpa selepas adanya gathering..kalau x mesti lagi happening..igt lagi kan ttg citer gathering #spm2001 tu..ye itu lah kali pertama kami semua jumpa bertentang mata..(kecuali amar la pernah jumpa..)ikien pun pernah jumpa..ater kami satu U..tapi ikien my senior la masa tu..sbb dia masuk dulu..aku masuk lambat :p


hah begitulah ceritanya kami berkenalan semua..Happy happy je kan..
skang masing masing dah berkerjaya sendiri..ada dah jadi Doktor,Akauntan,Engineer,Lecturer..wui dahsyat2x masing2x..dulu hingusan je dlm chatroom tu xtau arah tuju..ahahha..


oh  betul betul rindu zaman dulu ni!!!!!

aku kenal dgn Hanif pun dlm chatroom..sebelum kawan kenalkan kat alam realiti!! Jadi boleh lah di katakan yg kami ni dulunya adalah pasangan cyberlove..tp dulu xde cintan cintan...kawan kawan..ko aku je ckp..no heart feeling langsung la katanya..tapi skanggg..!! hahaha..tu nnti2x lah ye citer cinta aku dgn Hanif ..dkt2x kahwin ke apa kan..baru citer..hah baru ekslusif katanya!!! ngegegge


with ♥ ;

02 September 2009

Lagu Puasa vs Lagu Raya

Salam

Hari ni nan ado cerita berbuka semua..hikss..

sbb semalam aku pulang agak lewat..xmasak..
tp angah yg berada di rumah awal hanya memasak ayam goreng
jadinya semalam aku berbuka hanya nasi putih,ayam goreng bbq(pernah di blog kan),sos black pepper..itu sahaja..ringkas dan sedap!!(padahal lepas buka kebulur lapa.. :()
sahur pula angah telah membeli tomyam pedas!!!
bagus..kenyang sikit!! :D

tp pagi pagi lagi sblm ke tpt kerja....aku telah 'membuang hajat besar'
agak cair juga(hahhaha kotor eh.. jijik eh.. :p)
sampai sekarang terasa sakit keperutan melanda..haihhh pakcik ni bubuh apa ni???
(tp xde ulang alik toilet lagi setakat ini :p)

ok ok maaf kotor skit.. nak share sahaja..nak luah sahaja..boleh kan??

ok ok abaikan kesakitan melanda.. :D

sebenarnya entry ini utk share dgn anda mengenai sesuatu yg bermain di fikiran aku skang ni??

mengapakah pasar raya2x sekarang bukan main sibuk bebenor nak pasang lagu raya!!
malah pada 1 Ramadhan lagi pasar raya2x yg terdapat di Malaysia dah mainkan pun lagu raya!

Ye aku tahu sbb nak bangkit semangat raya..
tapi bukankah kita perlu tempuh Ramadhan ini dahulu..
sudahlah amalan xseberapa tapi dok nak sibuk sibuk pasang lagu raya bagai..

Mengapakah?? Tunggu lah agak agak dah 20 Ramadhan kan..time tu lagi org sibuk nak buat persiapan raya..hah time tu nak pasang pasang lah!! skang ni pasang dulu lah lagu lagu yg berbentuk ke arah nak sambut Ramadhan kan..kita kan dlm bulan Ramadhan..bukannya takde..ada!! haihhh..

carta lagu lagu yg berbentuk bulan Ramadhan

  1. Harapan Ramadhan - Raihan feat. Man Bai
  2. Mulianya Ramadhan - Rem
  3. Rahmat Ramadhan - Hijjaz
  4. Kemuliaan Ramadhan - UNIC & In-Team
  5. Lailatul Qadar - Raihan 

ok 5 lagu yg berbentuk Ramadhan..yg ni aku rase dah habis hit lah ni..kalau ada yg lain senaraikan..

oleh itu mengapa?? tidak ada ke pihak pihak yg bertanggungjawab yg boleh tegur akan hal ini?? jika satu ketika ddahulu pihak stesen radio yg di tegur..kali ni cuba cuba lah tegur pihak pihak pasar raya2x di Malaysia ni..terutama tu ha kedai kedai jual kain..amboiii kemain hebat pasang lagu raya..sampai ke tgh malam ko!!

jadi fikir fikir kan lah??


baiklah entry ini di akhiri dgn lagu ini..
di harap berhibur dan ambil tauladan




with ♥ ;

Hanya Kerna Status

Salam

Photobucket

nahhh again.. hanya kerna status ku yg merapu di twitter tapi di redirectkan ke FB. sekali di FB begitu byk komen yg masuk..dan komen2x itu mula mula macam biasa je lah kan..then ianya bertukar menjadi medan perdebatan di situ..

perkara ini juga pernah berlaku sblm ini..tp yg kali ini punya status xboleh lawan yg sebelum ini punya komen masuk..hikss..
apa-apa pun terima kasih atas komen komen anda.. :D gelak gelak aku baca komen korang semua :D


with ♥ ;

01 September 2009

Berbuka 10 Ramadhan

Salam

maaflah..aku nak update la pasal juadah berbuka lagi..boleh la kan.. xpe bagi yg dah jemu aku xkesah..sbb aku xjemu..(sekali lagi nan ado idea la wei..!! :p)

hiks..semalam aku berpeluang berbuka di rumah..sepatutnya aku dah balik KL pada waktu ptg. tp tukar planning sbb Maksu kesayangan call ketika aku masih enak beradu(hoishh anak dara apa ini??) Maksu pesan jgn pulang lagi..sbb nak berbuka bersama-sama..aaaaaa so sweet la Maksu..katanya juga nnti takde kawan kawan..hahahha.. ye kami agak rapat ye..boleh jadi kawan kawan..keluar bersama pasti akan igt kawan kawan..kalau adik beradik tidak mungkin..sbb Maksu putih..aku sawo matang(haha xnak ngaku sebenarnya ko itam weii.. :D)

ok sudah mari kita lihat juadah..yg tidak mahu lihat tutup mata ..sila sila tutup mata sekarang..di khuatiri anda akan menghentak kepala ke screen pc anda sbb bengang dgn aku asyik letak gambar juadah berbuka sahaja..oh maaf sekali lagi

Photobucket
Ikan masak lemak cili api..Terbaik!!!

Photobucket
Lala masak cili juga Terbaik!! sampai si kecil Udin berkata.."sedap la" :p

Photobucket
oh Mee Goreng yg juga Terbaik..aku hanya makan mee goreng sahaja..yg lain lain aku xmakan sbb perut dah hongeh (tahu ker apa itu hongeh??) nak buat macam mana portion perut aku ni xberapa nak besar..:p

p/s: Hongeh bermaksud perut yg sudah penuh dgn makanan..sampai nak angkat bontot yg cun pun xlarat..atau dlm erti kata lain yg mudah di fahami sentak..atau dlm bahasa terengganu se'eh(betulkan jika salah :D) Hongeh itu adalah longhat dlm negeri sembilan ye. :p

with ♥ ;

Redha Oh Redha

Photobucket
ini kenal budak ini?? xperlu lah di perkenalkan lagi..hero kecik Maksu ni kan..sekarang kan...humanghaihhh..bukan main lasaknya..pantang org "haip" skit..dia "haip" kita balik,pastu babap nya kita..betul betul "Mat Garang" la ini budak.. :p

Photobucket
apa-apa pun Redha adalah sgt comel tapi garang........Kak long gerammmmmmmmm la ngan budak niiiiiii eeeee !!! gigit jugak kang!! :p

with ♥ ;