31 August 2009

Berbuka 9 Ramadhan

salam

pejam celik dah 10 Ramadhan kita eh..
cepat betul masa berlalu..
& hari ni pula kita rakyat Malaysia sambut Hari Kemerdekaan yang ke 52

Selamat Hari Lahir Malaysia!! Semoga Allah sentiasa memberkati negara kita supaya aman sejahtera.. amin~

bosan eh..asik cerita pasal juadah berbuka je?? haipp sekali sekala
sebulan dlm setahun apa salahnya bercerita pasal juadah berbuka..bukan selalu pong..dah dah usai bosan ye..menu juadah berbuka aku hari hari adalah berlainan..jadi tidak akan bosan..jika juadah yg sama  insyaALLAH tidak akan cerita.. :p (hahah padahal dah xde modal nak update blog apa?? sudahnya update pasal juadah berbuka sajo!! asalkan berupdate..nnti anak cucu tau kita berbuka apa :p)

baiklah..semalam aku beserta ahli keluarga(exclude Umi dan Alang) telah pergi berbuka puasa di rumah Maksu.. Di mana di sana adanya wan kami iaitu ibunda kepada ayah..ibunda kepada umi adalah opah..dan seperti yg anda sedia maklum opah tinggal bersama kami..oleh sbb itu umi dan alang tidak dpt turut serta dalam misi menziarahi wan di rumah maksu yg terletak di Bangi(harus mentioned ini!! :p)

mari mari lihat juadah berbuka kami yang sgt banyak ..igtkan tidak akan habis..rupa-rupanya adik adik ku macam pirana bila waktu berbuka..haihhh..(pelik sungguh rumah sendiri tidak mahu makan byk tp di rumah org kemain berselera..hampeh tol.. :p..terutama adik bongsu ku yg lelaki..makan murtabak bertambah2x..)

tadaaaaa ini juadah kami :p

Photobucket
maksu kata ikan ini di import dari sabah..sgt fresh..xcaya cer lah lick lappy anda.. :p muahahhaa x x bergurau sahaja..sekali sekala bergurau tidak salahkan.. :D

Photobucket
tomyam yg lazat..maksu yang masak

Photobucket
ikan ini pula di import dari banting!! ayah yg beli.. :D

Photobucket
murtabak berhantu!!! ini lah dia murtabak yg membuat si bujang makan bertambah tambah :D haihhhhhhh...adik adikku

Photobucket
kuew teow goreng wajib ada kerang..juga di import dari Banting..tapi yg ini special Umi yg masak.. ini menu aku bagi 5 bintang..sbb ianya terbaik!! hahahha

Photobucket
kueh mueh..di masak oleh maksu..jgn tertipu ianya adalah kueh mueh frozen yg di goreng sahaja..mudah zaman sekarang kan!! bila sahaja yg frozen jika teringin nak makan kueh mueh..xperlu la nak menggetel2x tepung semua..

anda masih berasa bosan dgn entry ini..
baiklah jika anda bosan..anda boleh sahaja straight pergi pada tanda pangkah kat hujung kanan anda tu.. :D tapi kalau blh jgn lah pangkah..stay la stay la stay laaaaaaaaaaaa..

with ♥ ;

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Salam

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

(sila laungkan dgn penuh patriotik!!)

alhamdulillah hari ni negara kita Malaysia mencapai hari kemerdekaan yang ke 52!!
Terima kasih kepada bapa kemerdekaan,bapa pembangunan,bapa perpaduan,bapa permodenan dan bapa ??? (xmahu mention lahh :p)
Jasa dan pengorbanan yang telah bapa-bapa berikan kepada Malaysia adalah tidak berbelah bahagi.. dan kini Malaysia mengecapi kemerdekaan yg ke 52!!

Tahun ini hari kemerdekaan kita disambut pada bulan Ramadhan..
dan bagi aku adalah baiknya jika sambutan hari Kemerdekaan ini di lakukan di masjid masjid dengan bacaan yassin ke..doa kesejahteraan ker?? itu bagi pendapat aku yg xseberapa ni la..bukan apa ianya adalah utk menghormati bulan kemerdekaan kita ni kan yg jatuh elok elok pada bulan yg mulia ni.. :D

Kesimpulannya sambutlah hari kemerdekaan kita ni dgn semangat yg patriotik dan penuh keimanan(wahhh gitu :D ) beserta dgn semangat 1 MALAYSIA..bersatu kita teguh bercerai kita roboh(haihh teringat masa zaman pertandingan bercerita ngan debat..pasti akan guna peribahasa ini jika ia berkaitan ngan tajuk yg ingin di olah.. :D)

Oh jika tanya aku sambut macam mana?? Secara jujurnya aku xberapa lah nak sambut g dataran merdeka count down la apa lah semua ni kan.. yg aku selalu buat la kan.. aku duk rumah tgk tv tgk org count down..hahaa..pastu aku zzzZZZzzz hah patriotik kan aku..jadi contohilah saya..hahaha

Mengenai erti kemerdekaan pula bagi aku..Merdeka itu adalah jika aku bebas dari membuat coding coding yg sakit otak(xde maknanya lah Munirah wei..tu dah keje ko..)!! hahhaa..xde lah ini serius ni ..ok kita serius!! Merdeka adalah sesuatu yg bebas..Bebas melakukan apa sahaja yang kita mahukan tetapi dengan syarat jangan melampaui batas!! Hah itu maksud merdeka bagi aku.. :D

Anda pula bagaimana???

with ♥ ;

30 August 2009

Berbuka 8 Ramadhan

Salam

mari mari aku nak cerita pasal berbuka 8 Ramadhan pula
pada entry Berbuka 7 Ramadhan aku mentioned pasal ada majlis berbuka kan..

yeahhh aku ada majlis berbuka anjuran company di rumah Chief Bos di Putrajaya.. Perjalanan ke rumah Chief Bos adalah sgt jauh!! ye jauh!! Kami konvoi sebanyak 4 kereta yg di pandu oleh 3 gadis dan 1 mak gadis..muahhaha.. :D Apa apa pun sgt enjoy konvoi itu..cuma kesian pada Azizah kerana tertinggal jauh..ngeggege..biasala pemandu baru..xpe lama-lama nnti biasa lah dia.. hiks :p

kami sampai pun agak awal kerana di takuti kesesatan melanda..hikss..
Alhamdulillah selamat juga la sampai ke rumah Chief Bos

Juadah berbuka di rumah Chief Bos telah di sediakan oleh pihak catering. Dan menu yg begitu di nanti kan oleh semua staff adalah kambing golek!! Pergh dgr macam nak leleh je kan..Ye!! mmg leleh..hahhaha.. :D

Tapi malangnya aku xsempat nak amik gambar semua.. Ngegee..Wei mana sempat wei..org sibuk sibuk nak makan..tapi aku sibuk sibuk lah nak amik gambar semua kan..hahah dah dah tolak tepi semua kamera..berbuka itu lebih penting..muahhaha..padahal boleh je sebelum berbuka tu amik gambar semua kan...(sebenarnya MALAS :p)

tapi ada juga beberapa keping gambar yg sempat aku snap menggunakan K750i idaman kalbu pujaan hati intan payung(haipp lebih lebih puji sebab K750i cam nak uzur-uzur mungkin di minta utk tukar blackberry storm atau bold!! oh duit!! turun lah dari langit :p)

Photobucket
Nasi yg aku ambil bersama ikan,sambal belacan,sayur,ikan masin,kuah kari

Photobucket
oh ini dia kambing golek yg membuat kan para hadirin makan tanpa henti. belum nak masuk Isya' pun dah habis tau..sungguh laku!!aku 1st time makan kambing golek ini..sebelum ni aku xmakan pun kambing kambing ni..negegge..tapi yg ini aku boleh katakan ianya adalah KAMBING GOLEK TERBAIK!!!!!

Photobucket
budak ini adalah pelakon terbaik..sgt terbaik..kalau jerit bagi lah pada dia..bagus bagus protection kalau jerit jerit ni bagi budak-budak..anak kepada tetamu yg hadir..

kan dah kata xsnap byk pun..khusyuk makan..lepas isi perut bertawarikhtarawikh beramai-ramai. Kemudian aktiviti memberi sedikit sagu hati yg berupa duit raya..wooohooooooo duit duit..tapi duit ni mana cukup nak beli blackberry storm atau bold :(

Ya Allah ku bersyukur atas rezeki mu ya ALLAH.. amin~

hari ni aku sekeluarga(exclude Umi,Alang and Mamat yg berbuka di rumah sahaja kerana ada opah yg uzur) akan pergi berbuka di rumah Mak Su di bangi utk mengadap 'mem' besar di sana pula..(wan aku la..omak kepada ayah!!kat umah Banting ni 'mem' besar adalah opah..hikss :D) dah lama xdatang ziarah..so bulan mulia ni datang ziarah la..selagi masih hidup ni jenguk jenguk la nenek nenek or atuk atuk or onyang onyang kita yaaaaaaa :D


with ♥ ;

29 August 2009

Berbuka 7 Ramadhan

salam

haiihh penyakit M besar sudah melanda kini
alasan yg konon konon letih utk bersilat di dapur :p
jadinya ke PARAM lah kita ye
semalam kempunan xdpt murtabak di sebabkan hujan..
dan akhirnya semalam berjaya redah..ater dah panas terik..alhamdulillah..
lancar perjalanan aku ke PARAM :p

ye sekali lagi juga bawa duit cukup cukup je rm10..
mmg bajet xmahu beli byk..
sasaran utama murtabak dan lauk utk sahur..
1 jenis lauk pun jadilah.. bukan makan byk pun.. :D

yeahh inilah dia murtabak idaman hati nyum nyum..

Photobucket

gelembong gelembong tu sbb  konon nak panas kan guna microwave selama 1 min..hahah cam lembik lembik n gelembong gelembong murtabak ku..tidak mengapa la asalkan boleh masuk perut :D sedap ke x?? boleh lah tahan..hiks

Photobucket
dan ini juadah utk sahur..nampak menarik..rasenya blh tahan saja..xsedap mana..
tidak mengapa..hehehe...senang senang..jimat jimat..hahhaha saya belanja kan hanya rm5.50 sahaja kawan2x

Murtabak Ayam = RM2.50 1 keping
Ayam Percik = RM3 1 batang


murahkan..utk makan sorang dan utk 2 kali makan tu kira berbaloi la kan..
alhamdulillah..ini je rezeki yg aku mampu utk 7 Ramadhan kali ini..

hari ni aku xyah masak or g bazaar lagi..
ini adalah kerana ada majlis berbuka puasa kat rumah "chief"
yeahhhhh makan free..hmm mmg la makan free xkuarkan duit semua..tapi minyak kete jalan kuar duit juga kan.. ??? haihhhh..harap harap boleh claim .. :p

with ♥ ;

Lizard Oh Lizard

salam

Lokasi:Dlm kereta ketika menempuhi kesesakkan lalu lintas

Photobucket
lihat lah makhluk ALLAH ni..syoknya dia bertenggek kat cermin kereta aku
haihh menghalang kekusyukkan betul la..nak buka wiper xmahu lah kan..sbb nnti di cop "pembunuh" di bulan mulia ni..xmo buat dosa..makanya ku biarkan sahaja si cicak ni bertenggek

Photobucket
see!! blh bagi pose baik punya pulak tu..time aku cam bawak laju sikit je kete tu..tau lak dia cam muka meneran neran tahan kaki kat cermin..ala makhluk ni kan jenis lekat lekat..so xkan jatuh punya la..


hebat sungguh ciptaan mu ya ALLAH


with ♥ ;

28 August 2009

Berbuka 6 Ramadhan

salam

kali ni punya berbuka sgt sonang
mengapa si Munirah ni dah jadi peMALAS balik..muahaha
eh bukan saja saja malas ke apa?? capek wei capek..
dah lah semalam meeting sampai tgh ari kan..pastu balik opis tgk parking semua FULL..what?? why FULL?? xpaham la kenapa org suka sgt g Plaza Damas tu..nak kata barang murah?? idok le..mahalnya kemain..cekik darah sesaje..apa erk yg menarik kat Plaza Damas ni..haihh..tu lah kalau org kaya xtau nak labur duit kat mana kan..beli brg mahal aje..cer cer beli barang kat Mydin plak ke kan... :p akibat dari parking FULL daku terpaksa tawaf mencari parking selama setengah jam..ye setengah jam kawan kawan..ponek makcik!!! dan saya macam marah marah pada seorang pemandu konon konon dah amik saya punya parking yg saya nampak pada awalnya..tapi saya telah tersilap dgn buat pusingan balik..n bila pusing balik kat tpt tu tgk ada pemandu lain dah amik..tp berkat sabar..n xberapa nak marah sgt dapat parking juga...alhamdulillah..dan tahukah anda siapa pemandu berkenaan??..muahaha..oh BOSS rupanya..ampun BOSS.. :P nasib baik xmarah marah sgt :D

baiklah berbalik pada cerita kepenatan yg melampau semalam..
kononnya selepas pulang ingin ke Pasar Ramadhan atau di kenali PARAM(buat yg tertanya kan pada entry lepas apa itu Param). akibat daripada hujan lebat yg melampau sertam kesesakkan lalu lintas yg melampau juga cancel Param!! jadi apakah alternatif seterusnya tanpa ada isu utk turun kereta dgn membawa payung jalan terkedek kedek angkat seluar xmo kena lecak kononnya??!!

Ye...mari singgah McD..murah murah..pada pukul 6-9pm boleh beli 10 pilihan hidangan McD dengan harga yg berpatutan..haha..nak singgah McD ni pun bercinta gak wei..sbb nak tunggu pukul 6 punya pasal sanggup tu singgah isi minyak jap kasi full tank..top up touch n go..dgn harapan dpt lengahkan masa..tp perasan juga ada beberapa buah kereta yg parking sebentar utk menunggu pukul 6 kat tepi tepi McD tu..hahah apo igt xperasan ke?? perasan ok?? sbb pukul 6 je berdesup kereta g masuk kat drive thru..hahha kantoi..

maka ini lah juadah berbuka ku..

Photobucket


haih xberkhasiat langsung!! dah lah sahur pun makan benda yg xberkhasiat.. :(

Photobucket


dan ini pula di beli utk bersahur..haihh..xberkhasiat lagi ni!! nasib lah berguruh lagi lah perut ku nnti :p


with ♥ ;
Munirah Abd

Sahur Ku

salam

Photobucket

ya ALLAH ini je lah rezeki Munirah utk bersahur semalam..eh semalam means utk Khamis punya puasa lah kan..yg pasti adalah bersahur utk menempuh hari Khamis..sedih je kan..hanya biskut marrie je yg Munirah makan..padan lah muka sapa suh mata ni liat bebenor kan nak bukak pada pukul 4.30am.. padahal alarm HP dah memekak suruh bangun..pastu tangan gatal kasi off n niat dlm ati tido lagi 5 min..yo lah Munirah 5 min ko tu dah terlajak sampai nak ke 5.30am..apa lagi kelam kelibut..xtau nak pk apa lagi..amik je se'packet' biskut marrie n ngap..air?? sedih juga hanya AIR KOSONG!! T____T

dan nak tahu apa akibatnya bersahur dgn biskut marrie dan air kosong je..

YE...perut ku berbunyik guruh sepanjang meeting bersama client
puas juga ku berusaha utk konon konon kempis kempis perut kasi jangan bunyik tp berbunyik juga..nasib baik dalam meeting room ada dlm 3 org termasuk ku.. dan juga suasana sunyi dlm bilik meeting telah menyebabkan client request utk pasang lagu...hahaha bagus..xde lah dgr sngt perut ku berbunyi guruh!! kami meeting ala-ala santai sbb tu diorang request nak dgr lagu..sbb jika sunyi sesado gila bosannn..lain la kalau meeting ngan big boss ke apa kan..dan mempunyai kuantiti ahli mensyuarat yg agak ramai..gilo apo nak request pasang lagu..tp boleh jugak kan..pasang lagu ala-ala romantik gitu..:P hahahha mau semua tido dlm meeting room..

ok ok motif entry ini adalah sila lah makan makanan yg berkhasiat Munirah wei..supaya kejadian perut berbunyik guruh tidak berulang lagi..kalau xbunyik guruh pun..mungkin bunyiaan yg keluar dari perut ku akan menjadi soundtrack utk mana-mana filem yg bakal keluar di tayangan nnti :p (pada producer di luar sana jgn segan segan contact saya ye jika mahukan bunyian ini..jgn risau saya minta royalti sikit je xmelampau) :D

P/S: jika perut kenyang tp masih berbunyik kenapa eh?? ado cacing erk?? ke isipadu perut mintak di isi lagi???


with ♥ ;
Munirah Abd

Petani Berjaya

salam

ye ini lah kerja si Munirah bila di waktu lapang..Ye,waktu lapang..selain bekerja memerah otak memikirkan coding coding java yg semakin hari menyesakkan dada ku dengan permintaan dari client yg macam rase ntah apa-apa je permintaan itu..dah lah tu nak cepat sokmo..haih cabaran bekerja..terima sahaja :D

Baiklah berbalik pada cerita pertanian...Alhamdulillah kini Munirah sudah hampir berjaya utk menjadi petani yg berwawasan(kata kata hikmah Tun Dr Mahathir :D)

marilah kita sama-sama intai hasil tanian Munirah di Barn Buddy

Photobucket



oh lihat Munirah kini mempunyai "pak guard" tersendiri
hasil daripada meng'recruit' teman2x utk terjebak sekali dlm bidang pertanian
function "pak guard" ini adalah utk "bite" maling maling yg rancak mengutip hasil tanaman org lain..boleh plak tu dah amik siap tinggal kan message..hahha..bagus punya maling.. :p jadi kepada maling maling sekalian awas ya dengan "pak guard" ini..anda sudah tidak bisa "menolong" ku utk kutip hasil tanaman..Ku bisa kutip sendiri :p



mari pembaca sekalian kita beralih arah pula pada FarmVille

Photobucket


ya jika anda semua boleh lihat ladang Munirah kini hampir maju..
walaupun xsehebat Farihah dan Ariff(yelah mereka dah stat awal :P)
tapi ku masih boleh berbangga dgn projek ladang ini..
kepada yg sgt sgt bermurah hati mendermakan kuda2x,pokok2x etc
saya sgt appreciate atas pemberian kalian..next time boleh derma lagi eh :p
tp next time derma lah itik pula..saya baru ada seekor itik..(wah wah ko Munirah demand demand pula ye..pang mau?? :p)

hahaha..bagus kan baguskan Munirah..muda muda lagi sudah mempunyai ladang sendiri..jadi anda semua boleh lah tiru Munirah dgn menyertai skim peladang di ruangan Facebook keahlian adalah percuma ye.. :D dan kemudian carik la link Farmville dan BarnBuddy juga percuma..kalau tidak tahu bagaimana anda boleh menjadi downline saya..:p kemudian tinggalkan je pesanan pada wall saya..saya pasti akan membantu anda..untuk menjadi downline saya di Facebook sila masukkan email saya iaitu muniiera[at]gmail[dot]com kemudian click add ye.. :D

ok selamat berjaya

MAJULAH PERTANIAN UTK NEGARA :D


with ♥ ;
Munirah Abd

27 August 2009

Berbuka 5 Ramadhan

salam

alhamdulillah berjaya juga ke Param akhirnya.. :p
excited abis wei..selesai meeting terus aimed ke param yg telah di usha kelmarin
apa agi parking cun cun..kita terjah itu Param..
tp siap-siap kuarkan duit hanya rm10 sahaja..
xmo lebih lebih kang xpasal pasal pembaziran berlaku..

xbaik ALLAH marah!!=.=

jadi jalan dengan penuh bergaya konon konon byk duit arr..
dengan laptop bag pack di belakang..haihh xstylo langsung!! :p
usha usha apa-apa makanan yg menarik..
dlm kepala otak dah set dah..utk mencari nasi kerabu idaman kalbu!!
uishh lama ngidam ni!!

ye saya berjalan dari hujung param hingga hujung param
nasib baik jarak hujung ke hujung xberapa nak jauh tapi jauh lah gak..
ponek poenk..malangnya hampeh!! dei dei..xkan param xjual nasi kerabu kut..
ke saya dtg awal bebenor dlm pukul 4.45pm?? kemusykilan ni..

namun sepanjang usha mengusha dah nampak juga lah apa yg nak di beli jika tak dpt beli nasi kerabu idaman kalbu..nahhhh ini dia hasil rembatan ku di param.. kerang berlada kononnya..nampak macam sedap kan?? tetapi.. ya ALLAH dah xmo ingat dah lah guana rasanya..xsuka xsuka..xmo beli dah..menarik je lebih.. bluwekkkkk* saya sebagai pencinta kerang agak kecewa dgn org yg menjual kerang berlada ini T___T
Photobucket

Photobucket
selain membeli kerang berlada..saya juga telah di cucuk nafsu utk membeli air strawberry ini..merahhhhhh kan..cam rupa air sirap je..mmg nampak menarik je n mmg lah rase strawberry juga bila di minum..tapi xberapa nak pure la org kata..


haih redha je la..
jumlah hasil rembatan RM6 sahaja.murah tapi xberbaloi.. :(
ke kena beli byk byk ni..haihhh kang membazir pulok..
dah lah perut punya isipadu agak kecil..
kang senak pabila makan byk..xdpt nak beribadat..(alasan je tu Munirah oiii..)

adakah Munirah ingin ke Param lagi??
tgk arr mood..kalau ada mood pegi...xde mood diam diam sudey..




with ♥ ;

Sneak Preview : Doodle's Store

*THIS IS STICKY MODE*
for more update scroll down ok :D

salam guys

lama dah doodle's store mendiamkan diri.
haipp xbaik betul tokey doodle's store ni kan..

actually even though doodle's store senyap
tapi business tetap berjalan..
ini kerana doodle's store ada mempunya kaki kaki di beberapa Uni tempatan.
antaranya di UiTM Segamat,UiTM Alor Gajah dan di UTP,Tronoh

jadi jika anda merupakan pelajar di Uni yg di sebutkan boleh lah dapatkan barangan doodle's yg comel dgn kaki kaki di sana ye.. No.Telefon kaki kaki doodle's hanya akan di beritahu melalui email doodlestores[at]gmail[dot]com

harga yang di jual oleh kaki kaki doodle's masih sama seperti yg di jual di dalam website doodle's sendiri. yang bezanya tiada charge penghantaran lorr..kalau mereka jual mahal bagitahu saya ye.. :D

ok di bawah merupakan sneak preview barangan terbaru dari doodle's store
reka bentuk yg sama cuma size agak giant sedikit..
terdapat 2 jenis iaitu jenis pin dan magnet...
cuci cuci mata dahulu ye..selanjutnya di doodle's store

Photobucket
ini adalah pin pin

Photobucket
magnet magnet boleg letak dekat fridge anda

Photobucket
lihat..baby "beybear" pun lagi kecil dari giant pin ladybird ini

Photobucket
blakang pin..pin giant ini sesuai di letakkan di bag anda yg mungkin agak huduh sedikit. dgn meletakkan pin ini akan menambahkan seri bag anda.. cubalah beli kalau tak percaya :p


PhotobucketPhotobucket
Photobucket

cepat dapatkan stock giant ini.. tidak ada banyak stock yg ada
very limited edition giant ini :D
segera layari doodle's store utk keterangan lanjut

SEKIAN

with ♥ ;

Kepada Bakal Graduan UTeM

salam rakan2x..

entry ini adalah khas buat graduan graduan UTeM yg bakal konvo pada tahun ini..
termasuklah sayaaaaaaaaa!! yeahhhhhhhhhh finally!!
kawan kawan BITS kita konvo ahad la..dah lah ahad agak agak tengah ari la kut..
ciss habis make up cair kat bawah xsempat nak naik atas utk show off pada org yg bagi scroll..hahahha (ko xreti pakai makeup Munirah jgn nak perasan!! :p)

kita akan jadi org pertama guna dewan baru kat durian tunggal!!
wooohoooo!! suka suka..harap harap fully aircond ye..
kalau tidak habis make up cair..ngegege..
(asal ko ni Munirah nak bermakeup sgt ker??)

apa-apa pun harap-harap planning kali ni menjadi la..
jgn tangguh tangguh lagi ye UTeM..
gue dah ngak sabar ni mau pakai itu robe!!
oh indahnya robe nnti nak berangan harry potter..
pastu nak bawak wand,bawak penyapu ..muahahaa
(pasti ayah hambat penyapu tu kat ko Munirah..padan muko!! dah jgn berangan Ini serius!!)


tak sabar nya nak tunggu majlis kebesaran itu nnti!!! :p

Info Majlis Konvokesyen UTeM 2009

  • Tarikh 02 october 2009 : Rehearsal
  • Tarikh 03 & 04 October 2009 : konvokesyen
  • Tempat : Dewan UTeM, Kampus Durian Tunggal (korang yg first rasmi konvo sana :D)
SESI PERTAMA 3/10/2009 PAGI

  1. IJAZAH DOKTOR FALSAFAH DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
  2. IJAZAH SARJANA SAINS DALAM KEJURUTERAAN ELEKTRONIK
  3. IJAZAH SARJANA SAINS DALAM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
  4. IJAZAH SARJANA PERTADBIRAN PERNIAGAAN ( PENGURUSAN OPERASI TERMAJU)
  5. IJAZAH SARJANA PERTADBIRAN PERNIAGAAN ( PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN INOVASI)
  6. IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN MEKANIKAL
  • REKA BENTUK DAN INOVASI – DENGAN KEPUJIAN
  • STRUKTUR DAN GAHAN – DENGAN KEPUJIAN
  • TERMAL BENDALIR – DENGAN KEPUJIAN
SESI KEDUA 3/10/2009 PETANG

  1. IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK
  • KAWALAN, INSTRUMENTASI DAN AUTOMASI – DENGAN KEPUJIAN
  • ELEKTRONIK KUASA DAN PEMACU – DENGAN KEPUJIAN
  • MEKATRONIK – DENGAN KEPUJIAN
  • KUASA INDUSTRI – DENGAN KEPUJIAN
  • KEJURUTERAAN KOMPUTER – DENGAN KEPUJIAN
  • ELEKTRIK INDUSTRI – DENGAN KEPUJIAN
  • ELEKTRONIK TELEKOMUNIKASI – DENGAN KEPUJIAN
SESI KETIGA 4/10/2009 PAGI

  1. IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN PEMBUATAN
  • ROBOTIK DAN AUTOMASI – DENGAN KEPUJIAN
  • BAHAN KEJURUTERAAN – DENGAN KEPUJIAN
  • PROSES PEMBUATAN – DENGAN KEPUJIAN
  • REKABENTUK PEMBUATAN – DENGAN KEPUJIAN
  • PENGURUSAN PEMBUATAN – DENGAN KEPUJIAN
2. IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER
  • RANGKAIAN KOMPUTER – DENGAN KEPUJIAN
  • PENGURUSAN PANGKALAN DATA – DENGAN KEPUJIAN
  • PEMBANGUNAN PERISIAN – DENGAN KEPUJIAN
  1. DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
  2. DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK
  3. DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK
  4. DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL
  5. DIPLOMA KEJURUTERAAN PEMBUATAN

Sumber: http://www.konvo.com.my/utem/penerangan.html

p/s:
Saya dah tempah hotel utk hari konvo tp lom byr deposit agi ni..hehhe..Anda dah buat ke belum..baik buat cepat..mana tau kita sama-sama leh dapat murah :p
Boleh check di sini ye.. http://www.konvo.com.my/utem/
Yang bold merah itu adalah jurusan saya ye.. :D
eh kenapa budak multimedia tiada dalam senarai..korang xgrad ke?? :p


with ♥ ;

26 August 2009

Berbuka 4 Ramadhan

salam

kali ni juadah berbuka adalah simple mimple

ini adalah kerana buat pertama kalinya saya keluar opis HQ kat Damas
masa ari Isnin lepas duduk kat client site..
so kiranya smalam adalah buat julung julung kalinya keluar opis Damas pada jam 4.45ptg!!

wooohooo balik awal..

balik awal kemendenya Munirah oi..ko kena tu, redah itu jam dahulu!!

ye!! jalan adalah sgt jam!! terutama kat kawasan kompleks kerajaan tu!!
boleh lak saya terlupa yg jalan itu ada ramai pengguna penjawat awam..
sabor je la..ok dah lepas ni ikut jalan lain..alternatif lain pula..

kalau jam pun xde lah teruk sgt sampai lenguh2x kaki!! :p

ok berbalik pada juadah berbuka kita tadi..
saya adalah gigih ke Jusco utk membeli barang masak kononnya..
tetapi tahukah anda apa yg saya beli..
hahhaa kebanyakkannya adalah berbentuk instant..
cthnya.. Ayam Instant,Magie, mmm apa lagi eh?? eh tu je.. hahha gigih la katanya :D

so balik je rumah, terus defrost ayam instant yg macam ala-ala beku je lagi kat microwave.

dan inilah hasilnya kawan2x..

Photobucket
ayam instant ini adalah cap 5 star..perasa BBQ..Spicy..sodap!!

Photobucket
dan juga saya telah menggoreng nugget yang ala-ala macam xde je dlm peti ais tu..
ingat kan plastik kosong rupanya masih ada isi :p (nampak sgt ko ni pemalas tgk dapurkan Munirah!!)

eh makan benda goreng dgn nasi putih ni x kick la kalau takde perasa tambahan
so kita kena lah ada Kicap Jalen.. (camna iklan Kicap Jalen tu..yg nak bawak g PLKN tu..lupo acik..)
Photobucket

juga di serikan dgn sos lada hitam yg umphhhh..
Photobucket

nak lagi pedas tu ikan bilis gesek tu ado lai ngan kentang lenyek ikan bilis..

sila sila lah ye menjamu mata anda dgn makanan yg xseberapa dari dapur Munirah.. :p


hari ni di jangka mood nak memasak macam nan ado..macam nak g bazaar
terjah bazaar mana mana yang patut..tetapi jika membawa laptop bersama ketika pulang terasa kemalasan utk ke bazaar..
sbb nnti macam nampak ala-ala poyo mengendeng bag laptop ke bazaar berserta keberatan bag itu sendiri..mana rock g bazaar bawak bag laptop..berat!! nnti kat tangan pasti penuh dgn juadah berbuka yg akan rambang mata ketika membelinya.. :D


with ♥ ;

25 August 2009

Berbuka 3 Ramadhan

salam

yeahh kali ni cubaan utk membuat ikan bilis cara opah berjaya juga!!

yeahhh hahaha..sila-sila menjamu selera..eh bukan menjamu mata katanya


Photobucket
yeee beginilah rupa ikan bilis bersama cili api yg di tumbuk dan kemudian di makan bersama nasi panas

ianya di katakan bleh membuat si pemakan bertambah selera..
dan akan makan bertambah2x..xpercaya..

cuba lah kasi buat kalu tgk kalu..kalu berjaya habaq mai.. :p

Photobucket
dan ini pula ada kentang lenyek bersama-sama ikan bilis..
kononnya nak buat macam umi ikan bilis goreng ngan kentang..
mmg dah hampir jadi..pastukan ntah terbit mana idea gatal nak tumbuk lak..

hah tu yg jadi kentang lenyek ikan bilis tu..
xpelah asalkan boleh ngap ye dok.. ?? :D

haha kebanyakkan menu saya adalah berkaitan ikan bilis kann...
saya ni suka sgt lah ngan ikan bilis..

hahah ater xyah nak siang siang kan..mudah kerojer..
haha matik la laki I nnti makan ikan bilis je la..
pastu terus jadi kerempeng keding macam ikan bilis.. :D

eh eh dia penah ckp kat saya tau..jika saya malas masak sahur la kan konon2x dah kawin nntikan..dia xkesah pun kalau saya masakkan dia ikan masin,telur goreng..hahha mudah keje acik wei nnti..

bila nya kita nak kahwin ni!!! (sabar Munirah sabarrrrr.. :D)

2 lauk ni je la yg mampu aku buat smalam..
xlarat nak masak bukan sbb malas tp keadaan kesihatan yg tidak mengizinkan.. :p


with ♥ ;

There's Only One Munirah Abd

Go to: http://thesurrealist.co.uk/slogan.cgi
Put your name in, and generate slogan after each question.
Tag 20 people including me.




1. What do you say to yourself every morning?
You're Never Alone with a Munirah

2. What do you want other people to say about you?
A Tough Munirah to Follow

3. Someone asked you out, your answer is...
What Would You Do For A Munirah?

4. How would you answer a booty call?
Do You, uh, Munirah?

5. How would you introduce yourself to someone you really like?
Pardon Me, Do You Have Any Grey Munirah?

6. To someone you dislike?
Get Munirah or Get Out

7. You're in a conversation and you suddenly feel the need to pee, how would you excuse yourself?
Wear Munirah

8. Your parents ask you why you got home late, you say...
Time for a Sharp Munirah

9. You're failing a subject, you say...
I Wish I Were a Munirah Weiner

10. The love of your life asks you to marry him/her, what do you say?
All Munirah, All The Time

11. Your bf/gf is breaking up with you, you tell him/her...
The Cream of Munirah

12. Someone told you you're an asshole, you tell them...
Four out of Five Dentists Recommend Munirah

13. What are the best words to describe you?
If You Like A Lot Of Munirah On Your Biscuit, Join Our Club

14. If you're going to have a movie about your life, the title is...
Get the Munirah Habit

15. Your last words before you die...
Keep That Munirah Complexion

16. Your message to a special someone...
Munirah Just Feels Right.

17. Title of this post will be...
Nothing Works Better Than a Munirah

pesanan Munirah:

Ini adalah tag dari Facebook. Jadi sesiapa boleh lah buat kalau inginkan hiburan sekarang.. Ini kerana mcm syok je tag ni..just klik generate for each question..ye bagi saya ianya seronok.. :D

with ♥ ;

24 August 2009

Berbuka 2 Ramadhan

salam

dah ptg dah kan..hari ni masuk hari ketiga umat islam berpuasa
alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancarkan..

Munirah?? Munirah ok ok saja.. :p

eh eh ni entry agak show off sedikit..
xdelah byk nak show off..
show off sedikit je..

ianya berkaitan dgn juadah berbuka ku..

wei wei 1st time ok gua masak sendiri!!
1st time!!! maksud 1st time di sini adalah berada di dapur berseorangan
dan memasak utk juadah berbuka kononnyaaaaaaaa !! :p
wahhhhhhhhhh gitu sekali kannn..bukan 1 lauk ye.. tapi 3 lauk sekaligus!!

haipp ni adalah persediaan utk menjadi suri.. :p

haha mesti Umi dan angah sgt kagum tgk masakkan ku
yelah selama ni kalau ada umi dan angah jgn haraplah nak tgk si Munirah ni masak!!!

huishh xleh la beb kalau satu dapur ngan org terrer masak
so baik undur diri(hahah alasan sesado ko ni kan Munirah!!!)

ye ye pada dasarnya Munirah ni buat pengetahuan semua adalah sgt alergic utk ke dapur!!
lebih lebih lagi utk masak! mmg menjadi kepantangan bagi Munirah ni lah konon..(alasan lagi!!)
pendek citer Munirah tak reti memasak!!!(tp nasi goreng gua pandai sesikit..sikit je la pun) ha ha ha

tp semalam ku telah mencabar diri sendiri utk memasak..
anda boleh lihat gambar di bawah..

yeahh inilah hasilnya 3 jenis lauk yg berjaya di jahanamkan oleh Munirah

Photobucket

Photobucket

Photobucket

bagaimana rasenya?? ok ok terus terang lah ye


sayur kangkung = agak oily sikit..sbb masih xpandai nak bajet minyak tumis :p

ikan bilis = konon nak buatikan bilis yg selalu opah buat..tp lupa cara-cara nak buat..so jadi lah yg macam ntah apa-apa..agak hangit sikit..jadi bila makan akan rase kepahitan sikit..xkesah lah I sendiri yg makan..ye dok.. :D

daging burger sambal = oh ini lagi cincai boncai..sbb dah lupa cara nak buat sambal..alhamdulillah boleh la utk di makan..meaning tekak boleh lalu la.. hahahha :p

hurmm hari ni nak masak apa pulak ye??
seminggu wei aku dok sorang..kena masak sendiri.. T_______T
selalunya aku balik keje lauk dah terhidang angah masak..
skang angah cuti sekolah, jadi padan muka ko Munirah masak lah ko sendiri :P



with ♥ ;